4

57 3 21
                                    

Di Rumah Zariel Amsyar,

Zariel yang baru sahaja sampai ke rumah selepas menghantar Aireena pulang ke rumahnya. Nasib baiklah rumah dia dan Aireena hanya selang beberapa buah rumah.

"Assalamualaikum mama! ooo mama" jerit Zariel yang mencari mamanya.

Mama Zariel atau Puan Zhafira keluar dari dapur dengan senduk di tangan.

"Kamu ni dah kenapa terpekik terlolong masuk-masuk rumah ni? Tahukan tak elok" bebel Puan Zhafira sambil melihat anaknya atas bawah. Geram dibuatnya.

"Hehe, sorry mama. Am ingat mama tak ada dekat rumah so am panggil lah tapi tak ada siapa nyahut" ujar Zariel selamba.

Am nama manja Zariel kat rumah.

"Hm yelahh, kenapa balik lambat?" soal Puan Zhafira.

"Tadi hantar Aireena balik sekali , cik Ana keluar katanya" jawab Zariel yang berlalu ke dapur.

"Ohh mama baru ingat yang cik Ana keluar pergi cari barang-barang ------" belum sempat Puan Zhafira menghabiskan ayatnya, ada tangan yang menutup mulutnya.

Puan Zhafira memandang belakang dan mendapati bahawa ada suaminya di belakang, Encik Idris atau Encik Zafer Idris.

"Shhh, nasib baik awak tak terlepas cakap" kata Encik Idris yang melepaskan tangannya dari menutup mulut isterinya itu.

Puan Zhafira menarik nafas lega. Fuhh nasib baik, kalau tak....

"Maaf bang" ujar Puan Zhafira.

"Mama!! Ayam mama hangus" jerit Zariel yang berada di dapur.

"Alamak bang ayam saya!" kata Puan Zhafira dan terus berlari ke dapur.

Encik Idris yang melihat gelagat isteri dan anaknya hanya tertawa kecil.

"Dah tepi sana am, kenapa kamu tak tengokkan ayam mama ni?" soal Puan Zhafira, haih anak-anak.

"Mana lah am tahu cara nak pusingkan ayam tu" jawab Zariel. Eh tak takut kene baling kuali ke?

Puan Zhafira hanya menggeleng mendengar ayat anak bujangnya. Siapalah dapat anaknya nanti memang hmm...

"Dah pergi naik atas mandi, solat lepastu panggil papa, abang dan adik kamu yang dua orang tu turun makan" arah Puan Zhafira.

"Baik boss, segera menjalankan perintah" jawab Zariel.

Puan Zhafira hanya menggeleng kepala melihat telatah anak keduanya itu.

-----

Di Bilik Zariel,

Zariel membuka iphone 13 nya dan terdapat banyak notifikasi di telefonnya.

"Minggu depan ada perkhemahan, apa kata aku ajak Aireena pergi cari barang" ujarnya sendirian.

Turun sahaja Zariel di bawah, ayah dan adik-adiknya sudah berkumpul di meja makan.

Sedang mereka menikmati makan tengah hari dengan tenang, Puan Zhafira membuka bicara.

"Am, jap lagi mama nak pergi rumah Cik Ana. Nak ikut tak?" soal Puan Zhafira.

Zariel yang mendengar namanya diseru terus mengangkat kepala.

"Boleh juga mama, am nak ajak Aireena keluar sekali" ujar Zariel yang sedang menikmati makanannya.

"Keluar? Pergi mana?" soal Puan Zhafira lagi.

"Nak pergi beli barang untuk perkhemahan minggu depan" jawab Zariel.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveOn viuen les histories. Descobreix ara