35

28 2 1
                                    

Hari ini mereka akan pulang ke kampung selama 3 hari 2 malam.

"Arieq tolong ambilkan charger ipad aku" jerit Aireena yang sedang mengemas keretanya yang bersepah sedikit.

Tanpa membantah Arieq terus mengambil charger kakaknya di bilik.

"Aku jalan dulu tau Reen" Alieff membuka tingkapnya keretanya.

"Okey"

Tidak lama selepas itu, dua kereta itu meluncur laju di jalan raya.

Di kereta Aireena,

"Carpool?" soal Aleena yang duduk di belakang.

"Bukalah bluetooth fon kau, fon aku nak tengok waze" ujar Aireena.

Aleena mengangguk dan terus menyambungkan telefonnya ke kereta kakaknya.

"Lagu apa kak?"

"Buka lagu biasa kita karok ah" kata Arieq.

Aleena hanya menuruti kata-kata kakak dan abangnya.

"Berkurun lama kurahsiakan, cintaku padamu. Hanya kerna kau ratu laksana, di singgah sana" nyanyi Arieq.

"Di tasik ini berpohon cemara, yang teguh meninggi. Bagai harapanku padamu sekian lama" sambung Aireena pula.

"Akan ku serah cinta abadi, menyerlah sinar malam sepim. Agar menjadi penawar lukamu, warna hatimu" nyanyi Aleena pula.

Sepanjang perjalanan mereka hanya bernyanyi sahaja.

Tiba-tiba mereka akan berhenti di rnr ...

"Hello ibu"

"Rnr Genting Sempah"

"Okey ibu, nanti arieq bagitau kakak"

Aireena memandang Arieq.

"Ibu nak apa?" soal Aireena.

"Ibu kata kejap lagi kita berhenti dekat rnr Genting Sempah" kata Arieq.

"Okey"

Arieq menoleh ke belakang dan melihat Aleena sedang tertidur.
"Adik tidur kak" tegur Arieq.

Aireena melihat adiknya melalui cermin belakang.

"HHAHAHA, keluar air liur basi" gelak Aireena dan Arieq.

Arieq mengeluarkan telefonnya dan mengambil beberapa gambar untuk dijadikan bahan ugutannya.

"Arieq, nanti ingatkan adik makan ubat dengan vitamin di nanti" pesan Aireena.

Arieq mengangguk faham. Walaupon Arieq ni suka mengusik Aleena tetapi hal Aleena tersangatlah dia mengambil berat.

Kemudian mereka tiba di rnr Genting Sempah.

"Ramai betul orang" ujar Aireena. Arieq menjengukkan kepalanya.

Biasalah musim cuti sekolahkan.

"Aku tak turun kot Rieq, kau belikan aku jajan dengan nescafe tin satu"

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu