12

29 3 34
                                    

Aireena dan rakan-rakannya sedang berbual.

"Reen, jomlah Reen" pujuk Ayra.

"Bukan selalu pon tengok diorang main basketball" ujar Eynaa.

"Pergi je lah Reen, kau kan boleh tengok lobster kau" kata Haania.

"Ishh, korang ni aku malas lah!" rengus Aireena.

"Hanna pujuklah Reen" ujar Eynaa meminta pertolongan Hanna.

"Err-Reen, Hanna pon pergi tengok juga. Jomlah kita pergi sama-sama" kata Hanna lembut.

Melihat Aireena mengeluh perlahan mereka tahu akan jawapan Aireena.

"Hm yelah" ujar Aireena perlahan.

Mereka berempat bersorak gembira. Aireena hanya menggelengkan kepalanya.

-----

Petang itu,

Aireena yang berada di rumah itu sedang leka menonton kdrama di kaca televisyen.

Arieq yang perasan akan kakaknya itu terlalu fokus menonton televisyen terus mempunyai rancangan jahat.

"Terkejutkan akak bagus ni" ujarnya perlahan.

Perlahan-lahan dia berjalan dan terus menyergah Aireena yang berada di sofa ruang tamu itu.

"BAHHH" sergah Arieq.

"ARGHHHHH" jerit Aireena terkejut.

"HAHAHAHA" ketawa Arieq.

"Kau ni kenapa, terkejut aku gilaa" marah Aireena.

"Kau tu kak, khusyuk sangat tengok kdrama kau sampai lupa kehadiran adik kau yang hensem lagikan tampan ni" puji Arieq kepada diri sendiri.

"Puihh, puji diri sendiri. Konon handsome, muka macam tapak kasut aku, ada hati nak bertampan-tampan bagai" sindir Aireena.

"Annoyinglah kau kak, kalau tak puji diri sendiri siapa lagi nak pujikan" ujar Arieq yang mendabik dadanya.

"Hmm aku lagi menyampah tengok muka kau" kata Aireena pula.

Arieq duduk di sofa berhampiran Aireena.

"Kau tengok cerita apa kak?" soal Arieq ingin tahu.

"Ni hah, strong woman do bong soon" jawab Aireena.

"Macam best je" ujar Arieq sebelum membaringkan dirinya di sofa itu.

Mereka berdua menonton video itu bersama-sama sehingga terlupa hari sudah petang dan terlelap bersama.

Arieq yang sedang terbongkang di atas sofa itu tertidur dengan dengkuran manakala Aireena pula tertidur hingga nak jatuh ke atas lantai.

Puan Ayana, Encik Luqman dan Aleena yang baru sahaja pulang dari berbelanja itu baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat anak dara dan anak bujang mereka tertidur.

"Ya Allah bang, tengoklah anak abang yang dua orang tu" ucap Puan Ayana sambil mengurut dadanya.

"Anak abang anak awak juga" gurau Encik Luqman.

"Abang ni, budak berdua ni dengan tv terbuka, aircond terbuka, kipas pon buka juga, plastik jajan bersepah" bebel Puan Ayana.

Aleena dan Encik Luqman yang mula mendengar Puan Ayana memanaskan enjen mulutnya terus mengangkat barang-barang ke dapur.

"AIREENA LUTHFIA, ARIEQ LUTHFAN! BANGUN SEKARANG!" jerit Puan Ayana dengan nada separa tinggi.

Aireena dan Arieq yang mendengar suara ngauman itu terus bangun dan terduduk dalam keadaan mamai.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now