11

46 4 32
                                    

Malam sudah menjelma, semua murid berkumpul di dalam bulatan yang di tengah-tengahnya mempunyai unggun api.

Aireena dan Eynaa mengambil tempat di sebelah Ayra, Haania dan Elsha.

"Korang, aku nak jumpa Zariel jap tau" ujar Elsha yang bagun dari duduknya.

"Untuk?" soal Eynaa.

"Adalah" kata Elsha dengan kenyitan mata lalu meninggalkan mereka berempat di situ.

Putri Elsha POV

"Awak" panggil Elsha.

"Ehh love, kenapa ada dekat sini?" soal Zariel terkejut.

"Saya nak pinjam powerbank awak boleh tak?" soal Elsha dengan muka seposennya.

"Boleh love, untuk awak semua boleh" ujar Zariel manis.

"Hehe, terima kasih awak" kata Elsha gembira.

"Sama-sama love"

"Awak nanti awak nyanyi ke?" soal Elsha lagi.

"Haah, saya dah bagitahu Hayder saya nak nyanyi" jawab Zariel.

"Oh, awak bawa lagu apa?" soal Elsha lagi.

"Secret" kata Zariel perlahan di tepi telinga Elsha.

Elsha terus memasamkan mukanya, dengan girlfriend sendiri pon tak nak bagitahu.

Zariel tersenyum kecil melihat muka Elsha yang masam itu.

"Love, jom pergi sana" ajak Zariel.

Tanpa menjawab Elsha terus berlari anak ke arah Zariel dan berjalan beriringan Zariel.

End of Putri Elsha POV

"Oi" tegur Ayra.

Aireena yang sedang termenung itu terkejut dengan sergahan Ayra.

"Kau asal hah termenung jauh sangat?" soal Haania pula.

"Mana ada termenung" balas Aireena.

"Yelah tu kau, fikir aku tak tahu ke" sampuk Eynaa pula.

"Tahu apa?" soal Aireena bingung.

"Kau fikir pasal lobster kan?" teka Ayra.

Siapa lobster?

Aireena yang mendengar mendiamkan diri.

"Kami tahu kau Reen, kalau dia tak ada jodoh dengan girlfriend dia tu doa-doa lah dia berjodoh dengan kau pula" ujar Haania.

"Hmm"

Mereka berempat melayan perasan sementara menunggu persembahan nyanyian itu.

"Assaamualaikum--"

"Ehh dah mula" tegur Eynaa.

Mereka semua menumpukan mata ke arah Hayder yang sedang memberi ucapan.

"Selepas persembahan nyanyian daripada beberaaa orang 'penyanyi' di sekolah kita ni, kita akan adakan permainan truth or dare" ujar Hayder.

Semua pelajar bersorak dengan semangat kerana malam ini lah malam yang mereka semua nantikan.

Malam unggun api.

"Persembahan pertama, aku yang akan nyanyi dan Firash akan main gitar. Lagu ni aku tujukan kepada first love aku, dia ada dekat sini dan sedang mendengar ucapan dari aku. Fir start" kata Hayder.

Firash memulakan ketukan dengan jarinya di gitar tersebut sebelum memetik gitarnya.

"Nal seuchineun geudaeui yeoteun geu moksori
Nae ireumeul han beonman deo bulleojuseyo
Eoreobeorin noeul arae meomchwo seoitjiman
Geudae hyanghae han georeumssik georeogallaeyo
Still with you"

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now