18

16 3 4
                                    

Aireena baru sahaja tiba di Pulau Perhentian.
Memandangkan hari ini adalah hari minggu, ramai pelancong dan pengunjung memenuhi tempat ini.

"Duduk dekat mana ea" kata Aireena kepada dirinya sendiri.

Dia mencari tempat duduk yang sesuai dan tenang dari segala-galanya.

Dia berjalan ke suatu tempat yang jauh dari pandangan orang lain.

"Hm tenangnya" ujar Aireena perlahan.

Aireena mengeluarkan earpod nya dan memainkan lagu-lagu yang sesuai dengan suasana yang tenang ini.

Dia hanyut di layan pemandangan yang tenang dan indah.

Tiba-tiba ada satu suara menyapa.

"Dik" tegur suara itu.

Aireena yang terkejut dengan teguran itu terus mengeluarkan earpod dari telinganya.

"Maaf kak, ada apa yang boleh saya bantu?" soal Aireena.

"Eh tak ada dik, akak nampak awak duduk sini seorang diri. Itu yang akak tegur" balas perempuan itu.

"Oh, saya cuma mencari ketenangan je kak" ujar Aireena dengan senyuman.

"Boleh akak duduk?" tanya perempuan itu.

"Boleh-boleh duduklah kak" pelawa Aireena.

Perempuan tersebut mengambil duduk di sebelah Aireena.

"Nama adik apa?"

"Nama saya Aireena kak, panggil Reen je" jawab Aireena.

"Wow, such a beautiful name" puji perempuan itu.

"How about you?" soal Aireena pula.

"Nama akak Nabilah, panggil kak Nab je" jawab Nabilah.

"Oh, nice to meet you kak Nab" sapa Aireena teruja.

Nabilah mengangguk dan tersenyum.

"Umur berapa?" soal Nabilah.

Tiba-tiba ada sesi perkenalan.

"20 tahun kak" jawab Aireena.

"Oh, akak 24" kata Nabilah tanpa disoal.

Aireena mengangguk.

"Kenapa Reen datang sini?" soal Nabilah.

Aireena mengambil nafas panjang.

"Reen cuma nak lepaskan tekanan yang ada dalam diri Reen dan untuk melupakan seseorang" ujar Aireena.

"Seseorang? Boyfriend ke?" soal Nabilah.

"Eh bukan boyfriend, cuma kawan lama. Akak pula?" tanya Aireena.

"Ooo, akak baru je putus tunang semalam. Akak rasa tempat ni paling sesuai untuk orang macam akak" balas Nabilah.

"Stay strong kak" kata Aireena simpati.

Nabilah tersenyum kecil.

Aireena melihat jam, jamnya menunjukkan hampir pukul 5:00 petang.

"Kak, saya minta diri dululah ye. Saya ada hal lain, maaf tak dapat teman akak" ujar Aireena.

"Eh tak apalah Reen, hati-hati" pesan Nabilah.

Aireena mengangguk dan berlalu pergi dari situ.

Dia menuju ke arah keretanya.

"Reen!" panggil seseorang.

Aireena memandang gerangan orang yang memanggilnya itu.

"Ray" kata Aireena perlahan.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now