26

11 1 0
                                    

Hari ini hari terakhir mereka di Itali dan akan bergerak pulang pada malam ini.

Aireena sedang bersiap-siap untuk ke destinasinya yang terakhir pada percutian kali ini.

"Kak, pakaikan aku tudung" pinta Aleena.

Aireena memandang adiknya atas bawah.

"Biasanya kau pakai sendiri, kenapa tiba-tiba suruh aku" kata Aireena pelik.

"Tolonglah, bukan selalu pon" balas Aleena.

Bukan selalu adiknya, Aleena, bermanja-manja dengannya.

Dia hanya menuruti apa yang Aleena nak, adik bongsu lah katakan.

Tangannya sibuk melilit tudung adiknya itu.

"Dah siap, cuba tengok selesa ke tak" suruh Aireena.

Aleena membelek tudungnya di cermin.

"Okey lah ni, thankyou kak" ucap Aleena.

Aireena hanya tersenyum senget.

Dia memasukkan semua barangan bawaannya ke dalam bagasi tidak lupa juga dengan bantal peluk yang dibelikan oleh ayahnya itu.

Selesai sahaja berkemas, mereka semua check-out dari hotel itu dan akan bergerak ke lokasi terakhir sebelum pergi ke airport.

-----

Kini mereka tiba di St. Mark's Square.

"Wah cantiknya tempat ni" kata Nurin kagum.

Alieff tersenyum melihat isterinya yang dari tadi terpegun melihat persekitaran di situ.

"Tempat favourite Reen" bisik Arieq kepada Aleena.

Aleena mengangguk setuju.

Aireena menyembunyikan senyumannya, tempat ni tempat yang wajib melawat apabila dah sampai ke Venice ni.

Dia juga mengkaji asal usul St. Mark's Square yang telah dibina sejak sekian lama dahulu.

Tempat itu dibina dengan pengaruh Byzantine yang kuat, Basilika St. Mark penuh dengan perincian yang luar biasa, termasuk mozeknya yang hebat, peninggalan St. Mark sendiri dan empat ekor kuda gangsa (yang sebenarnya kebanyakannya diperbuat daripada tembaga)

"Dengar cerita asal usul diorang menarik, lebih-lebih lagi yang kat bawah" sampuk Zariel.

"Betul, sebab tu tempat ni popular untuk para seniman yang ada dekat luar sana" setuju Aireena.

Mereka berjalan di sekitar tempat itu.

"Lain juga kalau jalan dengan orang seni ni en Leen" Arieq yang berjalan dengan Aleena menjungkitkan sebelah keningnya.

"Itu lah, kita ni ternganga je dengar diorang berbual"  sokong Aleena.

"Oi, fikir korang je ke yang tak faham? Aku pon tak faham juga tau" sampuk Zafriel di belakang Arieq.

Mereka tergelak sesama sendiri.

"Reen tak ambil course seni ke dekat uni tu?" tanya Zafran.

"Tak lah bang, seni ni Reen jadikan hobi je" jawab Aireena.

Zafran mengangguk faham, Zariel di sebelahnya hanya mendengar.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now