Bab 43

10.7K 342 104
                                    

Aku terus menyorok di balik pohon besar apabila ternampak sekumpulan penunggang motorsikal melalui kawasan hutan ini. Nafasku cuba ditahan apabila mereka semua memarkirkan motorsikal berkuasa tinggi di samping jalan. Aku terus mencapai parang yang tersisip di begku tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

" Aku rasa tadi ternampak bayangan budak perempuan lalu dekat sini tadi. " ucap satu suara garau.

" Aku pun. Tak apa. Kita semua berpecah. Kita kena pastikan kit dapat bawak balik budak perempuan tu. " sahut seseorang.

Aku yang memang bertubuh kecil ini makin mengecilkan diri di balik pohon ini. Walaupun jarak aku dan mereka agak jauh, tapi ada kemungkinan besar mereka boleh nampak aku dari sana. Aku harap mereka tak memutuskan untuk berjalan ke arah sini dan aku salah.

" Kau bertiga pergi dekat arah sana, korag tiga orang ke sana dan aku dengan dua orang mangkuk ni pergi cari ke tengah. " arah seseorang yang aku pasti dia adalah ketua mereka semua.

Aku menahan nafas apabila mendengar derapan tapak kaki mereka makin menghampiri tempat persembunyianku. Pegangan di parang ini semakin dieeratkan. Mataku cuba dipejam untuk mencari kekuatan. Atmosfera pula seakan-akan tidak berbunyi. Terus aku buka mataku.

" Argh! " jeritku apabila ternampak tiga orang lelaki tegap sedang mengelilingiku.

Aku terus menghayunkan parang ke salah satu lelaki tersebut dan terus berlari dari sana sekuat hati. Mereka yang tidak menjangkakan serangan tersebut terus melonjak ke belakang seketika sebelum mencuba menyaingi langkahku. Aku dapat dengar bunyi derapan kaki semakin bertambah di belakangku.

" Jangan biarkan dia terlepas! " jerit satu suara yang familiar. Ketua mereka!

Sial, nampaknya mereka semua sudah mula mengejar aku. Aku kena fikirkan cara lain. Kalau aku terus berlari tanpa melawan, aku tetap akan ditangkap. Jadi, semua ini adalah sia-sia. Lebih baik kalau aku melawan mereka semua. Aku terus berhenti secara mengejut dan cuba menyadung kaki salah satu lelaki tersebut dan berjaya. Lalu aku terus halakan parang yang sudah tentunya tidak berlapik lagi ke arah lelaki yang lain. Sayatan besar terhasil. Dia mula merintih.

Belum sempat aku menjayakan serangan ke arah yang lain, tubuhku tiba-tiba dipeluk dari belakang. Aku terus menyiku tubuhnya dan aku tusukkan parang yang aku genggam ke perutnya. Aku tarik parang tersebut dan cuba menghayunkan ke arah yang lain namun ditepis. Parangku jatuh dan melayang jauh dari kedudukanku.

Aku membulatkan mata dan cuba untuk melarikan diri namun tubuhku terus ditahan oleh seseorang. Mulutku ditekup dengan tuala putih. Melihatkan itu, aku terus menahan nafas selama yang aku mampu sebelum menyiku tubuh sesiapa pun yang menahanku berkali-kali.

Tapi, dia tetap beedegil tidak mahu melepaskan aku. Mulutku dibuka dan gigiku terus ditancapkan ke arah tangannya. Dia mengaduh kesakitan sebelum melepaskanku. Aku terus menyepak lelaki tersebut berkali-kali. Tanpa aku sedari, ada seseorang sedang berdiri di belakangku dan memukul bahagian belakang tubuhku dengan sesuatu.

Pandanganku mula kabur. Tubuh mungilku mula rebah ke bumi. Aku tidak dapat menahan mataku daripada tertutup. Akhirnya, semua menjadi gelap.

****

'Kenapa tanah ini empuk semacam?'

Aku cuba membuka mataku namun sulit sekali. Tanganku juga cuba digerakkan. Kepalaku pula tiba-tiba berdenyut dengan kuat. Terus aku buka kedua belah mataku secara mengejut. Aku dapat lihat yang tubuhku terbaring di atas katil yang empuk. Bilik ini seakan familiar. Adakah aku sudah kembali ke rumah Danial?

" Sayang. " panggil seseorang dari muka pintu.

" Danial. " gumamku namun dapat didengar olehnya.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now