7

53 4 27
                                    

Di bas Aireena,

Aireena yang duduk di sebelah Hayder itu hanya mendiamkan diri.

"Reen, kenapa tak duduk bas kelas kau?" soal Hayder.

"Saja, malas lah nak duduk sana. Macam tak tahu pula budak kelas aku semua bising-bising" balas Aireena.

"Ye je kau, ke sebab lain?" tanya Hayder.

"Ye, tak ada sebab lain pon" kata Aireena.

"Kawan-kawan kau tak cari kau ke?" soal Hayder lagi.

"Ada, diorang baru je Whatsapp aku" balas Aireena.

"Oh, kalau kau nak tidur. Tidurlah nanti dah sampai aku kejut kau" ujar Hayder.

"Okey"

Aireena terus mencari posisi tidur yang sesuai.

Hayder melihat Aireena yang lena diulit mimpi itu tersenyum kecil. Bukan dia tidak tahu sebab kenapa Aireena boleh ada dalam bas ni.

"Kau kuat Reen" kata Hayder perlahan.

Hayder membuka aplikasi Spotify dan memasang satu earpod di telinga Aireena dan satu lagi di telinganya.

Dia menekan lagu favourite Aireena iaitu 'Louder Than Bombs by BTS'.

"Tidur dengan lena, dear" kata Hayder di telinga Aireena.

Terlalu lama dia memendam perasaan kepada Aireena, hanya menunggu masa sahaja untuk dia meluahkan.

Hayder dan Aireena lena di tempat mereka.

Tapak Perkhemahan Sungai Pertak, Perak.

Setelah beberapa jam perjalanan dari Johor ke Perak, akhirnya bas tingkatan 6 tiba di lokasi perkhemahan dengan selamat.

Hanya menunggu semua bas tingkatan 5 sahaja lagi yang belum sampai memandangkan bas cikgu dan tingkatan 6 bergerak lebih awal daripada bas tingkatan 5.

Aireena yang sedang sedap tidur dengan kepalanya dibahu Hayder tersadar apabila mendengar suara bising.

"Weh, lawalah tempat ni"

"Siapa yang pilih tempat ni? Aku bagi 10 bintang dekat dia"

"Tenangnya dekat sini"

Itu semua adalah suara yang membuatkan lena Aireena yang lama tadi terjaga.

"Ehhh" ujar Aireena terkejut.

Hayder yang mendengar suara Aireena terus terjaga dari lenanya.

"Kau- kenapa aku boleh baring dekat bahu kau" ujar Aireena gagap.

"Kau yang tiba-tiba baring dekat bahu aku, aku nak kejutkan kau tapi kau dah lena sangat nak buat macam manakan?" kata Hayder dengan muka tak bersalah.

Ceh padahal dia yang alihkan Aireena baring dekat bahu dia.

"Dah-dah lah tu bergaduh, kita sampai dah pon" tegur Firash.

Penat dengar dua orang manusia tu bergaduh.

"Seriusly, kita dah sampai?" ujar Aireena terkejut.

"Kau tak payahlah terkejut sangat, dah lama kita sampai" kata Firash.

"Dahlah aku nak turun, sana kau" ujar Aireena terus menyepak sedikit kaki Firash.

"Ish kau ni kan" rungut Firash.

Aireena segera turun dari bas.

Dia merenggangkan badannya sedikit yang sakit akibat perjalanan yang agak lama.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now