Bab 30.

8.6K 221 40
                                    

" Lepas! "

Aku meronta-ronta apabila tubuhku didakap sepenuhnya oleh Danial. Dia hanya mendengus dan mula mengangkat tubuh mungilku lalu diletakkan di bahunya. Aku memukul belakang badannya tanda protes tapi dia hanya menghiraukan.

Dari jauh, aku dapat lihat Rai hanya tersenyum sinis dan menyeringai apabila melihat ekspresiku yang dalam ketakutan itu. Air mataku mula bertakung di tubir mata. Rai, sanggup kau buat aku macam ini?

Tiba-tiba tubuhku dilempar ke atas daun-daun kering. Aku hanya mengaduh kesakitan apabila aku terdengar bunyi tulangku seperti patah. Aku menoleh ke arah Danial. Danial hanya berdiri di hadapanku tanpa sebarang ekspresi di muka.

" Rai, bagi aku bekas tu. " arah Danial.

Bekas apa?

Rai hanya tersengih lalu menghulurkan satu bekas besar berwarna putih kepada Danial. Aku tertanya-tanya, apa benda yang ada dalam bekas tu?

" Lepaskan aku. "

Ayat itu terus keluar dari bibirku setelah melihat satu senyuman sinis yang melekat di bibir Danial. Dia melangkah setapak ke hadapan dan mula menunduk ke bawah. Dia mencengkam daguku dengan kuat.

" Aku dah cakap yang aku takkan pernah lepaskan kau. "

Pipiku terus ditampar sekuat-kuatnya. Perih. Aku dapat rasakan darah mula mengalir. Air mata yang bertakung di tubir mata pun sudah jatuh berlinangan. Aku memegang pipiku. Tuhan, kenapa nasib aku macam ini?

Rambutku dicengkam dan mukaku menjadi sasaran tumbukannya pula. Aku cuba untuk mengelak namun apalah kudratku sebagai seorang gadis yang lemah, bukan?

" Aku tak pernah suka sakitkan kau tapi kau asyik mencabar kesabarn aku. Kau memang nak sangat kena belasah ke jalang?! "

Aku hanya menangis tersedu-sedan apabila dihina sebegitu rupa.

" Aku kata diam, diamlah sial! "

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku. Aku dapat dengar bunyi derapan kakinya yang semakin mendekatiku lalu berhenti. Aku lihat ke arahnya dan aku dapat lihat yang dia sedang memegang bekas berwarna putih. Aku tak tahu apa isinya sehinggalah Danial menuangkannya ke atas tubuh badanku.

Petrol.

Air mataku semakin deras. Aku cuba untuk menjerit supaya dia berhenti namun suaraku seakan tersekat. Dia hanya memandangku sekilas lalu mengeluarkan pemetik api. Aku menggelengkan kepala dengan laju. Tolonglah, jangan buat aku macam ini.

" Aku sayang kau tapi aku nak kau rasa betapa sakitnya hati aku bila kau lari semata-mata untuk tinggalkan aku. Kau nak sangat kan aku seksa kau? Nak kan?! Kau rasakan! "

Aku menjerit apabila pemetik api itu dijatuhkan. Sekelip mata tubuhku dibaham oleh api. Aku menjerit meminta tolong namun hampa. Mereka tidak mahu dan tidak akan menolong aku. Apa salah aku?

Dan, sekali lagi aku nak tanya.

Apa salah aku?

**

" Argh! "

Aku terbangun di bilik yang sama.

Bilik Danial.

Air mataku bertakung. Buku limaku genggam kuat lalu aku tumbuknya ke arah dadaku. Cuba menahan rasa amarah dan kecewa dalam masa yang sama.

Jadi, itu semua mimpi?

Aku tak larikan diri dari dia selama ni?

Hanya sekadar mimpi?

Aku meringkuk di dalam bulatan.

" Aira? "

Aku sedikit pun tidak memalingkan wajahku ke arah suara tersebut. Bunyi derapan kaki tersebut semakin mendekati katil yang aku sedang duduki. Tanpa aku sedar, badanku kini dirangkul oleh lelaki tersebut.

Lelaki itu, Danial. Mimpi ngeriku selama ini. Aroma maskulinnya itu memasuki rongga hidungku membuatkanku terpana seketika. Dia hanya memeluk tubuhku tanpa mengeluarkan sebarang kata. Aku dapat dengar bunyi degupan jantungnya.

" Aira. "

Aku mendongakkan wajahku ke arahnya. Mata bertembung mata. Eh, ini Rai!

" Rai. " sebutku perlahan.

Air mataku mula mengalir. Kenapa aku tak ingat satu benda pun? Kenapa mimpi itu terlampau nyata? Rai mengalihkan beberapa helaian rambut yang menutupi wajahku. Tangannya mula mengelus pipiku sebelum menyeka air mata yang asyik berguguran. Kenapa aku asyik menangis?

Sebab kau lemah, bodoh.

Siapa kau?

Aku separuh daripada diri kau. Kau lemah, bodoh, polos. Sebab ini kau takkan dapat terlepas daripada dia, Aira.

Aku masih budak. Kau tak kenal aku-

Aku kenal kau. Kau cuma perempuan lemah yang gedik, perempuan yang minta simpati, yang tunggu pertolongan akan tiba tapi apa kau dapat kalau hanya menunggu pertolongan tiba? Kau dihancurkan! Kau lemah sebab asyik menangis, kau gedik sebab tak nak tunjuk yang kau kuat, yang kau boleh lawan dia balik, bodoh perempuan lemah, aku menyesal jadi separuh diri kau, kau lah perempuan yang tak berguna sepanjang hidup. Anak manja yang buat semua orang mati, anak paling sial pernah dilahirkan di dunia!

" Diam! Aku kata diam! "

Rai memeluk tubuhku dengan kuat. Mataku mula menjadi hitam sepenuhnya. Tanganku mula mencengkam tangannya dengan kuat sehingga pucat.

" Kau tak kenal aku! Aku bukan perempuan lemah yang gedik! "

Kalau macam itu, buktikan. Aku suka tengok perempuan lemah macam kau menderita dan dihancurkan oleh syaitan itu.

" Argh! "

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu kerana apa yang aku tahu hanyalah, duniaku menjadi semakin gelap dan gelap.

**

" Hah! "

Aku meliarkan pandanganku ke arah sekeliling. Aku dikelilingi pokok yang tinggi dan aku terbaring di atas rimbunan daun-daun kering. Ini bermaksud yang aku masih berada di dalam hutan dan tadi hanyalah mimpi semata. Aku menarik nafas lega dan baring semula di atas rimbunan daun-daun kering tersebut.

Ngeri betul mimpi tadi. Dibakar hidup-hidup oleh Danial memang terlampau menakutkan. Semoga tuhan sentiasa melindungi aku daripada raksasa itu.

" Perempuan lemah. " gumamku perlahan.

Aku rasa apa yang dikatakan oleh separuh diriku di dalam mimpi itu ada benarnya. Aku lemah, gedik, manja, kuat nangis, bodoh dan polos. Dan, sebab itulah Danial rasa dia berkuasa ke atas diri aku. Tapi, satu benda yang dia perlu ingat. Aku akan tetap cari jalan untuk melepaskan diri daripada dia. Buktinya aku berada di sini. Mencari kebenaran yang tinggal sipi-sipi di dalam ingatanku.

Aku dah penat nak jadi perempuan lemah. Terlampau penat dan aku nak berubah demi kebaikan aku. Aku nak berubah menjadi lagi kuat berbanding diri aku sekarang. Dan, sekarang aku tak tahu nak cari siapa dan buat apa. Aku mendongakkan kepalaku ke atas. Memandang langit yang kian membiru saban hari. Angin mula meniup ke arah wajahku. Mataku ditutup, cuba menghayati waktu ini.

Aku tiba-tiba membuka mataku secara mengejut. Ya ampun, kenapa aku tak pernah terfikir sebelum ni? Aku dah tahu dah nak cari siapa lepas ni. Cuma dia yang boleh tolong aku. Hanya dia. Kalau bukan dia, siapa lagi?

Kau lah harapan aku yang terakhir, Qalif.

**

A/N: Hey guys! Sorry ambil masa yang lama untuk update. 🙏 Maaf sangat-ii. I ada reason sendiri why tak dapat update. Sorry again.😔 So what do you think about this chapter?🙈 I know mesti tak puas yang baca en?😥 Alololo, sorry sangat-ii kay?😔 Insyaallah kalau ADA MASA, I update twice, okay? 🙆 Hehe. 🌚🌸

Btw, kalau you all bosan tunggu i update, bolehlah baca cerita baru I.🤗

Payung | Taehyung BTS💙💛💚

If u all nak baca, u can baca and tolong vote and komen sekali eheks.😋

Okay, xoxo and deda guys! 💕

Lepaskan AkuOnde as histórias ganham vida. Descobre agora