30

21 1 0
                                    

Sampai sahaja di rumah,

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" sahut Ayra dan Eynaa.

Aireena dan Hanna menghampiri mereka berdua.

"Lewat balik" ujar Ayra.

"Mana ada, ni kitorang belikan makanan sikit. Jom lah makan sama-sama" kata Hanna.

"Wahh, apetu Hanna?"

Eynaa memandang Hanna dengan muka ingin tau.

"Reen belikan nasi ayam penyet dekat area cafe tu" balas Hanna.

Aireena mengangkat bahunya.

"Ada orang tu craving nasi ayam penyet" kata Aireena lalu mengambil tempat di sebelah Ayra.

Eynaa tersengih bahagia.

"Thanks Reen, sayang kauu"

"My pleasure" ujar Aireena.

Ayra bangun dari duduknya dan menuju ke dapur untuk membuat air.

Selesai sahaja dia kembali dengan dulang yang di bawa dengan berhati-hati.

"Okey, jom makan!" kata Eynaa excited.

Mereka semua menadah tangan untuk membaca doa makan.

Kali ni doa makan di baca oleh Hanna.

Malam itu, mereka meluangkan masa berempat sehingga larut malam.

-----

Matahari yang baru sahaja naik itu membangkitkan Aireena dari tidurnya yang lena.

"Erghh" kata Aireena sambil menggeliatkan badannya.

Dia bangun dalam keadaan mamai dan menuju ke balkoni biliknya itu.

Termenung.

"Hm hari ni tak ada kelas, nak buat apa eh?" ujarnya sendiri.

Lama dia berdiri di situ sambil menghirup udara segar pagi itu.

Tidak lama selepas itu, seseorang menghubunginya.

Aireena mengambil telefonnya di atas meja belajar dan menjawab panggilan tersebut.

"Apasal mamat ni pagi-pagi buta dah call" rungutnya.

-Zariel Amsyar-

"Hello"

"Hm?"

"Untuk?"

"Yelah" balas Aireena lalu mematikan call tersebut.

"Sibuk je kacau hidup aku, ajak keluarlah apa" bebel Aireena.

Aireena meletakkan telefonnya kembali dan turun ke bawah.

Aireena menuju ke dapur untuk membantu Ayra menghidang makanan.

"Morning Rara" sapa Aireena.

Ayra yang sibuk mencedok nasi ke dalam bekas memandang Aireena sekilas.

"Morning Reen" sapa Ayra balik.

"Ada apa-apa yang aku boleh tolong?" soal Aireena.

"Rasa macam semua dah siap, kau pergi panggil budak-budak ni turun" kata Ayra.

Aireena mengangguk dan terus memanggil Eynaa dan Hanna untuk sarapan bersama.

Aireena duduk di kerusi berhadapan Ayra.

Eynaa dan Hanna juga sudah duduk di tempat masing-masing.

"Hari ni korang tak ada kelas ke?" soal Ayra.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now