Bab 26.

9.7K 233 38
                                    

" Aira, I can explain it. " jelasku.

Dia memandangku dengan wajah yang pucat lesi. Dia mengangkat dokumen tersebut lalu menghempasnya ke lantai. Mukanya pula berubah menjadi satu ekpresi dingin.

" Explain? " tanya dia. Dingin.

" Yes. "

Aku segera menghampirinya dan memegang tangannya. Dia hanya membiarkan sahaja perlakuanku itu. Dia memandangku. Pandangan itu.

Hancur.

Kecewa.

Benci.

Marah.

" Aira, please. " mohonku.

Aku mencium belakang tangannya dengan penuh kasih.

" Kenapa? Dokumen ni dari 2 tahun yang lepas, bukan? " tanya dia.

Aku hanya mengangguk.

" Sanggup, kau? " tanya dia tak percaya. Dia memejamkan matanya perlahan.

Aku tahu dia sengaja berbuat begitu kerana mahu mengelakkan air matanya jatuh di hadapanku. Dia tak mahu aku tengok dia menangis. Aku memeluk tubuhnya erat. Dia hanya membiarkan sahaja.

Dia menolak tubuhku dan menggelengkan kepalanya. Dia memandang mataku tajam. Dia segera mengambil satu balang kaca dan menghempasnya ke lantai. Aku hanya mampu menunjukkan riak wajah yang terkejut.

Di situ,

Dia berdiri dengan air matanya yang masih mengalir,

Disertakan dengan api kemarahan yang membara di mata itu,

Aku berdiri di sini memandangnya,

Dengan pandangan yang sukar ditafsirkan,

Dan,

Segala-galanya bermula,

Di mana aku mengucapkan kata-kata kotor di hadapan mukanya tanpa henti dan belas kasihan terhadap dirinya. Kata-kata yang penuh hina dan jijik. Seperti dia adalah perosak segalanya.

****

" Danial. Bodoh. " ucapku perlahan.

Aku perhatikan kawasan sekeliling rumah ini. Air mataku menitis lagi. Macam mana aku nak terlepas dari genggaman jantan sial macam dia? Aku tak tahu macam mana. Mak dan ayah sudahpun tiada. Yang menjadi penjaga aku sekarang, hanyalah Danial seorang.

Aku lap air mataku dan terus mrncari butir-butir dokumen tersebut. Aku mencari di setiap sudut tanpa henti. Kenapa tuhan sanggup buat aku macam ini? Aku tak pernah ingin diduga macam ini. Kenapa?

Lantas, mataku tertancap ke arah sekeping foto.

Gambar aku,

Dengan Danial.

Aku genggam gambar itu erat-erat. Mulutku sedikit terbuka. Aku lihat di belakang foto tersebut.

2/5/2013 Aira & Danial.

Hari lahir aku yang ke-11.

Sejak bila aku ambil gambar dengan dia? Eh, ini bermaksud aku sudah lama kenal dengan dia, bukan?

Ah.

Pedulikan semua itu.

Aku kena ingat balik memori lama itu.

Memori yang menghilang di satu saat dulu.

Memori itu.

Hanya itu yang dapat membantu aku melalui semua ini.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now