38

13 1 0
                                    

"Jadi macam mana, dia nak kerjasama dengan kita tak?" soal Alieff atau lebih kepada sindiran.

"Tch, kau memang sengaja kan nak kena kan aku" Aireena memberikan jelingan maut kepada Alieff.

"HAHAHA, aku saja bagi kau peluang dating dengan Zariel"

"Peluang hangguk kau" Aireena membaling fail kepada Alieff.

Mereka berdua kini di pejabat Aireena.

"Dah lah berambus, banyak kerja aku nak siapkan ni" halau Aireena.

Semenjak adanya projek baru ni, dia terlalu sibuk sampai tidak dapat menguruskan dirinya dan tidak ada masa dengan Zariel.

-----

Aireena duduk betapa di bilik kerjanya selama beberapa jam.

Telefon Aireena berdering menandakan panggilan masuk.

-Zariel Amsyar-

"Assalamualaikum cinta"

"Waalaikumsalam"

"Kenapa ni?"

"Tak ada pape lah, kenapa call?" soal Aireena.

"Ni hah mama nak ajak kau keluar petang ni, dia tanya kau free tak?"

Aireena menjenguk jam di atas mejanya, baru pukul 10 pagi.

"Boleh je"

"Okey mama cakap nanti dia pick up kau kat rumah"

"Eh aku boleh -"

"Tak payah nak ngada-ngada drive, biar mama ambil Reen" suara di talian berubah menjadi suara perempuan.

"Eh mama"

"Kamu siap-siap je, dalam pukul 2 mama sampai"

"Baik mama, nanti alamat rumah Reen mama minta dengan Zariel"

"Okey sayang mama, see you"

"See you soon ma" Aireena mematikan telefonnya itu.

-----

Sementara menunggu Puan Zhafira di tempat parking apartment nya, Aireena sempat berood.

Almaklumlah semenjak dah busy kerja jarang betul post gambar, instagram nya pon sunyi sepi.

Tidak lama selepas itu, sebuah kereta membunyikan hon.

~Pin, pin,pin~

Puan Zhafira turun dari kereta tersebut dengan penuh bergaya.

"Reen" Puan Zhafira memeluk Aireena erat.

Dah lama tak jumpa, adalah dalam 5 bulan macam tu.

"Mama" Aireena membalas pelukan Puan Zhafira.

"Kamu apa khabar? Rindu mama dekat kamu"

"Alhamdulillah Reen baik je ma, mama pula"

"Mama macam yang Reen nampaklah, alhamdulillah Allah masih bagi peluang dekat mama untuk bernafas lagi" kata Puan Zhafira.

Walaupun umur Puan Zhafira sudah jejak 60an, kecantikan yang dimiliki olehnya tidak pernah pudar memandangkan Puan Zhafira selalu mengamalkan gaya hidup yang sihat.

"Jom masuk kereta sambil tu kita berbual" ajak Puan Zhafira.

Aireena hanya mengikuti langkah mamanya itu.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Aireena.

"Kita nak pergi shopping" jawab Puan Zhafira.

Aireena mengangguk faham.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now