41

11 0 0
                                    

“Arghhh” Aireena menggeliatkan badannya.

Dia mencari telefonnya lalu melihat jam.

“Baru pukul 6” katanya lagi.

Aireena bangkit dari tidurnya dan mula mengemas katilnya untuk memulakan hari dengan awal.

Selepas itu, Aireena terus membersihkan diri dan mengambil wudhu untuk menunaikan solat subuh.

“Segarnya” ujar Aireena sambil mengeringkan rambutnya menggunakan hairdryer.

Setelah itu, dia terus membentangkan sejadah dan memakai telekung selepas mengenakan pakaian rumahannya.

“Allahuakbar” 

Ditemani bunyi burung berkicau menandakan matahari akan naik tidak lama lagi, bunga-bunga di laman balkoni Aireena mula mekar dan tumbuh dengan cantik.

Dia berjalan ke bilik kerjanya.

“Dah lama tak melukis” katanya sendirian.

Aireena duduk di hadapan kanvas yang terbentang di balkoni bilik itu.

Dia mengambil beberapa berus dan poster colour lalu kembali ke tempatnya. 

Aireena mula melukis sambil ditemani dengan lagu yang berkumandang di bilik itu.

Sebenarnya mulai hari ini, Aireena akan bercuti selama sebulan di syarikatnya untuk memberi ruang kepada majlisnya dan Zariel.

Nasib baiklah Alieff berbaik hati untuk memberikan Aireena cuti selama itu.


~Krig, Kring~

Bunyi loceng pintu rumah Aireena ditekan.

Aireena yang baru sahaja keluar daripada bilik air bergegas membuka pintu.

“Siapa yang datang pula ni?” 

Aireena membuka pintu dan muncul lah muka yang sangat Aireena rindui.

“Aireena!” jerit mereka serentak.

Terkejut Aireena dibuatnya.

“Korang” kata Aireena terkejut.

Mereka saling berpelukan.

“Tak nak jemput kami masuk ke Reen?” soal Ayra.

“Haah, penat tau cari apartment kau” rungut Eyna.

“Macam kau pula yang bawa kereta” Haania menggelengkan kepalanya.

Aireena tertawa kecil, rindu dengan gelagat mereka. Padahal masa dia bertunang hari tu, mereka ada juga.

“Masuklah” pelawa Aireena.

Mereka bertiga masuk ke apartment Aireena.

“Duduklah” 

“Kau buat apa tadi? Asal lama sangat buka pintu” ujar Eyna lalu duduk di sebelah Haania.

“Melabur, hehe” balas Aireena dengan sengihan.

“Faham, faham” kata mereka bertiga serentak.

“Kenapa datang tak bagitau?” soal Aireena.

“Saja nak buat suprise untuk kau” jawab Ayra.

“Kitorang tumpang rumah kau sampai hari perkahwinan kau tau Reen, boleh ke?” soal Haania.

“Boleh sangat, duduk je lah lama mana korang nak” 

"Jadinya, korang akan ikut aku balik Johor lah ni?" soal Aireena excited.

Mereka bertiga mengangguk laju dan sambung berbual sehingga tidak sedar waktu lunch sudah tiba.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now