15

35 3 13
                                    

17.10.2017

Hari ini adalah hari jadi Aireena yang ke-17.

Aireena yang kakinya baru sahaja baik itu menjejakkan kakinya ke sekolah setelah bercuti selama seminggu.

"Reen!" jerit Eynaa.

Aireena yang sedang berjalan itu terkejut dengan jeritan Eynaa.

Di belakang Eynaa, Haania dan Ayra sudah menutup muka apabila dilihat oleh pelajar lain.

"Kau dah kenapa?" soal Aireena pelik yang melihat perangai Eynaa.

"Rindu kauu" katanya lalu memeluk Aireena dengan erat.

"Aku baru tak datang seminggu tau" kata Aireena.

"Seminggu kau sebulan bagi kami" sampuk Ayra.

"HAPPY BIRTHDAY GENG!" ucap Haania.

"Huhu, masehh" ujar Aireena.

"Jom, pergi kelas dulu. Lepas ni kalau ada apa-apa jadi jangan marah kami" kata Ayra.

"Hah kenapa?" soal Aireena pelik.

"Jom jelah" ajak mereka bertiga.

Aireena hanya mengikut langkah rakan-rakannya itu.

Tiba sahaja di kelas, Aireena membuka pintu kelasnya dan alangkah terkejutnya apabila melihat di papan putih yang tertulis;

'HAPPY BIRTHDAY AIREENA LUTHFIA'

Belum sempat Aireena mengukapkan kata, semua pelajar kelasnya muncul dengan Zariel yang membawa kek.

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU~ HAPPY BIRTHDAY TO YOU~ HAPPY BIRTHDAY TO AIREENA! HAPPY BIRTHDAY TO YOU~" nyanyi mereka semua.

Aireena mengalirkan air mata terharunya.

"Nah tiup" ujar Zariel menghukurkan kek kepada Aireena.

Aireena yang sedang menangis itu meniup lilin yang ada di atas kek tersebut.

"Happy birthday Aireena Luthfia" ucap Zariel di telinga Aireena.

Aireena hanya menangis kerana terlalu terharu.

"Dah, janganlah nangis Reen" pujuk Haania.

"Entah, patutnya kau happy tau hari ni" sampuk Ayra.

"Aku- me-nangis seba-b terh-aru" ucapnya teresak-esak.

Pelajar kelasnya tergelak kecil melihat reaksi Aireena.

"Dah jom makan kek, kitorang ada bawa makanan lain juga" ajak Eynaa.

"Cikgu bagi ke?" soal Aireena.

"Bagi, sebab hari ni semua cikgu ada hal so kelas kita hari ni free!" kata Adam gembira.

"Pelikkan, tiba-tiba je semua cikgu busy" ujar Wani pelik.

'Ni mesti ayah suruh cikgu-cikgu tak masuk kelas kitorang hari ni' bisik hati Aireena.

"Jom kita party"

Mereka semua membuat kelas itu seperti rumah mereka.

Aireena dan yang lain mengambil keputusan untuk duduk dan makan sambil bercerita.

"Jap lagi kita akan tayangkan movie" umum Tariq.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now