9

54 4 23
                                    

Selepas sahaja Aireena dan Haania balik dari sungai berdekatan, Aireena terus masuk ke khemahnya dan merehatkan diri.

Tanpa Aireena sedar matanya sedikit demi sedikit tertutup.

Maybe penat sangat jalan jauh kan.

Jam menunjukkan pukul 6.55 petang, Aireena tersedar dari lenanya apabila dikejutkan oleh seseorang.

"Reen, bangun wehh"

Aireena yang mamai ketika itu, tidak mengambil endah suara itu.

Dia anggap macam bisikan syaitan.

"Reen, lobster panggil!" jerit Eynaa di telinga Aireena.

Dengan segera Aireena duduk dari baringnya.
Sempat dia mengurut dada apabila mendengar jeritan Eynaa tu.

"Kau dah kenapa" marah Aireena.

"Kau tu, dah nak maghrib dah tak reti nak bangun" kata Eynaa.

Eynaa tergelak kecik apabila melihat Aireena yang tersengguk-sengguk tu.

"Jom Reen, mandi lepastu cikgu suruh berkumpul dekat surau" ajak Eynaa.

"Hm yelah" dengan mamainya Aireena bangun. Dia berjalan seperti orang yang mabuk ketum.

Eynaa yang melihat menggelengkan kepala.

"Kawan siapa tu?" ujarnya perlahan.

"Kawan kau lah" balas seseorang.

"Oi, kau buat apa kat sini?" soal Eynaa kasar.

"Tak ada, aku nak cari si Firash tapi tak jumpa mamat firaun tu" ujar dia.

"Tak baik Hay, kau panggil dia firaun" kata Eynaa ala-ala ustazah.

"Eleh kau, acah je lebih" balas Hayder.

Siapa lagi kalau bukan Hayder.

Hayder tersenyum kecil melihat Aireena yang berjalan dengan mamai tu.

"Kau dah kenapa tersengih-sengih macam minta penampar je muka tu" kata Eynaa kasar.

"Eh marah betul kau ni" balas Hayder.

"Eh Hayder, Kau usha Reen ea" usik Eynaa.

"Ergh tak ada masa aku nak minah tu" ucap Hayder yang berlalu pergi.

"Eh, asal minah tu tak tunggu aku" ujar Eynaa perlahan dan terus memberhentikan ketawanya.

Dengan segera dia mengejar Aireena.

Tau-tau je Aireena dah sampai tandas.

"Asal tak masuk?" soal Eynaa.

"Ada orang"

Eynaa mengangguk faham.

Mereka berdua menunggu giliran untuk mandi.

"Lama betul orang yang mandi ni, di kira buih ke apa dalam tu?" soal Eynaa tak puas hati. Dia tak tahu ke lagi berapa minit nak masuk waktu.

"Jap lagi dia keluar lah tu" ujar Aireena bagi menenangkan Eynaa.

Klik ~

Pintu bilik air terbuka.

"Kau rupanya yang mandi, patutlah lama" kata Eynaa.

"Hehe, sorry lah sister"

"Tiada maaf bagi mu"

Dah mula dah drama si Eynaa ni.

"Oi, cepatlah masuk. Ayra kau nak tunggu kitorang ke nak terus pergi surau?" soal Aireena.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now