Bab 31.

7.5K 212 61
                                    

Aku memandang ke arah jalanan yang sunyi di hadapanku. Cuba mencari haluan mana yang aku akan tuju. Tapi, aku tak tahu mana satu arah yang betul. Aku melepaskan keluhan yang berat. Aku menendang semua daun-daun dan batu yang berada di hadapanku. Aku cukup hampa bila mendapat tahu bahawa aku sesat di tengah-tengah hutan yang selalu aku pergi suatu ketika dahulu. Ingatanku yang secebis ini pula langsung tidak membantu aku untuk mencari jalan keluar dari hutan ini. Mataku melilau mencari mana-mana arah yang kurasa akan ku lalui namun hampa. Aku rasa ragu-ragu untuk pilih mana-mana jalan yang berada di hadapan, kiri dan kananku. Belakang? Aku tak mahu menggali kubur aku sendiri kalau aku memutuskan untuk berpatah balik. Aku lebih rela mati di dalam hutan ni daripada berpatah balik dan ditangkap hidup-hidup oleh syaitan itu.

Mataku mula berair. Hari pula semakin gelap. Orang yang aku cari pun susah nak jumpa. Macam mana aku nak cari jawapan yang aku nantikan kalau aku tak dapat keluar dari sini?

Tuhan, tolonglah aku.

****

" Argh, sial! " jerit Linda.

Danial hanya duduk di hadapannya tanpa menunjukkan sebarang ekspresi. Kelihatan aura dinginnya itu seakan mahu mematikan semua makhluk hidup yang berada di hadapannya.

" Danial, kita boleh bawa bincang. Tapi, kalau macam ni lah cara kau, macam mana nak bawa bincang? Please lah, Linda tak salah. " rayu Arsyad sambil melutut.

" Bawa bincang? Aku tak tahu apa yang perempuan sial ni hasut kau daripada bagitau aku perkara yang sebenar. Aku dah mintak cara baik tapi, apa yang aku dapat? Ludahan seorang perempuan sial yang tak pernah berterima kasih sebab aku bagi dia hidup? Macam tu? "

Arsyad memalingkan wajahnya ke arah yang lain. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Danial. Kalau bukan sebab Arsyad dan Danial sudah berkawan lama, pasti Linda adalah orang pertama yang telah mati di permulaan cerita ini. Arsyad hanya mampu menahan ludahnya.

Danial berdiri sambil melipat tangannya ke dada lalu berjalan mendekati Linda yang sedang terikat di kerusi di hadapannya itu. Linda hanya menundukkan kepala, takut dengan apa yang akan dilakukan oleh Danial selepas ini. Jari kasar Danial itu terus menyentuh permukaan dagu Linda dan mendongakkan wajahnya agar bersemu muka dengan miliknya. Nafas jantan milik Danial hangat terasa. Dia memandang tajam, tepat memanah masuk ke dalam mata milik Linda. Linda mula menelan ludahnya sendiri. Jari yang kasar itu mula mengelus pipi gadis itu dengan sangat lembut.

" Linda, Linda. "

Seakan terkena renjatan elektrik, Linda meronta untuk dilepaskan namun tangan Danial yang besar itu dengan cepat mencengkam wajahnya.

" Aku cuma nak mintak tolong sikit tapi, aku rasa kau macam tak nak tolong aku. Aku tertanya, adakah kau nak merasai kesakitan apabila menunggu kematian, Linda? "

Mata milik Linda mula berkaca. Suaranya seakan tersekat di kerongkongnya. Nafasnya mula naik turun secara tidak teratur. Jantungnya pula berdegup dengan laju kerana terlampau takut. Danial pula hanya memerhatikannya dengan ekspresinya yang dingin itu.

" Kalau kau tahu dekat mana Aira aku akan pergi lepas ni, aku akan lepaskan kau. Kalau kau cakap kau tak tahu, aku tak tahu juga sama ada aku mampu untuk tahan diri daripada membunuh engkau, betul tak Arsyad? "

Arsyad berdiri lalu mendekati mereka berdua. Dia meletakkan tangannya di bahu sasa milik Danial. Danial yang seakan mengerti itu terus berundur ke belakang, memberi ruang kepada Arsyad untuk melafazkan kata-kata akhirnya kepada Linda.

" You know what? I love you Linda. Aku tak nak kehilangan kau tapi, kau hancurkan segalanya. I'm sorry. Danial. "

Arsyad terus berlalu pergi. Linda membulatkan matanya. Dia mula meronta.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now