Bab 3.

21.4K 610 50
                                    

Sial! Apa yang patut aku buat sekarang ni? Getusku dalam hati. Otakku ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada terperangkap dengan syaitan durjana ini. Aku dapat lihat dia sedang berjalan masuk ke dalam biliknya. Ruang tamunya aku perhatikan dengan teliti. Macam mana sekarang? Aku mula mengeluh.

" Munirah, mari saya ubatkan luka awak. " kata Cikgu Danial.

" Luka? " tanyaku kembali dengan kening yang diangkat sebelah.

" Luka dekat bibir kamu. Biar saya yang ubatkan. " jelasnya lalu mengambil tempat di sebelahku.

Belum sempat aku membalas penyataannya, dia sudah pun menyapu antibiotik di bibirku. Aku meringis perlahan. Baru terasa pedih. Tadi, langsung tak rasa apa-apa. Selesai sahaja dia mengubati lukaku, dia terus masuk ke dalam biliknya dan keluar semula dengan baju kemeja yang besar dan berwarna putih lalu baju itu dihulurkan kepadaku. Aku hanya memandang baju tersebut tanpa ada niat untuk mengambilnya dari tangan Cikgu Danial. Takkan dia nak bagi aku pakai baju ni? Gila!

" Awak pakailah ini dulu. Ini sahaja yang ada untuk awak. Saya rasa kemeja ni pun dah cukup besar jadi awak tak perlukan seluar sebab hujung kemeja tu akan tutup bahagian bawah badan kamu tu. " katanya lalu pergi ke dapur.

Apa yang bangang sangat cikgu ni? Tak boleh bagi aku seluar ke? Atau dia ni memang sengaja? Pening pula kepala ini. Dia datang ke ruang tamu semula dengan menjinjing sebuah beg yang aku tidak tahu isi di dalamnya. Dia mengerutkan dahinya lalu memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

" Kenapa tak tukar baju lagi? " tanya Cikgu Danial.

" Takkanlah saya cuma pakai kemeja tanpa seluar pulak. Mana logik. " balasku.

" Kemeja tu besar jadi tak perlulah nak pakai seluar. Nanti awak rimas. " balasnya dengan dahi yang berkerut. Mungkin dia bengang melihat kedegilanku?

" Saya takkan rimaslah. Saya tak nak tukar. Muktamad. " balasku tidak mahu mengalah.

" Tukar sekarang ataupun awak nak saya yang tukarkan? " tanya dia sambil tersenyum nakal.

" Eh. Kalau berani, buatlah. Fikir aku takut sangat? Lantak kau lah. " balasku tanpa menyedari bahawa kata-kataku itu memberikan makna yang lain kepadanya.

Aku lihat dia melepaskan beg yang dijinjingnya sebentar tadi. Dia berjalan ke arahku sambil menyeringai. Aku lihat dia mendekatiku dan aku dengan segera mengundur ke belakang. Aku undurkan tubuhku sampailah aku tidak mampu bergerak lagi kerana di belakangku adalah dinding.

Dia merapatiku dan memerangkap tubuhku dengan kedua-dua belah tangan yang berada di sisiku. Aku mula menundukkan kepalaku. Kejadian pagi tadi mulalah terngiang-ngiang di dalam fikiran. Dia mendekatkan mukanya sehinggalah aku dapat merasakan hembusan nafasnya menerpa mukaku.

" Awak nak saya tukarkan ataupun awak tukar sendiri? Kalau awak bagi saya yang tukarkan, saya risau yang saya tak dapat tahan diri saya daripada jatuh dengan pesona awak dan akhirnya kita ... " katanya dengan senyuman yang nakal.

Aku mula menggigil. Aku tahu apa yang dia maksudkan. Oh tuhan, kenapalah nasib aku jadi malang macam ini?

" Making Love. "

Aku membulatkan mataku dan memandang tepat ke arah matanya. Aku menahan air mataku daripada jatuh berguguran. Dia mendekatkan bibirnya kepada bibirku dan ciuman pertamaku dicuri secara paksa olehnya.

Aku meronta-ronta namun dia tetap dengan posisi mencium bibirku dengan penuh nafsu. Dia melumat bibirku dan sesekali mendesah nikmat. Di saat aku merasakan bahawa aku kehilangan nafas, dia mula melepaskan tautan bibirnya denganku.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now