36

12 1 0
                                    

Aireena dan keluarganya akhirnya tiba di rumah mereka tengahari tadi selepas menginap di kampung selama 3 hari 2 malam.

"Makan tengahari ni Reen order grabfood je lah ea?" soal Aireena kepada ahli keluarganya.

"Boleh je, kau belanja"

Aireena mengangguk perlahan.

"Okey"

Tidak lama selepas itu, makanan yang mereka pesan telah tiba dan mereka menikmati makan tengahari itu bersama-sama.

Usai sahaja selesai makan, Aireena kembali ke biliknya dengan perut yang kenyang.

Dia terbaring di tilamnya itu dan berfikir seketika.

"Dah lama tak masuk bilik favourite aku tu" lalu Aireena bangun kembali dan berjalan ke satu pintu yang ada di dalam biliknya.

Masuk sahaja bilik itu, tiada satu cahaya yang menerangi setiap inci bilik itu. Dia membuka lampu bilik itu yang terletak bersebelahan dengan lampu bilik airnya.

"Hacuum" bersin Aireena apabila melihat tempat itu penuh dengan habuk dan sarang labah-labah.

"Ni baru 6 bulan tak balik, agak-agak kalau setahun tak nampak rupa agaknya bilik ni" katanya sendiri.

Bilik apa tu?

"Ya Allah, banyak lagi rupanya poster colour yang belum buka" Aireena melihat barang-barang melukisnya di rak khas.

Itulah bilik favourite Aireena, bilik di mana dia banyak menghabiskan masa satu ketika dahulu.

Bilik melukisnya dan tempat healing.

"Haih, baik aku kemas bilik ni" Aireena memakai mask untuk mengelakkan hidungnya bersin.

Dia alergi dengan habuk, kalau kena je bersin tak berhenti. Bila dah bersin tak berenti jadi selsema dan terus demam.

Aireena memasang speaker, dia mengemas sambil berkaraoke.

"I can shine because of you~" nyanyi Aireena.

"Amboi anak dara ibu ni seorang, apa yang shine sangat tu" sampuk Puan Ayana di tepi pintu bilik Aireena.

"Ibu, terkejut Reen" Aireena mengurut dadanya perlahan.

Puan Ayana tergelak.

"Kamu mengemas bilik ni untuk apa? Bukan lama pon kamu dekat sini"

Aireena menanggalkan mask di mukanya.

"Saja je ibu, lagipon Reen nak ambil barang-barang ni untuk letak dekat rumah Reen nanti" ujar Aireena lalu duduk di sebelah ibunya.

"Ohh, nak ibu tolong tak?" pelawa Aireena.

"Tak apalah ibu, lagi sikit je nak siap ni" tolak Aireena tapi memang betul pon dah nak siap kemas.

"Okey lah kalau macam tu"

"Kenapa ibu datang bilik Reen ni?" soal Aireena.

"Lupa ibu nak cakap dengan kamu, Zariel ada dekat bawah-"

"What?!" jerit Aireena terkejut sebelum ibunya menghabiskan ayat.

"Eh kamu ni, janganlah menjerit. Dengar si Zariel nanti" Puan Ayana menepuk peha Aireena.

"Bila dia sampai bu?"

"Adalah dalam 20 minit gitu"

"Ibu!"

"Kenapa kamu ni?" pelik melihat anaknya itu.

"Tadikan Reen nyanyi, mesti dia dengarkan" kata Aireena kesal.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now