19

29 2 2
                                    

Sudah hampir 2 jam Aireena meluangkan masa di galeri itu.

"Hi, can i help you miss?" soal salah seorang pekerja di situ.

"Ahh, i nak beli lukisan ni" ujar Aireena.

Lukisan yang tadi dia lihat. Dia amat tertari dengan lukisan tersebut sehingga menyebabkan dia membuat keputusan untuk membelinya.

"Oh, sure" kata pekerja itu teruja.

Pekerja tersebut mengambil lukisan itu dan di balut dengan kemas.

"Berapa?" soal Aireena.

"Only RM5,500" ujar pekerja tersebut.

Aireena mengeluarkan kad nya untuk membayar lukisan tersebut.

Dia menjangkakan harga lukisan tersebut lebih mahal berbanding lukisan lain tapi hakikatnya tidak.

"Boleh I bantu miss bawa lukisan ini?" soal pekerja itu.

"Boleh-boleh, kereta I tak jauh dari sini" kata Aireena.

Pekerja tersebut mengangkat lukisan itu dan di masukkan ke dalam kereta Aireena.

"Thankyou" ucap Aireena.

"Welcome miss, next time datang lagi" pelawa pekerja itu.

"Kalau ada rezeki I datang lagi, see you" lambai Aireena.

Aireena terus meninggalkan galeri tersebut memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.

-----

Esoknya Aireena memutuskan untuk pergi bercuti di Pulau Pinang dan Perak secara bersendirian.

"Ibu, ayah boleh tak Reen pergi Pulau Pinang dengan Perak petang ni?" soal Aireena ketika mereka semua sedang menikmati makan tengah hari.

"Berapa hari?" soal Encik Luqman.

"Maybe dalam 3 hari 2 malam gitu" jawab Aireena.

Puan Ayana memandang anaknya.

"Dengan siapa?" soal Alieff.

"Only me" jawab Aireena lagi.

"Seriusly Reen? Kenapa kene pergi sendiri, kamu kan ada adik-adik kamu yang boleh temankan kamu" kata Encik Luqman tegas.

"Please ayah, Reen cuma perlukan masa untuk diri Reen" balas Aireena.

"Is up to you but if anything happen to you, you should call me or your siblings" kata Encik Luqman pasrah.

Aireena menarik nafas lega.

"I will ayah" jawab Aireena bagi menenangkan ayahnya.

Mereka semua menyambung menjamu selera tanpa ada sebarang perbalahan.

..

Malam itu, Aireena memasukkan bagasinya ke dalam kereta.

"Hati-hati drive tu dik. Kereta semua dah cek?" soal Alieff risau.

Risau akan keselamatan adiknya.

"Dah, adik dah cek semua" jawab Aireena.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now