Bab 41

8.8K 241 42
                                    

" Jadi, kau dah bersedia nak tahu segalanya? " tanya Farah.

Aku menganggukkan kepalaku dengan bersungguh-sungguh. Entah mengapa, perutku berbunyi secara tiba-tiba. Farah dan Qalif yang mendengarkan itu hanya terkekeh perlahan. Farah terus berganjak dari tempat duduknya dan menarikku pergi ke dapur.

" Aku tak boleh biarkan perut kau kosong waktu aku bercerita nanti sebab aku nak kau berikan tumpuan sepenuhnya. Lagipun, cerita yang aku nak cakap nanti gempak sangat sampai kau takkan pergi ke mana-mana. " katanya sebelum mencapai apron berwarna biru dan disarungkan ke tubuhnya.

Dia terus mencapai apron yang berwarna hitam dan merah jambu dan letakkannya di atas kaunter. Qalif terus mencapai apron yang berwarna merah jambu dan pasangkannya ke tubuhku. Aku hanya melongo. Farah yang melihat itu hanya tersenyum kecil sebelum meraih apron yang berwarna hitam dan memasangnya ke tubuh Qalif selepas dia selesai dengan apronku.

" Romantiknya. " gumamku.

Qalif terus mengarahkanku untuk memotong sayur yang telah dikeluarkan dari peti ais. Manakala Farah memotong ayam dan menyiang ikan untuk merempahnya sebentar lagi. Qalif pula terus memotong bawang merah, bawang putih dan cili padi lalu mengisar cili kering untuk digunakan sebentar lagi.

Kami terus meneruskan pekerjaan kami sehinggalah makanan itu telah tersedia. Farah terus mengangkat lauk ayam masak sambal, ikan keli masak cili padi dan sayur kangkung masak belacan dengan dulang ke atas meja manakala aku dan Qalif pula mengambil sudu, pinggan, gelas dan jag air.

Kami makan dalam keadaan yang sunyi dan damai. Hanya suara kunyahan dan pujian sahaja yang kedengaran.

" Aku.. " kata Qalif sebelum dipintas oleh Farah.

" Makan dulu. "

Keheningan menemani kami pada waktu itu.

***

" Baruah! Aku nak semua orang cari siapa yang berani culik Aira sekarang! " jerit Danial kepada semua pengawalnya, sebelum menghempas pintu pejabat persendiriannya.

Kamal yang berada di belakangnya, terus mengikutinya masuk ke dalam bilik selepas terkejut dengan hempasan pintu sebentar tadi. Kamal terus duduk di atas sofa yang telah disediakan di pejabat itu.

" Argh! " geram Danial sambil melempar semua fail-fail yang nerada di atas meja.

Kamal hanya memandang perlakuan rakannya itu sambil menggelengkan kepalanya. Terdetik rasa bersalah di dalam hatinya kerana dia juga merupakan dalang di sebalik penculikan Aira. Dia mengusap hujung dagunya dengan jari runcing miliknya itu.

" Hey, Danial. Relax lah. " kata Kamal dengan tenangnya.

Danial mendengus sebelum membalas dengan marahnya, " Relax? Relax kepala bana kau! Aira dah kena culik dan kau suruh aku bertenang? Bullshit Kamal! "

Kamal terus mengeluh sebelum mengangkat kedua-dua belah tangannya, tanda mengalah.

" Okay, sorry. Aku akan tolong cari dia juga Danial. Jangan risau. "

Danial akhirnya jatuh melutut di atas lantai pejabatnya. Dia meraup mukanya dengan penuh kekesalan.

" Macam mana aku tak risau, Kamal? Macam mana kalau dia orang apa-apakan Aira? Macam mana kalau dia orang sentuh Aira? Aku takkan dapat maafkan diri aku kalau semua benda tu terjadi. " ucap Danial dengan nada suaranya yang semakin mengendur.

Kamal yang melihat itu terus berdiri dan menghampiri Danial sebelum mengurut perlahan bahunya.

" Aku sendiri akan pastikan dia orang takkan apa-apakan Aira. Atas nama Aira, dia takkan dicederakan sama sekali. Kalau semua itu terjadi, bunuh aku. " kata Kamal sambil memandang tepat ke arah mata Danial.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now