23

18 5 1
                                    

Tiba sahaja di cafe itu, Aireena, Puan Zhafira dan Encik Idris berjalan ke meja yang diduduki oleh Puan Ayana, Encik Luqman dan Aleena.

"Kau tak berjalan ke Man?" soal Encik Idris lalu mengambil tempat di hadapan Encik Luqman.

"Dah Idris, aku melayan ni hah si bongsu nak main dengan burung merpati kat tengah sana lepas tu diajaknya aku dengan Yana main belon pula" cerita Encik Luqman.

"Hahahah, biasalah anak bongsu kan. Nasib baiklah si Zafriel tu dengan anak kau Arieq, kalau tak lebih extreme lagi aku rasa perjalanan dia" terang Encik Idris.

"HAHAHA, nasiblah anak aku perempuan" gelak Encik Luqman.

Hampir 30 minit mereka di situ dan menghabiskan masa dengan berbual.

Tiba-tiba Zafriel dan Arieq muncul di hadapan mereka.

"Ayah" panggil Arieq.

Encik Luqman memandang anaknya itu.

"Kenapa Rieq?" soal Encik Luqman pelik.

Lain betul rupa anaknya itu, berpeluh macam kene kejar anjing.

"Kamu ni kenapa?" soal Puan Ayana yang melihat anaknya yang serabai itu.

Arieq menjeling Zafriel.

Zafriel yang disebelahnya sudah lantak mengekek ketawa.

"Apa kamu buat dekat Arieq ni Zaf?" soal Puan Zhafira pula.

Zafriel yang masih gelak itu, tersengeh-sengeh.

"Tadi kan depan tu ada rumah hantu" cerita Zafriel yang masih ketawa itu.

"Hah lepastu?" sampuk Aireena.

"Lepastu, Zaf ajak dia masuk. Mula-mula dengan bangganya dia cakap dia tak takut tapi bila masuk, HAHAHAHAHHA" gelak Zafriel lagi.

Arieq sudah menutup mukanya.

Malu, malu.

Semua yang ada disitu menggeleng perlahan.

"Aduhai, anak-anak oi" gelak Encik Luqman.

"Dah kenapa abang ketawa ni?" soal Puan Ayana pelik.

"Tak adalah, tak sangka anak awak penakut sangat sampai berpeluh hah satu badan" kata Encik Luqman.

"Ikut awaklah tu" balas Puan Ayana.

Arieq sudah duduk di sebelah Aireena sambil mengambil nafas.

Dirampasnya air minuman Aireena yang ada di atas meja.

"Eh- air a--ku" belum sempat Aireena menghalang airnya habis disedut oleh Arieq.

"Order je lah yang lain" balasnya.

Aireena menggelengkan kepalanya.

"Haih kau ni, kau tu semput tau, masuk pula tempat macam tu, tempah maut ke?" bebel Aireena.

Arieq sudah pon menutup telinga terlebih dahulu sebelum Aireena mula membebel.

"BLA,BLA,BLA" ejek Arieq.

"Eh budak ni kang, ada aku terajang nanti" ujar Aireena kasar.

Sedang leka Aireena dan Arieq bergaduh, Aleena mendiamkan diri di tempatnya.

Mata Aleena melilau melihat sekeliling cafe itu.

Tiba-tiba matanya bertaut dengan mata Zafriel dan membuatnya terkedu buat seketika apabila Zafriel memberikan senyuman kepadanya.

"Kan Leen" sampuk Aireena.

Aleena yang masih terkedu itu terperanjat apabila kakaknya menepuk bahunya.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now