Bab 38

12K 308 111
                                    

" A- apa semua ini? " tanyaku sambil tergagap-gagap.

Danial yang berada di belakangku terus mendorong aku masuk ke dalam lagi. Kakiku hanya mampu mengikut gerakannya sahaja. Air liurku ditelan beberapa kali. Peluh dari dahi mula menitis semakin banyak. Tubuhku menggeletar dengan kuat. 

" K- kenapa buat semua ni? " soalku sekali lagi sambil menyentuh potret yang berisi gambarku.

" Sebab abang cintakan sayang. " katanya tulus.

Ini pembalasan dari segi apa? Dari segi mentalkah? Adakah dia sengaja membuat aku rasa bersalah? Apa yang harus aku lakukan sekarang? Dari sisi lain, aku rasakan yang aku patut beri peluang tetapi dari sisi yang satu lagi, ia menjeritkan kata-kata makian agar aku tidak memberikan kesempatan itu. Aku mengeluh perlahan.

Aku cuba toleh ke kiri. Di situ, terdapat gambarku yang tersenyum lebar mengangkat trofi kemenangan sewaktu menjadi johan dalam acara lompat tinggi. Aku cuba pandang ke arah lain dan di sana terdapat gambarku sedang menangis. Bila masa dia ambil semua gambar ini?

" Semua itu tak penting. Yang penting sekarang ialah sayang milik abang. " jawabnya seolah-olah tahu dengan persoalan yang sedang bermain di mindaku sekarang.

Aku memejamkan mataku sebelum membukanya kembali. Aku menoleh ke atas. Mataku terbuntang sekali lagi.

" Argh! " jeritku.

Di sana, terdapat gambar kedua-dua ibu bapaku diseksa olehnya. Aku dapat lihat satu gambar yang berisi ibuku ditikam olehnya. Gambar yang lagi satu terdapat ayahku yang sedang dipotong lidahnya. Di gambar-gambar yang lain pula banyak menunjukkan kuku di bahagian tangan dan kaki dicabut tanpa rasa belas kasiha. Gambar yang menarik perhatianku, bukan, itu gambar ayah dan ibu yang sedang menahan kesakitan. Pandangan mereka. Penuh dengan tatapan memohon. Hinakah mereka sampai diperlakukan sebegitu rupa?

" Shhh, mereka dah tiada. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Kita kena terus kekal hidup. " pujuknya sambil menarikku ke dalam pelukannya.

Tangisanku menjadi semakin kuat. Aku menekan kepalaku ke dadanya sehingga sukar untuk bernafas. Dia yang sedar aku berbuat sedemikian terus menarik tubuhku dan menggoncangkan tubuhku sekuat mungkin. Aku masih lagi menangis tidak henti-henti. Dia terus mengangkat tubuhku sehingga dia meletakkan tubuhnya di atas sebuah sofa. Aku pula didudukkan di atas pangkuannya.

" Abang minta maaf. " katanya sebelum kembali mengusap-ngusap bahagian belakang tubuhku.

Aku rasa tak boleh berfikir dengan betul. Gambar tadi mengingatkan aku betapa malangnya diriku. Betapa malangnya nasib mereka yang membesarkan anak pembawa sial sepertiku. Seandainya ibuku tidak mengandungkanku dulu, pasti mereka tidak akan mati dalam keadaan yang tidak dihormati sebegitu.

Setelah merasakan tangisanku reda, dia terus membaringkanku di atas sofa tersebut. Dia terus berdiri dan melangkah ke dapur sebelum mengumamkan, " Abang nak ambil air. "

Aku hanya memperhatikan langkahnya. Bentuk badannya dari bahagian belakang sangat mempesonakan. Aku yang seakan-akan tersedar terus mendengus. Kenapa aku perlu memuji lelaki sekejam itu?

Baru sahaja aku mahu merehatkan diri, aku terlihat kayu besbol betul-betul berada di dinding, berhadapan dengan sofa yang aku duduki. Aku yang melihat itu sebagai satu peluang terus meraihnya sebelum menyorok di sebalik dinding. Aku mahu ajar Danial kali ini. Biar dia tahu yang aku bukanlah selemah dan gadis yang tidak berdaya seperti yang dikenalinya.

" Menjelang hari-hari bahagia kita- Aira! " jeritnya.

Aku yang melihat itu hanya mengeratkan peganganku terhadap kayu besbol ini. Dia cuba mencariku di ruangan itu namun aku tiada di situ. Aku berada di sebalik dinding ini dan memerhatikannya seperti helang. Dia yang mula cemas itu terus menghala keluar namun belum sempat dia pergi, aku terus memukul kepalanya hingga dia terjatuh bergolek di hadapanku. Aku cuba menggerakkannya menggunakan hujung kayu besbol. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia pengsan.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now