Bab 22.

14.6K 290 51
                                    

Aku terbangun apabila terdengar suara seperti seseorang sedang bertekak.

" Agak-agaklah bodoh. Kau noda isteri kau dalam perkahwinan kau sendiri! " jerit seseorang.

" Aku- "

" Aku tak faham. Kau cintakan dia ataupun tidak, hah? Aku tertanya. Sangat tertanya. Kalau betul kau cintakan dia, kenapa kau buat dia macam ini? Kasihanilah dia, Danial. "

Aku memegang dadaku. Sebak apabila teringatkan tentang hal semalam. Air mata terus mengalir tanpa diminta.

" Aku tak tahu, Rai. Aku tak tahu. " jawab Danial buntu.

" Kau tahu tak yang kau dah menyemai benih kebencian di dalam hati dia terhadap kau, hah?! " bentak Rai lagi.

" Dia itu ibarat rama-rama, Danial. Tolonglah, jaga dia dengan baik. Jangan seksa dia macam ini. Dia terluka. Kau buat dia rasa diri dia sudah hancur sepenuhnya. "

Danial hanya diam membisu. Dikepal tangannya kerana apa yang dikata oleh Rai pun ada benarnya. Memang dia sudah menyemai benih kebencian di dalam hati Aira terhadap dirinya itu. Rai memegang bahu Danial lalu berlalu pergi. Danial jatuh melutut di lantai marmar itu. Air matanya jatuh berderai. Air mataku pun jatuh tanpa henti. Rasa kecewa, marah, hina dan jijik dengan diri ini.

Pintu bilik dihempas kasar dan dikunci. Aku jatuh terduduk dan meringkuk. Kenapa dia sanggup rogol aku? Dia, dia tak sayangkan aku? Kenapa?

" Sayang. " panggilnya lembut di muka pintu.

Aku memandangnya sekilas. Air matanya mengalir dengan deras apabila melihat penampilanku yang kusut itu. Aku mengusutkan kepala aku lalu mula menangis sambil menggenggam erat bajuku.

Kedengaran bunyi derapan kaki berjalan menghampiriku. Daguku diangkat dengan jarinya. Wajahku ditekup dengan tangan besar dan kasarnya itu. Dia mengusap air mataku daripada terus mengalir. Aku hanya memejamkan mata menikmati setiap sentuhan lembut yang diberikan. Dahiku dikucup dan matanya memandang tepat ke arah mataku.

Ada kekesalan yang terlihat di matanya itu. Pandanganku menjadi kabur apabila air mataku ini ditahan supaya tidak jatuh. Jari runcing milikku yang menggigil dengan kuat cuba mengusap lembut tangannya yang berada di mukaku. Dia hanya melihat tingkah laku aku dengan senyap.

Aku memejamkan mata tatkala jariku menyentuh tangannya. Bibirku digigit agar esakanku tidak keluar namun gagal.

" D- Danial. " panggilku sambil mengeratkan pegangan pada tangannya yang sibuk mengusap pipi gebu milikku.

" T- tolong. Jangan buat macam itu lagi? Aku penat. A- aku dah tiada siapa-siapa lagi. A- aku takut. Kau buat aku takut. " ucapku dan serentak itu, tubuhku direngkuh dengan erat olehnya.

" M- maafkan abang. Abang yang salah. Abang buat sayang takut dekat abang. Maafkan abang, Aira. " katanya sambil menangis teresak-esak.

" Tak guna! Danial tak guna! Kenapa?! " aku mula memukul dadanya dengan penumbukku.

" Kenapa aku tak terus mati, hah?! " sambungku lagi.

" Kenapa aku tak boleh ikut ibu dan ayah aku mati? " dada Danial dipukul lagi.

" Aku ni memang manusia tak guna! "

" Anak yang menyusahkan. Aku ni pela- " bibirku dicium oleh bibir Danial. Dilumat kecil dan dilepaskan untuk mengambil nafas. Seakan-akan baru menyedari apa yang sudah berlaku tadi, aku terus memukul dada bidangnya tanpa henti.

" Aira. " dia mencekal tanganku lalu mengangkat tubuhku dan letakkan di atas katil.

Tubuhku sekali lagi dipeluk olehnya. Tangannya yang lain digunakan untuk mengusap rambutku dan mengucup kedua-belah mataku. Aku membiarkan air mataku terus jatuh tanpa dihalang. Dia terus mengucapkan kata-kata maaf sehinggalah aku kepenatan dan akhirnya tertidur. Sekali lagi.

Lepaskan Akuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن