Bab 13.

16.6K 375 30
                                    

" Sayang, makanlah. Nanti perut masuk angin. "

Aku menghiraukan kata-katanya itu. Aku hanya menenggelamkan kepalaku di bantal. Jujur aku cakap yang hari kelahiran aku akan menjelma dalam masa 5 hari lagi dan aku tak jangkakan yang hidup aku akan susah macam ni! Kenapa aku terpaksa hadapi semua ini? Argh, jahanam!

" Sayang. " panggilnya lagi.

Aku malas nak balas kata-katanya itu dan aku malas nak makan walaupun perut ini sudah berbunyi menandakan aku kelaparan yang amat. Aku tiada mood langsung lepas aku tahu perkara yang terjadi ke atas kawan baikku itu, Linda. Mungkin Arsyad betul-betul sudah baham dia, bukan? Haih. Aku mengeluh untuk kesekian kalinya.

Dia membangunkan aku dengan memegang kedua-dua bahuku kasar. Aku meringis perlahan kerana rasa sakit yang tidak kian menghilang. Sudahlah dicengkam dengan kasar tanpa kelembutan yang aku inginkan. Aku memalingkan wajahku daripada melihat wajah tampannya itu.

" Makan, sekarang! " marahnya. Aku hanya membatukan diri.

Dia menghembus nafasnya kasar lalu menyambung, " Kita akan jumpa parents sayang. "

" Betulkah? " tanyaku lalu memandang mukanya dengan penuh harapan.

" Ya. Kalau sayang nak jumpa mereka, sayang kena makan dulu, ya? "

Dia mengusap kepalaku dan memandangku sambil tersenyum kecil. Aku hanya menganggukkan kepala. Dia terus menghulurkan makanan yang dibawa olehnya kepadaku. Aku capai pinggan yang berisi makanan itu dan memakannya dengan perlahan.

Apa yang aku tidak tahu ialah terlampau banyak agenda yang difikirkan oleh Danial untuk memastikan aku benar-benar jatuh ke tangannya.

****

" Ma, Pa! Tolong jangan buat Aira macam ni. Please, Aira merayu. "

Aku menangis semahu-mahunya. Aku juga turut jatuh melutut dan memohon agar mereka tidak melanjutkan acara gila ini. Aku tak mahu!

" But, Aira- " aku memintas kata-kata Papa.

" Pa, Ma. Tolonglah. Aira tak bahagia. Kenapa Ma dengan Pa tak faham?! " aku meraung-raung ketika itu.

" Kenapa? Kenapa sanggup tipu Aira? Kenapa sanggup buat Aira jadi macam ni? Aira anak pungut ke Ma? Aira bukan anak kandung Mama ke? Ma- "

Ppangg!

Pipiku terasa hangat. Mukaku memerah. Terus mama memeluk tubuhku dengan erat. Oh, aku ditampar oleh mama? Manusia yang melahirkan aku? Aku mendengus. Memang beginikah nasibku? Dijual oleh orang tua sendiri kepada syaitan durjana itu?

" Dengar ni. Apa yang baby fikir, semua tu tak betul. Kami sayang Aira. Tapi, Aira kena tahu yang syarikat kita ni ada banyak masalah yang melanda dan dia adalah satu-satunya manusia yang boleh tolong kita. Mama harap Aira faham. "

Aku hanya memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Perasaanku kini bercampur baur. Kenapa aku perlu disatukan dengan manusia itu? Kenapa mesti aku? Kenapa bukan orang lain? Memang tak guna betul. Dasar jantan keparat!

Aku dipimpin oleh mama untuk ke ruang tamu. Air mataku jatuh berguguran. Papa terus lap air mataku dengan tisu yang berada di tangannya. Tangisanku pecah ketika akad nikah dimulakan.

" Okay, semua sudah sedia. " kata Tok kadi. Tetamu yang hadir di majlid akad nikah itu menganggukkan kepala.

" Aku nikahkan kau dengan Aira Munirah binti Muhammad Hafni Hafiz dengan mas kahwinnya RM300 tunai. "

" Aku terima nikahnya Aira Munirah binti Muhammad Hafni Hafiz dengan mas kahwinnya RM300 tunai. "

" Sah? "

" Sah. "

Separuh jiwaku seakan melayang tika ku dengarkan lafaz itu. Dia mendekatiku lalu menyarungkan cincin di jari manis milikku. Dia mencium dahiku lalu berbisik,

" Kau milik aku. "

****

Aku mengetap bibirku. Terus aku capai dompet dan telefon pintar milikku lalu bergegas keluar. Danial tiada di sini, jadi aku selamat. Selepas sahaja akad nikah dijalankan, dia terus pergi. Aku berjalan dengan pantas. Aku segera masuk ke dalam kedai runcit itu lalu membeli beberapa barang khas milikku.

Sampai sahaja di rumah, aku terkejut apabila serpihan kaca pecah berada di mana-mana sahaja. Aku berjalan dengan berhati-hati supaya kakiku tidak terpijak kaca.

" Mana kau pergi, hah?! " tengking Danial.

Aku terkejut memandangnya. Dengan muka yang bengis itu, dia terus melemparkan kaca ke dinding dan kaca tersebut hancur berkecai. Dia menarik rambutku dan menampar pipiku.

" Aku tanya kau. Kau pergi mana pelacur?! " bentaknya lagi. Kali ini, perutku ditendang dan dipijak olehnya sesuka hati. Sial! Waktu inilah benda itu nak sakit!

" Saya- "

" Saya apa, hah? Apa ni?! " jeritnya dan terus mencapai bungkusan plastik lalu melihat isinya. Dia tercengang.

" S- Saya beli itu sebab saya datang bulan dan pil penahan sakit sebab perut s-saya sakit sangat. " jelasku dalam senduku.

Dia tergamam buat seketika sebelum menghampiriku.

" M-Maafkan abang, sayang. " katanya lalu memangku diriku.

Dia mengangkat tubuhku dan meletakkan aku di atas katil. Apa yang aku dengar sebelum aku pengsan ialah,

" Maaf untuk segalanya. "

****

Aku meraup mukaku beberapa kali. Kesal dengan perbuatanku yang asyik bertindak melulu tanpa berfikir. Wajahnya dipandang. Sayu sungguh apabila melihat dirinya yang kini dipenuhi dengan lebam-lebam yang aku cipta sendiri. Rasa bersalah kini menguasai diri.

Hari yang indah menjadi hari yang terburuk baginya. Bodoh betul kau ni, Danial. Pukul isteri kau sebab dia beli benda itu? Haih. Aku mengeluh perlahan.

Lagi 5 hari dan dia akhirnya jadi milik aku seutuhnya. Sekarang, aku perlu bersabar dan tetap bersabar.

****

A/N: Hai! I baru sedar betapa susah ya nak edit? Rasa nak nangis 😭 Tbh, jiwa nak menulis ni makin lama makin hilang, idk. 😭 But i'll try my best untuk edit balik. Again, I'm sorry for everything. 🌈💚💙💛

Btw, kalau you all bosan tunggu i update, bolehlah baca cerita baru I.🤗

Payung | Taehyung BTS 💜

If u all nak baca, u can baca and tolong vote and komen sekali eheks.😉

Well, apa-apapun, jangan lupa vote dan komen bab ini ya!😋

Lepaskan AkuΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα