Bab 32.

5.9K 177 39
                                    

" Tak sangka kau sanggup bunuh kawan sendiri. "

Zahier tersentak. Lampu di ruang tamu terus terbuka dengan sendirinya. Di hadapannya, Zira berdiri sambil tersenyum sinis. Zahier yang pada mulanya tersentak itu mula menyeringai. Agak tidak percaya dengan keberanian yang ditunjukkan oleh kekasihnya. Kekasih? Benarkah Zira menerimanya sebagai kekasih? Ah, persetan dengan semua itu.

Zahier tiba-tiba ketawa kecil. Dia menarik nafas sebelum menghembuskannya semula lalu berkata, " Agaknya kau tak tahu yang kawan baik kesayangan kau dah mati. "

Kali ini, giliran Zira pula yang tersentak. Nafasnya seakan tersekat. Senyuman sinis yang dilemparkan kepada Zahier mula memudar. Zahier pula hanya memandang tingkah lakunya.

" Kau tipu. Aku tak percaya. Lagipun siapa? Aira? Hana? Linda? Aku takkan percaya kata-kata kau Zahier. Kau menjijikkan tahu tak. " balasnya pedas.

Sengihan Zahier semakin melebar. Dia melangkah ke hadapan. Zira pula mengundur ke belakang.

" Kalau tak percaya, aku tak kesah. Aku cuma nak cakap, yang kau akan ikut jejak Linda dan Arsyad. "

Zira membulatkan matanya tanda tidak percaya. Mulutnya ternganga seketika. Dia kaku di tempatnya. Zahier mengambil beberapa langkah ke hadapan sebelum mengunci tubuh Zira yang kaku itu.

" Aku sayang kau sangat. Tapi, aku sakit sebab kau tak pernah sayang aku dengan ikhlas selama ni. Maafkan aku. Aku cintakan kau. "

Terus bibirnya itu disuakan ke bibir milik Zira. Air mata yang ditahan oleh Zira akhirnya terlepas jua. Memang betul apa yang dikatakan oleh Zahier itu. Zira tak pernah sayang dia dengan ikhlas. Macam mana dia nak sayang dan cintakan orang yang dah rogol dia?

Tapi, cuma setakat ini cinta Zahier kepadanya sehingga mengambil keputusan untuk membunuhnya? Tak pernahkah dia terfikir untuk mengambil hatinya dengan cara yang lembut dan penuh dengan kasih sayang? Kenapa perlu bunuh diri dia pula?

Zahier dengan kasarnya melepaskan tautan bibir mereka. Dia terus mengusap pipi milik Zira.

" Menangis air mata darah sekali pun, engkau takkan pernah belajar untuk cintakan aku. Dan walaupun kau bagitahu dekat mana Aira berada sekarang ni, aku akan tetap bunuh kau, Zira. " kata Zahier.

" A- Aira, lari? " tanya Zira. Dia terkejut apabila Aira dapat melarikan diri daripada syaitan itu.

" Hm. " jawabnya sepatah sebelum mengusap bibir Zira.

Zira hanya memejamkan matanya. Cuba memikirkan adakah dia perlu mengkhianati rakan baiknya itu dengan memberitahu lokasi yang pasti Aira akan pergi. Lama dia berfikir. Kali ini, dia tekad walaupun dia akan mati dengan cara yang menyeksakan. Dia menghembuskan nafasnya dengan kasar.

" Aku takkan biarkan syaitan tu dapat kawan aku. Dan aku akan pastikan Aira akan terlepas dari cengkaman dia. Langkah mayat aku dulu. "

" Dengan senang hatinya aku akan langkah mayat kau, sayang. "

Bang!

Tubuh milik Zira terus terkulai. Air matanya menitik. Demi tuhan, dia akan menghantui hidup Zahier jika Aira ditemui. Dia tahu kawannya yang satu itu perlu lepaskan diri daripada cengkaman lelaki seperti Danial. Tapi, dia tidak dapat membantu sebab setakat ini sahajalah bahagian dia. Dia cuma berharap agar dia dapat melindungi Aira dan berharap agar Aira tidak tertangkap lagi.

" Macam yang kau cakap, aku akan langkah mayat kau. "

Tanpa berlengah-lengah, dia terus melangkah tubuh mungil milik Zira. Nafas milik Zira semakin tersekat-sekat. Nampaknya ajal tak lama lagi bakal menjemputnya. Zahier hanya tersenyum sinis. Dengan hembusan yang terakhir, akhirnya Zira tidak lagi bernyawa.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now