22

15 2 0
                                    

Kini mereka semua berkumpul di lobi hotel itu.

"Semua dah ada ke?" soal Encik Luqman.

Arieq melihat semua yang akan pergi ke Burano.

"Semua dah ada yah" kata Arieq.

Encik Luqman mengangguk dan menuju ke kereta yang mereka gunakan semalam.

Destinasi mereka akan tuju tidak jauh dari hotel yang mereka duduki.

Lokasi mereka tuju yang pertama adalah   Naviglio Pavese.

Naviglio Pavese merupakan salah satu tempat perlancongan yang menarik di Italy dan menjadi daya tarikan pelancong kerana bot akan berjalan di atas air dengan dikelilingi oleh bangunan dan rumah-rumah masyarakat tempatan di situ.

Setelah beberapa puluh minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di Naviglio Pavese.

"ARGHH" erang Arieq yang baru turun dari kereta itu.

"Kau kenapa ni nyah?" tegur Zafriel.

"Penatlah geng, ngantuk lagi" balas Arieq.

"Oh" balas Zafriel pendek.

"Kita pergi sarapan dulu ya, lepas tu baru naik bot" ujar Encik Luqman.

Untuk percutian kali ini dia lah yang menjadi pemandu pelancong memandangkan dia pernah beberapa kali ke sini atas urusan kerja.

"Naik bot untuk campak Arieq dekat tengah laut ke yah?" soal Alieff. Dia sengaja mau mengusik adiknya itu.

"Kau, aku pula. Entah-entah kau yang kena campak dengan aku nanti" balas Arieq.

"Kalau kau campak aku kesian dekat anak dengan bini aku nanti" kata Alieff simpati.

"Pale.." belum sempat Arieq menghabiskan ayatnya, Aleena sudah menutup mulut abangnya itu.

"Sudah-sudah lah tu, kamu berdua ni ibu tinggalkan juga dekat sini" marah Puan Ayana.

Terus diam anak-anak lelakinya itu.

Nasib baiklah anak-anak perempuan mereka berdua ni jenis yang behave dan boleh jaga diri.

Tidak seperti Alieff dan Arieq, semua tempat kecoh dengan mulut mereka berdua sahaja. Lain pula Aireena dan Aleena, mereka berdua hanya di dalam dunia masing-masing.

"Sudah jom, tak malu ke uncle dengan aunty korang tengok tu" kata Encik Luqman sambil menggelengkan kepalanya.

Encik Idris dan Puan Zhafira tergelak kecil, dia tidak kisah kerana anak-anaknya pon 2×5 sahaja, lagi-lagi semua anaknya lelaki.

"Tak apalah Man, anak aku pon sama juga perangainya" gelak Encik Idris.

Hari itu di penuhi gelak tawa kedua keluarga tersebut.

-----

Tiba sahaja di sebuah restoran berhampiran   Naviglio Pavese mereka memesan beberapa makanan.

"Hi, welcome to Kiffty Restaurant. Have a seat sir and family" sapa pelayan itu mesra.

Kedua-dua buah keluarga itu memberikan senyuman kepada pelayan tersebut tanda berterima kasih kerana memberi layanan yang baik.

"Nak makan apa?" soal Encik Luqman.

"Saya tak kisah" balas Puan Ayana.

"Kami pon tak kisah Man" balas Encik Idris.

"Nasi ada tak yah?" soal Aireena yang duduk di sebelah Encik Luqman itu.

"Tak ada sayang" kata Encik Luqman.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon