Bab 20. [ Bacaan Dewasa ]

21.1K 318 46
                                    

" Aku benci kau. "

Hanya itu ayat yang diulang berkali-kali semenjak dia terbangun dari tidurnya.

" Masalahnya- "

" Masalahnya apa, Rai? Kau bestfriend lelaki aku yang pertama dan kau sebenarnya dah tahu plan Danial. Dan, kau memang bekerja dengan dia. Wtf! "

Dia senyap. Aku tahu yang angkat aku tadi dan tembak Cik Amira itu Rai! Dan, aku tak sangka aku kawan dengan killer macam dia. Aku meraup mukaku berkali-kali. Aku sebenarnya agak lega sebab tidak nampak kelibat Danial dengan yang lain di rumah kecuali Rai seorang.

" Kau nak makan? "

" Kau jangan nak tukar topik. Aku belasah kau nanti. " balasku cepat. Aku merenung matanya tajam.

" Okay, look. I'm sorry. Kau kena faham yang aku terpaksa. " terpaksa? Arif, wtf?

" Dan, kau kena faham yang aku kena keluar dari sini. Aku terpaksa. Aku tak nak sehidup semati dengan maniak macam Danial itu lah! " jerkahku.

" Aira, please. Bukalah hati kau untuk dia. Kau lupakan- " aku terus memintas kata-katanya.

" Lupakan Amar? Kenapa ya semua orang asyik nak suruh aku lupakan Amar, hah? "

" Sebab dia curang dengan kau, Aira! Jangan jadi bodoh! " bentaknya.

" Aku- "

" Please. Danial yang terbaik untuk engkau sekarang. Sebagai kawan baik lelaki pertama kau ini, aku nak nasihatkan yang Danial bukan macam Amar. Buka hati kau untuk Danial. Belajarlah untuk terima dia. " katanya.

" Memang Danial bukan macam Amar. Sebab Danial itu pembunuh! "

Serentak dengan itu, pipi aku ditampar olehnya. Aku hanya menahan air mataku daripada jatuh. Kawan baik aku sendiri, tampar aku?

" Aira, aku tak maksudkan- "

" Keluar! " aku terus menghalaunya keluar.

" Kalau kau nak makan- "

" Aku kata, keluar! "

Dia terus berlalu pergi dengan muka yang tidak puas hati. Aku memejamkan mataku apabila melihatnya sudah tiada. Air mata jatuh. Aku menggigit bibirku.

Dalam masa 10 hari, dia pukul aku, tembak aku, hampir rogol aku dan akhir sekali, dia bunuh ibu bapa aku dan orang yang aku cinta. Mataku yang dipejam terus dibuka. Tangan menggenggam dada sambil memukulnya dengan kuat.

" Kenapa, hah? Aku ini jijik sangat ke sampai tuhan bagi aku bala macam ini? Argh! Aku benci kau Danial! " jeritku sambil membaling cermin ke arah pintu.

Aku hanya memandang serpihan cermin yang pecah itu lalu mula memijaknya perlahan. Rasa kebas dan tak rasa sakit tapi darah mula keluar dengan sangat banyak. Aku menunduk dan mengambil serpihan cermin itu dan cuba membenamkan kaca itu untuk memutuskan nadi di tanganku.

Baru sahaja mahu membenamkan serpihan kaca itu, pintu terus dibuka kasar oleh seseorang. Danial memandang aku seperti mahu melumat aku hidup-hidup. Aku hanya menghiraukan pandangannya dan mencuba untuk membenamkan kaca itu ke nadiku. Danial melihatku dan melangkah ke arahku lalu terus membuang kaca itu ke tepi.

Aku hanya berdiri seperti patung di situ. Langsung tiada rasa mahu bergerak. Danial memandangku tajam dan melihat ke bawah. Shit! Gumamnya perlahan namun cukup kuat untuk aku mendengarnya. Dia mengangkat aku secara bridal style dan meletakkan aku di atas katil dengan hati-hati.

Aku hanya melihat apabila dia mencapai peti pertolongan cemas dam mula membersihkan luka aku. Sesekali matanya cuba untuk melirik wajahku yang sugul ini. Aku hanya memalingkan wajahku memandang ke arah lain. Sakit hati aku ini memang susah sangat untuk diubatkan. Ini semua angkara syaitan durjana ini!

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now