24

10 1 0
                                    

Dalam perjalanan ke Venice yang memakan masa selama 2 jam 30 minit, di kereta keluarga Aireena riuh sekali dengan suara adik beradiknya.

"Kau lah, ibu dengan ayah pungut kau dekat tong sampah je tau dulu" kata Arieq yang mengusik adik perempuannya itu, Aleena.

"Ibu tengok Arieq!" jerit Aleena.

Puan Ayana yang sedang mengendong cucunya itu menggelengkan kepala.

Nurin yang sudah terbiasa dengan perangai adik-adik iparnya juga sudah lali.

Nasib baiklah kereta ni besar boleh sumbat semua dalam tu.

Aireena yang lelah mendengar perbalahan itu menyampuk.

"Ibu, nak Reen cerita tak yang ibu cerita kat Reen dulu?" soal Aireena.

Puan Ayana memandang Aireena pelik, cerita apa?

"Dengar sini Arieq, Aleena, sebenarnya korang berdua ni bukan anak ibu dengan ayah. Anak ibu dengan ayah aku dengan abang je, korang berdua ni sorang ibu kutip dekat tong sampah, sorang lagi bawah jambatan. Masa mula-mula ibu cerita aku pon terkejut, ye lah tak sangka adik-adik yang selama ni selalu cari pasal dengan aku rupa-rupanya anak hantu!" cerita Aireena sedih.

"HAHAHAHAHA, BETUL TU AKU DENGAN REEN JE ANAK IBU DENGAN AYAH, IBU PON PERNAH CERITA DEKAT AKU" tawa Alieff yang duduk di kerusi hadapan sebelah pemandu.

Pemandu tersebut ayah mereka, jadi nak bising pon tak apa.

"Sh*t" carut Arieq.

Mata Aleena sudah berkaca.

"Apa ni Reen, haih kamu semua ni. Ada je benda yang boleh di ajak gaduh" bebel Puan Ayana.

Encik Luqman yang memandu kereta hanya tergelak sahaja.

"Ayah gelak" tegur Arieq.

"Habistu nak suruh ayah buat apa? Menangis?" usik Encik Luqman lagi.

Arieq sudah menghentakkan kakinya tanda protes.

Aleena pula nak menangis.

Alieff dan Aireena?

Gelak!

"HAHAHAHHH, ni baru betul bapak kami" kata Alieff semangat.

Nurin pon ikut gelak sekali.

"Sudah, perjalanan kita ada lagi 1 jam lebih. Pergi tidur sana, jangan nak bergaduh ke apa" kata Encik Luqman tegas.

"Baik ayah" jawab mereka adik beradik.

Sepanjang perjalanan ke Venice tangan Aireena tidak lepas dari tabletnya.

Aireena meneliti lukisan yang dibuat ketika Zariel mengajaknya keluar.

Tangannya sibuk membetulkan kecacatan di dalam lukisan itu.

Arieq yang duduk di sebelah Aireena menegur kakaknya.

"Lawa gila kak lukisan kau yang ni" puji Arieq yang terkejut dengan hasil lukisan kakaknya itu.

"Shhh" tegur Aireena lalu menutup mulut Arieq.

Bukan apa dia tak nak ada siapa tahu tentang lukisan dia.

"Kenapa?" soal Arieq pelik.

"Aku suruh diam, diam" kata Aireena tegas.

Arieq hanya mendiamkan dirinya.

Selepas itu, mereka semua tiba di Venice dan terus menuju ke hotel.

-----

Mereka semua telah tiba di hotel 'Venezia Palazzo Barocci' yang unik dan cantik.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now