13

36 4 24
                                    

Perlawanan basketball antara tingkatan 5 dan tingkatan 6 akan berlangsung tidak lama sahaja lagi.

Zariel duduk di sebelah Farid.

"Eh Riel, asal muka kau tu" tegur Farid.

"Hm tak ada pape" balas Zariel perlahan.

Farid hanya mengangkat bahunya sahaja.

-----


Aireena, Eynaa dan Hanna duduk di tempat bahagian penonton bersama-sama.

Kebetulan Haania tiba di situ dan mereka duduk bersama.

"Reen" panggil Haania.

"Hah, asal?" soal Aireena yang sedap melantak makanannya itu.

"Zariel dengan Hayder gaduh tadi" kata Haania.

Aireena, Eynaa dan Hanna memandang Haania pelik.

"Gaduh sebab apa?" soal Eynaa ingin tahu.

"Pasal Reen" jawab Haania selamba.

Aireena yang sedang makan itu tersedak sehingga Hanna menghulurkan air mineral kepadanya. Hanna menepuk perlahan belakang Aireena.

"Sebab aku? Asal pula?" tanya Aireena pelik.

"Tak tahu, tapi tadi muka diorang berdua lebam-lebam" ujar Haania.

"Habis tu macam mana? Mana Zariel dengan Haydernya?" soal Aireena lagi.

"Hayder ajak Ayra pergi mana entah, Zariel tu hah duduk dengan Farid" tunjuk Haania.

"Kau pergi lah sapu ubat dekat muka si Zariel tu, lepastu korek-korek sikit kenapa boleh gaduh dengan Hayder" suruh Eynaa.

Haania hanya menganggukan sahaja kepalanya apabila Eynaa mengatakan itu.

"Malas aku" jawab Aireena selamba.

"Woi, diorang gaduh pasal kau hanat" kata Haania.

"Ish, yelah-yelah. Aku juga yang kene" bebel Aireena perlahan.

"Ingat kitorang tak dengar ke" ujar Eynaa. Hanna yang ada di situ hanya menggelengkan kepalanya.

Aireena pasrah dan berlalu dari situ.

Aireena pergi ke bilik kesihatan untuk mengambil first aid kit dan pergi mencari Zariel.

Tiba sahaja di sana, Aireena ternampak Zariel sedang bersama Elsha dan Elsha mengubati muka Zariel.

Aireena mengambil keputusan untuk tidak mengubatinya memandangkan Elsha dah ubatkan dia dulu.

Aireena kembali ke tempatnya.

"Eh, asal kau kat sini pula?" soal Eynaa pelik.

"Tengoklah sana" tunjuk Aireena.

"Oh, faham-faham" ujar mereka bertiga.

Mereka berempat berbual-bual seperti biasa sehingga perlawanan dimulai.

-----


Tim tingkatan 6 berkumpul di dalam bulatan.

"Kenapa muka kau teruk ni?" tegur Firash.

"Tak ada pape, sikit je ni" kata Hayder.

Firash memandang Hayder menyampah.

"Jap lagi game start, jangan buat perangai Hay" pesan Firash.

Firash hanya membuat muka toya kepada Firash.

Firash hanya menggelengkan kepalanya.

Lagi 5 minit game akan start dan semua pemain sedang bersiap sedia di dalam gelanggang.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now