21

29 3 1
                                    

Pagi ini, Aireena dan keluarganya bergerak ke Lapangan Terbang Senai yang terletak di Johor.

"Semua dah bawa ya? Jangan ada yang tinggal" pesan Encik Luqman.

"Ye ayah" jawab anak-anaknya.

"Alieff barang anak kamu dah bawa semua ke?" soal Encik Luqman.

Almaklumlah anak Alieff sekarang sudah berusia sebulan dan isterinya baru sahaja habis berpantang.

"Dah ayah, don't worry" balas Alieff.

Encik Luqman mengangguk.

Mereka semua sedang menunggu pengumuman untuk naik ke kapal terbang yang akan berlepas tidak lama lagi.

Percutian kali ini, Encik Luqman dan Puan Ayana memberi ruang kepada anak-anaknya untuk memilih tempat bercuti.

Keempat-empat anaknya memilih Italy sebagai tempat percutian mereka pada kali ini.

Pasangan suami isteri itu hanya bersetuju dengan kehendak anak-anak mereka.

"Ayah nak cakap ni, bukan keluarga kita je pergi" ujar Encik Luqman.

"Aik, mak ngah ikut juga ke? So ada Haykal dengan Raykal lah kan?" sampuk Arieq.

"Bukan mak ngah kamu, tapi family Zariel" sampuk Puan Ayana.

"What!" jerit Aireena terkejut.

'Tak apasal mamat tu tiba-tiba ikut family trip ni? Benci lahh aku' bisiknya dalam hati.

"Kenapa ni Reen?" soal Puan Ayana pelik.

"Tak, perlu ke ibu bawa dia sekali pergi family trip kita?" soal Aireena tidak puas hati.

"Eh, suka hati ibu lah and your father pon tak kesah" ujar Puan Ayana.

"Arghh" rungut Aireena.

Mukanya masam mencuka.

"Kenapa kau tak suka sangat dengan abang Riel tu kak? Dia elok apa" kata Aleena yang beridiri di sebelah kakaknya.

"Entahnya kau ni kak, pelik-pelik je. Mana tahu abang Riel tu future husband kau, benci boleh jadi cinta tau kak" ujar Arieq pula.

"Memandai lah korang berdua ni, aku sumbat dalam beg ni kang" marah Aireena.

Arieq dan Aleena tergelak sakan. Suka mereka mengacau kakak kesayangan mereka itu.

"Tu family Zariel dah sampai" tunjuk Encik Luqman.

"Assalamualaikum Man, maaf lambat" sapa Encik Idris.

"Takpe lah, penerbangan kita jap lagi. Mana anak-anak kau?" soal Encik Luqman.

"Anak-anak aku kan semua bujang, aku suruh diorang angkat beg aku dengan Zhaf" kata Encik Idris.

"Lah lupa anak kau semua lelaki. HHAHAHA" gelak mereka berdua.

Encik Luqman dan Encik Idris berjalan bersama menuju ke kapal terbang yang akan mereka naik tidak lama lagi.

Anak-anak mereka pula menjadi pembantu membawa beg mereka.

Isteri-isteri mereka jangan di kata, jumpa sahaja macam-macam topik nak dibincangkan.

"Ibu dengan ayah memang nak suruh kita bawa beg diorang yang berat ni ke?" soal Arieq.

"Shh, angkat jelah. Bukan susah pon angkat beg, kata anak jantan" marah Aireena.

Arieq mengeluh perlahan.

Zafriel yang ada di sebelah Arieq menggelakkan mereka berdua. Nasib anak-anak dua pasangan itu semua sama.

-----

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now