33

22 1 1
                                    


"Alhamdullilah” ucap Aireena yang baru keluar dari dewan kuliahnya itu.

“Akhirnya habis juga semester last yang banyak dengan dugaan ni” ujar Eynaa.

Aireena menyetujui kata-kata Eyna.

Selama 3 bulan dia tidak mempunyai rehat yang mencukupi kerana sibuk dengan assignment dan projek kumpulan serta final exam yang baru sahaja habis sebentar tadi.

“Kau ada nak pergi mana-mana Reen sebelum kau sibuk lepas ni”

Aireena menggeleng perlahan.

“Aku rasa macam dah puas meneroka tempat ni” Aireena tergelak kecil diikuti Eyna. Mana tidaknya, sepanjang hari dia akan mencari tempat baru untuk menenangkan diri seperti coffee house, pantai dan art museum.

Aireena dan Eyna berjalan berpegangan tangan, lepas ni susah dah nak jumpa budak Eyna ni kerana Aireena akan berpindah ke Cyberjaya untuk menguruskan syarikat ayahnya yang ada di sana.

----

Tangan Aireena sibuk mengemas barang-barangnya yang akan di bawa keluar dari rumah itu,

“Reen” Ayra dan Eyna menghampiri Aireena.

“Ya”

Ayra dan Eynaa mengambil tempat di atas katil Queen AIreena.

“Belum siap kemas lagi ke Reen?” soal Eyna.

Aireena menggelengkan kepalanya.

“Aku lupa nak kemas petang tadi, nasib baik korang ingatkan tadi tau” balas Aireena.

Happy sangat sebab dah habis belajar sampai lupa nak kemas barang-barangnya. Kalau mereka berdua tidak mengingatkan Aireena kalau rumah itu perlu dikosongkan esok, memang tidaklah dia nak kemas.

“Korang dah siap kemas ke?” Aireena menoleh kearah Ayra dan Eyna.

“Dah” sahut mereka berdua serentak lalu berpandangan dengan gelakan.

Aireena pon join gelak sekali.

“Nak kitorang tolong tak?”

“Hehe, boleh je. Macam banyak lagi je aku kene sumbat dalam beg ni” Aireena tersengih tanpa rasa bersalah.

“Moh ler kita kemas sama-sama” ajak Ayra dengan penuh semangat.

Malam itu, mereka bersama-sama mengemas barang  Aireena sambil bergosip.

...

Pagi itu, Aireena mengangkat beg bagasinya dan beberapa barang lain dan dimasukkan ke dalam keretanya.

“Bila abang kau ambil Ra?” soal Aireena kepada Ayra.

“Hah kejap lagi sampai lah tu”

“Eyna mana?”

“Dalam bilik air rasanya”

Ayra menolong Aireena mengangkat barang ke dalam kereta.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now