16

17 3 9
                                    

Adakah Zariel dan Elsha masih bersama lagi?..
Ke manakah Hayder menghilangkan diri?

Dia masih mengingati hari jadinya yang paling bermakna itu..

Tiba-tiba ada satu tangan yang menepuk bahu Aireena dan mengejutkan Aireena dari lamunannya.

"Kau kenapa berangan lama sangat?" sampuk Ayra.

Aireena yang terkejut dengan tepukan itu terus mengurut dadanya.

"Tak adalah, aku teringat zaman kita sekolah dulu. Sekejap je kan masa berlalu" ujar Aireena tersenyum kecil.

"Kau teringatkan Zariel?" tanya Ayra lagi.

"Lebih kurang macam tu lah" balas Aireena.

"Ala, korangkan belajar dalam universiti yang sama" pujuk Ayra.

"Memanglah"

"Dahlah, cepatlah siap-siap" arah Ayra.

"Aik, pergi mana?" soal Aireena blur.

"Kau tak ingat ke? Hari ni kan kita nak pergi jumpa Nia" kata Ayra.

"Haahlah wehh! Aku lupa, rindu pula aku dengan minah tu" ujar Aireena sambil menepuk dahinya berkali-kali.

"Kau memang semua benda lupa nasib je lah si Zariel tu kau tak lupa" usik Ayra.

"Dahlah kau ni, Eynaa dengan Hanna mana?" soal Aireena lagi.

"Dekat bilik dia lah tu, kau tau-tau jelah dia kalau bersiap macam mana. Hanna maybe tengah kemas ruang tamu" balas Ayra.

Aireena mengangguk faham.

"Dah blah, aku nak siap" halau Aireena.

"Halau nampak"

"Memang pon" kata Aireena yang menolak Ayra keluar dari biliknya.

Mereka hanya tinggal berempat memandangkan Haania meneruskan pelajaran di universiti lain.

Hanna pula kerana ibu bapanya berpindah ke oversea dan dia mengambil keputusan untuk duduk bersama Aireena dan yang lain.

Ayra pon sama, di universiti lain tapi tak jauh dengan universiti Aireena, Eynaa dan Hanna. Sebab tu mereka berempat boleh duduk bersama memandangkan rumah ni cukup besar untuk tinggal seorang diri.

-----

Selepas 2 jam perjalanan,

Aireena, Ayra, Eynaa dan Hanna tiba di sebuah shopping mall yang terbesar di Kuala Lumpur.

"Mana Nia?" soal Eynaa.

"Entah, try call dia Raa" suruh Aireena.

Ayra mengeluarkan iphone 13 nya dan terus mendail nombor Haania.

"Nia, dekat mana? Kitorang dah sampai"

"..."

"Hah okey, kitorang tunggu"

"..."

"Okey jumpa nanti"

Tamat sahaja perbualan antara Ayra dan Haania terus Aireena dan Eynaa menyampuk.

"Nia cakap apa?" soal Aireena.

"Dia dah sampai, tengah cari parking" jawab Ayra.

Mereka mengangguk dan sabar menunggu kedatangan Haania.

Sedang mereka leka dengan telefon masing-masing,

"Korangg!!" jerit Haania teruja.

Mereka berempat yang mengenal suara tersebut terus memandang ke arah Haania.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now