Bab 44

4.9K 131 12
                                    

" Kau kata apa tadi?! " tanya Danial dengan nada suara tinggi.

Aku hanya berdecih perlahan. Aku cuba gagahkan diri untuk memandang matanya yang menggelap. Aku tahu dia pasti berang dengan kata-kataku tapi sepatutnya aku yang patut ada rasa macam tu, bukan dia!

" Kau pekak atau pura-pura tak dengar? " ejekku sambil tersenyum sinis.

Dia mendengus lalu mencengkam rahangku dengan kuat. Tangannya yang sebelah lagi itu masih kukuh menahan tanganku. Tapi, aku tetap tidak mahu mengalah.

" Kau memang sial, jantan tak guna. " desisku tajam sambil menatapnya dengan penuh kebencian.

Aku mula merasakan kesakitan yang luar biasa bila dia menekan rahangku dengan lebih kuat. Rintihan yang cuba ditahan akhirnya keluar apabila dia tiba-tiba menampar mukaku dengan secara tiba-tiba. Namun, dia masih belum puas kerana kali ini, rambutku pula menjadi mangsa cengkaman tangannya yang gagah itu.

" Bila aku tanya kau, aku jangka kau untuk jawab. Bukan untuk balas soalan aku dengan pertanyaan Aira! Jangan cabar aku Aira. Sekarang, aku nak kau ulang balik apa yang kau cakap tadi. " ugutnya.

Aku menjelingnya tajam lalu membalas, " Oh, kau pekak rupanya. Aku cakap, aku akan gugurkan anak haram ni baruah! "

Dia terus melempar tubuh kecilku ke atas lantai. Seluruh tubuhku terasa sakit. Tulang-tulangku rasanya seperti remuk. Aku dapat rasakan hidungku mula mengeluarkan darah, begitu juga dengan kepalaku. Baru saja aku mahu mengusap darah yang mengalir, tubuhku tiba-tiba dipusingkan supaya menghadap ke arahnya. Danial yang melihatkan diriku yang sedemikian rupa, terkejut pada mulanya namun terus dia sembunyikan dengan ekspresi berangnya. Dia terus mencapai kayu hoki yang aku sendiri tak tahu dari mana dia dapat benda tu.

" Kalau ini saja cara yang aku dapat buat untuk sedarkan isteri derhaka macam kau, aku buat! " bentaknya sambil mengangkat kayu hoki tersebut dengan tinggi.

" Jangan! " teriakku.

" Argh! " jeritku sekuat hati apabila kayu itu ditujukan ke arah kakiku. Aku yang terkejut itu cuba melindungi kakiku dengan kedua-dua belah tangan tetapi tanganku juga menjadi mangsa pukulan kayu hoki tersebut. Aku hanya mampu menangis sambil menjerit dengan tidak jelas. Namun, aku sedar satu perkara. Dia langsung tidak pukul perutku yang isinya adalah anak haram miliknya. Sebegitu pentingkah janin yang ada di dalam perutku ini? Adakah kau cuma mahu jadikan dia sebagai sebab untuk aku terus terikat dengan kau, Danial?

Mukaku yang berlumuran dengan darah itu langsung tidak dihiraukan. Aku tak tahu berapa lama dia ambil masa untuk menghancurkan kakiku ini, tapi setiap saat bagi aku adalah bersamaan dengan sejuta hari dalam neraka jahanam yang dia ciptakan sendiri. Akhirnya, dia berhenti. Aku pula mengambil peluang untuk bernafas dengan mulut kerana darah di hidungku tidak berhenti-henti mengalir keluar. Dia yang melihat kepayahanku untuk bernafas secara baring itu, terus menggendong tubuhku di dalam pelukannya.

Aku terpekik apabila tubuhku diangkat secara paksa kerana rasa sakit di kaki dan seluruh tubuhku kembali terasa. Mataku bergenang dengan air mata semula. Danial terus mencapai kain basah lalu ditekapkan ke arah hidungku. Tangannya mencapai telefon pintar miliknya. Aku tak tahu siapa yang dia hubungi namun aku dapat menangkap butor-butir bicaranya sedikit apabila dia mengarahkan seseorang untuk datang ke rumahnya untuk memeriksa kecedaraan di tubuhku.

Secara perlahan, dia menolak tubuhku supaya bersandar di dada bidangnya. Matanya teduh memandang wajahku. Mukanya tersirat dengan kekesalan dan aku dapat lihat dia juga seakan lega. Kenapa? Kau suka tengok aku tak berdaya?

Rambutku yang kusut-masai itu disikat dengan jari-jarinya. Lama aku pandang matanya dan dia juga melakukan perkara yang sama. Selepas beberapa minit, aku dapat rasakan mataku semakin berat dan akhirnya pandanganku menggelap.

****

" Aira? " panggilnya.

Aku hiraukan panggilannya itu dan terus memandang ke arah luar jendela. Dia yang melihat responku hanya mengeluh perlahan dan cuba duduk di sisi katil. Aku yang melihat itu cuba mengangkat diriku namun tidak berjaya.

" Ergh. Sakit. " rintihku.

Danial menarik tanganku dari memaksakan kakiku untuk beralih. Aku cuba menepis namun tenaganya lebih kuat berbandingku. Mukaku ditekup dengan tangannya lalu bibirku dikecup lembut. Aku hanya terpaku ketakutan dengan sikapnya. Sekelip mata boleh jadi baik dan sekelip mata juga boleh jadi macam syaitan. 

" Jangan dipaksakan, okay? Sayang patutnya rehat secukupnya, makan banyak-banyak supaya cepat sembuh. Abang tak nak sayang rasa tertekan bila sentiasa sendiri dalam bilik ni sebab tu abang sentiasa berada di sisi sayang tapi sayang selalu hiraukan abang. Kadang-kadang, makanan yang abang tu pun tak nak sentuh. Tak baik untuk kesihatan sayang dengan bayi kita tau tak? " katanya sambil mengecup mesra dahiku.

Aku hanya menatapnya kosong dan memandang semula ke arah jendela. Malas mahu bertekak dengannya lagi. Kali terakhir aku bertekak dengannya, nyawaku adalah sebuah taruhan dan kesan yang diciptakan dari pertelingkahan itu adalah berpanjangan. Aku rasa yang Danial ni memang tak faham bahawa aku tak ingin diganggu oleh sesiapa sebab tu dia dengan beraninya tekup kedua-dua belah pipiku dan mengecupnya berkali-kali. Aku mengerutkan dahiku. Dia yang melihat itu hanya terkekeh kecil lalu mengusap dahiku.

" Aku benci kau. " kataku secara tiba-tiba. Senyumannya mula luntur. Mataku mula berair.

" Apa salah aku dengan kau, hah? Tuhan hantar kau dan benda ini kepada aku sebab aku berdosa, ke? Kalau ya, kenapa mesti sesakit ini? " tanyaku. Dia hanya diam memandangku.

Aku yang berang itu terus memukul-mukul dada Danial dan menangis teresak-esak. Dia terus menarikku ke dalam dakapannya. Aku cuba menolak tubuhnya namun sia-sia. Dia hanya diam memandang aku yang meraung-raung di dalam pelukannya. Selepas sejam, barulah dia lepaskan pelukannya. Tubuhku direbahkan.

" Sayang perlu tidur. Abang ada kerja yang perlu disiapkan. " katanya.

Aku terus menggapai tangannya sewaktu dia mahu berlalu pergi. Aku terus melirikkan mataku ke arah ruang yang kosong di sebelahku. Dia yang seakan mengerti terus naik ke atas katil dan memelukku.

" Danial. " panggilku dengan nada yang sayu.

Dia yang sedang memejamkan mata itu terus membuka mata dengan luas. " Kenapa? Sakit ke? Dekat mana sakit? " tanyanya dengan risau.

Aku menggelengkan kepala. " Aku nak tidur. " kataku.

Dia yang mendengar permintaanku terus menganggukkan kepalanya dengan laju. Sisi punggungku ditepuk perlahan dengan tangannya yang hangat. Mulutnya mula mengumamkan lagu yang aku sendiri tak tahu. Tubuhnya pula dirapatkan ke tubuhku. Aku dapat rasakan nafasnya menerpa mukaku.

" Aku benci kau. " desisku tajam.

Mataku terpejam.

****

A/N: Hai! Ik dah lama gila I tak update LA 😣 But man, writer's block ni suck af so yah doa-doakan I dapat ilham untuk sambung cerita ni sampai habis. 😥👌 Btw, I akan publish balik bab-ii depan secara slow and for certain masa I akan unpub untuk edit bahagian yang I rasa tak suka. Oky? 😃

Yang penat tunggu cerita ni update bolehlah baca cerita baru I,

Payung | Taehyung BTS

Kalau baik hati, boleh vote sekali cerita tu.

Jangan lupa vote and comment ya guys! 💚

Deda & ILY 3000 💜

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now