3

67 4 26
                                    

Peperiksaan trial SPM sedang dijalankan. Hari ini adalah hari terakhir mereka menjawab kertas peperiksaan. Aireena yang duduk di barisan keempat di hadapan hanya mengeluh.

Ya, subjek peperiksaan hari ini ialah Matematik Tambahan.

Bukan Aireena sahaja yang mengeluh, pelajar lain pon sama. Aireena hanya memandang sepi kertas peperiksaan itu.

Dia hanya mampu berserah dengan Allah SWT.

Tamat sahaja menjawab kertas soalan Matematik Tambahan, semua pelajar keluar dari dewan peperiksaan.

Aireena menerpa rakan-rakanya yang lain.

"Wehhh" rintih Aireena.

Mereka berpaling dan terkejut melihat air mata Aireena yang bertakung itu.

"Kau kenapa ni reen ?" soal Eynaa lalu menarik Aireena dan menggenggam tangan Aireena.

"Tah reen, siapa buat kau jadi macam ni?" Soal Ayra pula.

"Meh, sini aku belasah orang tu" kata Elsha yang sedang mengajukan penumbuknya.

Aireena yang tidak tahan menahan air mata lagi akhirnya melepaskannya.

Rakan-rakannya terus memeluk Aireena untuk memberi semangat.

Mereka memujuk Aireena sehingga tangisannya reda.

"Reen cuba kau explain kau menangis sebab apa?" soal Haania.

Yang lain hanya mengangguk setuju, keluar dewan sahaja terus menangis. Siapa je tak pelik?

"Hmm aku tak dapat jawab kertas Matematik Tambahan tadi" ujar Aireena tersedu-sedu.

Ayra, Eyna, Haania dan Elsha yang mendengar tercengang!

"Lah pasal tu je ke? Aku ingat kau kene buli ke ape ke" kata Ayra.

"Beria je aku nak menumbuk tadi" ujar Elsha.

Ya Allah, kawannya seorang ni memang kuat nangis sampai ibu dia keluar tak ajak dia pon boleh buat dia nangis!

"Reen, Zariel kata cikgu Latifah nak jumpa korang bincang pasal bola baling ea tak silap aku" kata Elsha yang menunjuk ke arah Zariel yang sedang menunggunya itu.

"Aku pergi dulu ea" kata Aireena.

"Okeyy! Jagakan Zariel aku Reen" jerit Elsha. Yang lain menepuk dahi apabila mendengar Elsha menjerit, Aireena tu bukanlah jauh mana.

Ketika sedang berjalan menuju ke pejabat, perasaan Aireena ketika itu bercampur baur. Dia perlu mengawal perasaannya itu di depan Zariel.

"Kau kenapa menangis tadi?" Soal Zariel yang mengejutkan Aireena dari lamunannya.

Aireena yang mendengar pertanyaan dari Zariel mengangkat kepala memandang Zariel.

'Ehh mamat ni, tak boleh pendek sikit ke? Tinggi-tinggi nak pergi mana? Sakit kepala aku mendongak tengok dia' bisik hati Aireena.

"Oiii!" Jerit Zariel di telinga Aireena.

Nanti pekak telinga anak orang.

"Ishh kau nii, sakit telinga aku" ujar Aireena lalu memberikan sebuah jelingan kepada Zariel.

"Takdelah , aku cakap dengan kau macam cakap dengan batu" kata Zariel selamba.

"Aku dengarlah bukan tak dengar, kau asik memekak je" ujar Aireena menyampah.

Annoying betul mamat ni!

"Hehe, aku tanya kenapa kau menangis tadi?" soal Zariel lagi.

"Hmm, aku tak dapat jawab kertas Matematik Tambahan tadi" kata Aireena perlahan.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now