40

19 0 0
                                    

30 Oktober 2022


Sudah seminggu majlis pertunangan Aireena dan Zariel berlalu, maka lagi 2 bulan mereka akan disatukan sebagai pasangan yang halal.

Di pejabat,

“Ita, jap lagi saya nak keluar. Maybe saya tak masuk pejabat balik” ujar Aireena.

Tangannya sibuk menyemak setiap helaian dokumen yang diberi Talita untuk ditanda tangani.

“Baik cik fia, anything else?” soal Talita.

“Saya rasa macam tak ada, kalau ada pape saya call awak”

“Baik cik fia, saya keluar dulu” Talita meminta diri untuk keluar dari pejabat Aireena.

Aireena menghantar Talita dengan pandangannya.

Kejap lagi dia akan berjumpa dengan ‘cik tunang’ untuk melihat hall yang bakal ditempahnya nanti.

-----

“Sorry lambat, lama ke tunggu?” Aireena menutup pintu kereta mercendes itu.

“Taklah, baru je sampai ni” jawab Zariel dengan senyuman.

“So dah tengok hall yang aku bagi dekat kau?” soal Aireena.

Dia mengeluarkan telefonnya dari dalam handbag.

“Dah sayang, kau rasa muat ke untuk 2000 orang tetamu?” soal Zariel.

Aireena menjungkitkan keningnya.

“Asal ramai sangat?”

“Kau lupa ke family kita siapa? of course lah parents kita jemput business partner diorang sekali” terang Zariel.

“Oh, i see. Rasanya muat je, jom lah kita tengok dulu. Selagi tak tengok dengan mata sendiri jangan nak buat keputusan melulu” balas Aireena.

“Ye lah sayang, menurut perintah” Zariel menarik handbreak dan memandu ke lokasi tempat mereka bakal bersanding nanti.

Untuk menikah, mereka akan menikah di rumah Aireena sahaja.

Kata Aireena dia taknak pelamin bersanding dan pelamin menikah sama.

Hampir 4 jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di destinasi.

Hall yang bakal mereka sewa ini terletak agak jauh dari rumah mereka, jadi memakan masa.

Terpegun seketika Aireena apabila melihat sekelilingnya itu ialah pantai.

Are you sure ni tempatnya?” soal Zariel ragu-ragu.

“Ye, nah tengok ni” Aireena menghulurkan telefonnya kepada Zariel.

Zariel melihat dengan teliti.

“Dah call owner dia?” soal Zariel lalu menyerahkan kembali telefon Aireena.

Aireena mengangguk.

“Jap lagi dia sampai”

“Kalau macam tu jom turun tengok sekeliling dulu” ajak Zariel.

Aireena hanya menurut, dia membetulkan sedikit tudungnya yang kelepet disebabkan dia tertidur di dalam kereta.

Mereka berdua berjalan di pesisir pantai sambil berbual dengan angin sepoi yang meniup.

Actually berbual untuk biasakan diri, tak adalah kekok sangat lepas kahwin nanti!

Excusme, cik Aireena dan cik Zariel?” sampuk seorang lelaki yang berusia.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveOnde as histórias ganham vida. Descobre agora