32

20 1 0
                                    

Pagi ini Aireena dan Eynaa akan ke universiti untuk mengulang kaji dan ada beberapa kelas.

"Eyna" Aireena memanggil Eynaa yang duduk di tempat duduk memandu.

"Yup, kenapa Reen?" Eyna memandang Aireena dengan seribu satu persoalan.

"Erh- tak ada papelah"

"Aik, kau ni ada masalah ke? Kalau ada cerita je lah aku dengar" kata Eyna risau.

Aireena menggeleng perlahan.

"Eh tak adalah, actually aku nak ajak kau pergi shopping lepas kerja kita dah settle petang ni" tipu Aireena.

"Aku on je, ingatkan apalah kau ni Reen" Eynaa kembali ke posisinya yang betul.

"Hehe"

-----

Habis sahaja kelas Aireena pergi ke library, Eyna pula menghilangkan diri selepas habis kelas tadi.

"Mana Eynaa pergi?" soalnya sendiri.

Budak tu kalau pergi mana-mana bukan nak cakap ke apa, tau-tau hilang.

Aireena membuka whatsapp, dia mencari nama Eyna.

-Ultra Eyna-

Awaknya dekat mana tu //

Saya mencari makanan, awak yang disana nak kirim ke //

Aireena menggeleng perlahan, dah agak!

Boleh lah, saya nak keropok lekor cheese please //

Baik awaknya, air? //

Coconut shake //

Okey, dijamin bereh //

Aireena tergelak perlahan.

Dia membuka ipadnya, sementara menunggu Eynaa dia nak melukis sebelum menyerabutkan kepala dengan nombor.

Aireena yang leka di dalam dunianya sendiri tidak sedar ada orang yang duduk di hadapannya.

"Oi"

Hampir di balik ipadnya akibat sergahan itu.

"Wow relax weh, aku ni Zariel" Zariel lah yang sergah Aireena tu.

"Kau dah tak reti bagi salam ke? Main sergah je, kalau aku ada sakit jantung tak sempat nak kahwin, nak pergi konsert---"

"Cukup-cukup" potong Zariel. Malas dia nak dengar bebelan Aireena.

Aireena menjeling Zariel.

"Kau nak apa sebenarnya ni Zariel?" Aireena memandang Zariel menyampah.

"Hehe, aku nak ajak kau keluar petang ni" 

Zariel menguis jarinya di meja.

"Pergi mana lagi" kata Aireena.

"Dating" Tidak pasal-pasal kepala Zariel diketuk oleh Aireena.

"Huh, dating? Aku nak dating dengan Eyna petang ni, tolong jangan kacau" pesan Aireena.

Zariel mengeluh perlahan.

"Hmm, kalau macam tu esok weekend nak pergi keluar tak?" Zariel taknak mengalah.

"Tengoklah macam mana, kalau aku onn aku whatsapp kau" Aireena menyambung menyiapkan lukisannya.

Zariel bersorak gembira.

"Kau dah kenapa beruk" tegur Eyna dengan tangan yang penuh.

"Hehe, tak ada pape" Zariel menyorokkan senyumannya.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWo Geschichten leben. Entdecke jetzt