Bab 35.

18.2K 301 46
                                    

" Dia berhak mati. " ujarku.

Hana yang berada di sebelahku hanya mampu mengeluh. Dia hanya mampu memberikan senyuman pahit kepadaku. Tanganku digenggam olehnya. Seketika aku rasa tenang semula.

" Tapi, Arsyad tak berhak mati. Dia kan sepupu Danial? " tanya Hana, lembut.

" Sepupu angkat. Tiada pertalian darah pun. Lagipun, dia dah khianati kita. Fikirkan dia keluarga. Rupanya musuh dalam selimut. Sanggup dia gunakan kuasa yang kami dah beri untuk jatuhkan kami? Dan lepas itu dia nak pergi bawak Linda jauh daripada sini? " balasku, tidak sangka yang Arsyad mampu mengkhianati kami semua.

" Tapi.. " terus aku potong kata-katanya.

" Tak ada tapi-tapi. Kesimpulannya, dia dah khianati kitaorang semua dan Linda tak mahu bagitahu lokasi yang bakal Aira pergi hari itu. Dia tak mahu bagitahu dengan siapa Aira akan pergi meminta tolong. Abang dah cakap, dia, Linda dan Zira ada rancangan yang tersendiri. Abang dapat rasakan mereka semua rancang benda ni dah lama. Lama dari yang kita semua sangkakan. Kalau tidak, kenapa ramai sangat pengikut dorang? Hana tak pelik? "

" Tak pelik. Cuma, tak sangka. Fikirkan baik rupanya sebaliknya. Tak sangka yang Hana, Aira dan Izzah hanya dipergunakan. Materialistik betul. Nasib baik semuanya dapat dikawal. Pengikut mereka semua pun dah tiada, bukan? Rancangan mereka memakan diri mereka sendiri. Tapi, masih Hana rasa kesian dekat Zahier. Zahier berhak dapat perempuan yang lebih baik daripada dia. " balas Hana sambil tersenyum kecil.

" Hana sayang, tak payah sinis sangat. Nanti macam mana kalau- "

" Puas mengumpat pasal aku? "

Hana dan Kamal hanya mampu meneguk air liur mereka.

***

" Qalif. "

Lelaki berkaca mata itu terus menoleh ke belakang. Dilihatnya gadis berambut pendek yang sedang membawa dulang yang berisi dengan makanan serta minuman kegemarannya itu. Senyumannya melebar.

" Tersenyum je kerja. Tak nak jemput aku masuk pejabat kau ke? " tanya gadis tersebut sambil mengangkat keningnya.

Qalif hanya menggeleng lalu menjemput gadis tersebut masuk ke dalam biliknya. Gadis tersebut hanya melongo melihat kertas kerja dan gambar-gambar yang berselerak di atas meja Qalif. Berkerut dahinya tanda tidak suka.

" Kenapa bersepah-sepah ni? Tak boleh buat kerja secara teratur ke? Eee, kau ni kan! " geram gadis itu.

Qalif hanya tersengih lalu duduk di hujung katilnya sambil mengeluh. Gadis itu terus meletak dulang itu di atas meja apabila mendengar keluhan sahabatnya yang satu itu.

" Qalif, aku tahu kau risau pasal Aira. Tapi, kau tahu kan suami dia siapa? Kita tak dapat nak selamatkan dia walaupun kita mampu sekalipun. " kata gadis tersebut sambil menggenggam tangan Qalif.

" Farah. " panggilnya.

" Hm. " jawab Farah perlahan.

" Aira sahabat aku. Sahabat kita. Kita tak boleh biarkan dia terperangkap dalam sangkar syaitan tu. Aku tak nak dia berada dalam ketakutan. Boleh tak kau faham? " bengang Qalif.

Farah mendengus seketika lalu membalas, " Tapi- "

" Aku tahu kau ada cara macam mana nak selamatkan dia. Tapi, kenapa kau tak pernah nak bagi aku petunjuk? Kau pengkhianat ke? " tanya Qalif.

Farah hanya mampu mengeluh. Jujur dia tahu hanya dia dapat hentikan kegilaan ini tapi macam mana dengan Danial? Lagipun, dia sudah berjanji dengan seseorang.

" Qalif- "

" Stop, Farah. Why are you doing this? I love you bu- "

" Aku terpaksa Qalif. "

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now