25

13 3 3
                                    

Pagi ini mereka akan bergerak ke Rialto Bridge.

Seperti biasa mereka akan bersarapan di sebuah restoran yang menjadi tarikan pelancong  salah satunya restoran ' Trattoria Dona Onesta'.

Masuk sahaja di restoran itu, vibe dia macam orang ternama yang makan dekat situ.

Encik Luqman sudah memesan meja yang muat untuk 2 buah keluarga bersamaan dengan 13 orang.

Duduk sahaja mereka di situ, mereka dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan pembukaan.

"Banyaknya makanan ayah" ujar Arieq teruja.

Hampir penuh meja itu dengan makanan.

Aireena dan Aleena sudah berebut untuk mengambil gambar.

"Biasalah perempuan" bisik Arieq kepada Zafriel.

Zafriel mengangguk setuju.

Selesai sahaja Aireena dan Aleena mengambil gambar, mereka semua menikmati hidangan sarapan pagi itu dengan tenang dan damai.

Meja makan itu riuh-rendah dengan suara dua orang itu.

Siapa lagi kalau Arieq dengan Zafriel.

Kalau tak usik orang tak sah agaknya hidup diorang.

Aireena yang letih dengan perangai mereka berdua duduk dalam dunianya sendiri.

Memandangkan dia dah habis makan, dia melihat kakak iparnya itu sibuk menyusui Azriel dan menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Aireena mendekati Nurin.

"Kak, biar Reen pegang Azriel. Akak makan lah dulu" pelawa Aireena.

"Tak susahkan Reen ke?" soal Nurin serba salah.

"Eh kenapa nak susah pula ni kak, Azriel anak buah Reen" balas Aireena.

Nurin tersenyum kecil dan terus menyerahkan anaknya kepada Aireena.

Aireena mendukung bayi yang berusia 3 bulan itu dengan berat 5kg.

Chubby kan?

Sebab tu selalu kene gomol dengan Aireena dan Arieq.

Aireena mengambil botol susu Azriel dan memasukkan ke dalam mulut bayi itu.

"Shhh, nak tidur eh" pujuk Aireena.

Azriel yang berada di gendongan itu merengek perlahan.

Zariel hanya memerhati Aireena.

"Sabar ya, ibu tengah makan tu" pujuk Aireena lagi.

Arieq mendekati Aireena.

"Kak biar aku pegang" ujar Arieq.

Tanpa ragu Aireena menyerahkan Azriel kepada Arieq.

Arieq menjaga bayi itu dengan teliti walaupon digomolnya.

Selesai sahaja makan, mereka semua terus menuju ke jeti yang menyediakan bot untuk ke Rialto Bridge.

-----

Mereka menaiki bot untuk ke Rialto Bridge.

Untuk pengetahuan semua, Rialto Bridge adalah jambatan tertua di Venice, dan merupakan jambatan yang paling terkenal di Itali.

Setiap tahun berjuta-juta pelancong yang akan melintasinya dan menjadi salah satu daya tarikan di negara itu.

Keluarga Aireena dan keluarga Zariel memutuskan untuk menghabiskan sisa waktu bercuti yang berbaki 3 hari untuk melawat tempat-tempat sedemikian.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now