29

28 1 1
                                    

Selesai sahaja kelas mereka pada pagi itu, Aireena, Eynaa dan Hilman  berjalan menuju ke library di universiti mereka.

"Kenapa kalau makan ayam tak boleh minum air coke?" soal Eynaa.

"Soalan apa ni nyah, nampak macam tengah membodohkan aku" sampuk Aireena.

"Teka je lah" kata Eynaa.

"Sebab ayam tu takut air coke?" jawab Hilman.

"Salah"

"Habistu? Ayam tu nanti bertelur ke?" balas Aireena pula.

"Salah, semua salah. Nak tau jawapan dia akk?" uji Eynaa.

Aireena dan Hilman yang sudah putus asa dengan soalan teka-teki dari Eynaa itu pasrah.

"Hm apa dia?" soal Hilman.

"Jawapan dia nanti ayam tu bercoke coke" jawab Eynaa sambil tergelak kuat.

"Bod*h" carut Aireena.

"Ya Allah berikanlah aku kesabaran terhadap seketul Eynaa Zafirah" doa Hilman.

Eynaa sudah tergelak terbahak-bahak.

"Siapa ajar kau teka- teki ni?" tanya Aireena.

"Haania" balas Eynaa selamba.

Aireena hanya menggelengkan kepalanya.

Kini mereka tiba di library,

Aireena dan yang lain mencari tempat kosong yang berdekatan dengan rak buku yang nak dibacanya nanti.

Aireena mengeluarkan laptopnya dan diikuti oleh Eynaa dan Hilman.

Mereka perlu menyiapkan beberapa assigment untuk dihantar kepada lecturer nanti.

"Banyak lagi ke kau punya Man?" soal Eynaa.

"Takdelah banyak mana, tapi boleh tahanlah" jawab Hilman.

Eynaa mengangguk faham.

Biasalah sem last penuh dengan kesibukan.

Mereka bertiga menyiapkan kerja masing-masing.

"Hi" sapa seseorang.

Mereka bertiga mengarahkan mata ke susuk tubuh seseorang.

"Eh Fad buat apa dekat sini?" soal Hilman.

"Tak adalah aku saja je pergi sini, ada orang cakap kau tengah siapkan kerja dekat library" balas Fadhil.

"Ohh" balas Hilman pendek.

"Boleh aku join korang?" soal Fadhil.

"Hm duduklah" kata Hilman.

Kini Fadhil duduk berhadapan dengan Aireena.

"Reen, aku pergi tandas jap" bisik Eynaa di telinga Aireena.

"Oh okey, tolong aku boleh?" pinta Aireena.

"Apa?" soal Eynaa.

"Belikan aku air nescafe ais satu" ujar Aireena.

Eynaa mengangguk dan bangun dari duduknya.

"Kau nak pergi mana Naa?" soal Hilman.

"Nak pergi tandas lepas tu nak beli air Reen sekali, asal kau nak kirim?" tanya Eynaa.

"Tak nak kirim, nak ikut sekali" kata Hilman.

"Oh, hah jomlah" ajak Eynaa.

Eynaa dan Hilman pon berlalu pergi meninggalkan Aireena dengan Fadhil.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now