39

7 1 0
                                    


Sudah seminggu berlalu dari kejadian tersebut, Aireena mengelakkan diri dari berjumpa dengan Zariel.

"Cik Fia" tegur seseorang.

Aireena yang sedang termenung itu kembali balik dalam dunia realitinya.

"Kenapa termenung je ni cik?"

"Tak adalah Ita, saya tengah fikir macam mana nak settlekan kesahalan junior awak ni lah" nafi Aireena.

"Dia buat apa lagi cik Fia?" soal Talita.

Aireena memeriksa fail yang diserahkan Talita sebenta tadi. 

Memandangkan kepakaranny bahagian accounting, ada masa dia akan uruskan bahagian kewangan.

"Awak tengoklah apa yang dia buat, gaya macam orang tak pernah belajar pasal accounting" kata Aireena tidak puas hati.

"Eh apa yang dia buat ni?" ujar Talita terkejut.

Actually dia boleh je betulkan tapi dia juga perlu bagitahu kesalahan apa yang dilakukan pekerjanya supaya tidak terulang lagi.

"Hm entahlah Ita, awak boleh settlekan budak tu tak? Kalau dia melawan pecat je terus, kalau tanya arahan siapa? cakap arahan saya, kalau dia tanya kenapa arahan saya bukan arahan Tuan Alieff. Just call me" pesan Aireena.

Dia tahu semenjak dua menjak ni, Aireena terlalu kusut sehingga semua pekerja takut untuk mendekatinya.

"Boleh cik Fia, inshaAllah hari ni juga saya settlekan" kata Talita penuh yakin.

"I trust you 100%, Talita" ucap Aireena.

Talita sudah berkhidmat dengan syarikat sudah lama dan sentiasa memberikan kesan positif kepada syarikat.

"Trust me cik, by the way kan cik Fia. Encik Zariel minta saya bagi ni dekat cik" kata Talita lalu menyerahkan kad tersebut.

Aireena menyahut huluran Talita.

"Saya pergi dulu ye cik Fia" ujar Talita lalu meninggalkan Aireena dengan sekeping kad.

"Jangan cakap dia dah nak kahwin" kata Aireena perlahan.

"Positif Aireena" pesnnnya kepada diri sendiri.

Pada mulanya dia takut untuk mengeluarkan kad tersebut kerana takut dikecewai tetapi dia juga harus tahu isi kad tersebut.

Dengan beraninya dia mengeluarkan kad itu.

"Undangan ke majlis perkahwinan Nurul Hanis dan Ikmal Hakim" bacanya perlahan.

Sempat juga Aireena menghela nafasnya.

Di sebalik kad itu ada sekeping sticky note.

"Aik apa benda ni?' soalnya sendiri.

Aireena menarik perlahan-lahan sticky note itu, kalau tarik kuat-kuat nanti takut terkoyak. Tak ke naya tu?

'Hi cinta hati, mesti kau terkejut dengan kad yang datang tiba-tiba tu kan? Mesti kau ingat aku yang nak kahwin kan?'

"Tch"

'Don't worry dear, aku tunggu kau sampai kau terima aku even kita bercinta sekarang. By the way, mama suruh jemput datang majlis persandingan cousin aku. Ya cousin aku yang aku pernah teman dia pergi kedai cincin hari tu. Yang ada orang merajuk sampai tak bertegur dengan aku berhari-hari. Jangan merajuk lama sangat and unblock nombor aku sekarang!' - your handsome boyfriend.

"Argh, menyesal pula aku baca. Cubalah tulis sepatah dua kata, ni tak panjang lebar" bebelnya sendiri.

Cukuplah yang dia dah tau siapa perempuan yang keluar besama Zariel tempoh hari.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now