6

45 4 13
                                    

Aireena sedar dari lenanya yang lama. Tanpa melengahkan masa, dia terus menuruni anak tangga untuk mencari ibunya.

"Ibu, ibu. Oh ibu.." panggil Aireena.

"Hmm mana ibu pergi ni?" soalnya perlahan.

Dia terus mencari ibunya sampai ke halaman tempat kegemaran ibunya.

Laman bunga.

Dia terlihat susuk ibunya yang sedang tersenyum sambil menyiram pokok bunga.

Dia mempunyai idea yang bernas untuk menyapa ibunya.

"1,2,3...BAHHH" sergah Aireena.

Puan Ayana yang sedang menyiram air itu terkejut sehingga menghalakan tali air itu ke arah Aireena.

"ARGHHHH IBUU, BASAH REEN" jerit Aireena.

"HAHAHA, siapa suruh kacau ibu?" gelak ibunya.

"Ibu tu tersenyum-senyum macam kerang busuk, ingat siapa hah?" soal Aireena yang membetulkan rambutnya yang basah disiram ibunya tadi.

"Ibu senyum tengok pokok-pokok ibu tumbuh dengan cantik macam anak ibu ni sorang" jawab Puan Ayana sambil mengusap wajah Aireena.

Aireena hanya tersenyum kecil.

"Ibu mana dua ekor tu?" soal Aireena.

"Siapa dua ekor tu Reen?" soal Puan Ayana balik.

"Alah anak bujang dengan anak dara ibu tu" ujar Aireena.

Adik-adiknya, walaupon duduk serumah batang hidung masing-masing punya susah nak nampak.

"Oh, Arieq setiap petang ada latihan football, si Aleena ada kelas tambahan" kata Puan Ayana sambil menghirup air kopinya.

"Oh patutlah tak nampak muka masing-masing" ujar Aireena.

Arieq Luthfan dan Aleena Luthfira adik-adik kepada Aireena dan anak kepada Puan Ayana dan Encik Luqman.

"Hm apa yang jadi dengan kamu dekat sekolah tadi Aireena?" soal Puan Ayana.

"Hm, tadi pagi ada budak simbah Reen dengan air sebab salah faham sikit. After tukar baju dari kene simbah air tu, Reen kene simbah lagi sekali dengan budak junior. Dalam waktu yang sama, Zariel ada dekat situ and dia bagi Reen pinjam baju dia" cerita Aireena panjang lebar.

Puan Ayana yang mendengar hanya mengangguk faham.

"Oh i see, please take care yourself after this okey sayang?" pesan Puan Ayana. Dia tak nak anaknya disakiti oleh orang lain. Walaupon dirinya dan suami tak pernah menyakiti anak-anaknya.

"Okey ibu" jawab Aireena ringkas.

Antara sebab yang dia tidak mahu memberitahu ibunya tentang masalah yang dihadapi. Dia takut ibunya terlalu risau akannya.

"Ibu Reen naik atas dulu nak packing baju untuk perkhemahan esok" ujar Aireena yang bangun dari duduknya.

"Okey sayang, pastikan buat list untuk semua barang yang Reen nak bawa" pesan Puan Ayana.

Aireena mengangguk dan terus mendaki tangga ke biliknya.

"Hm apa yang nak kemas dulu ea?" soal Aireena sendirian.

Kedengaran telefonnya yang ada di atas meja berdering.

"Darari~"

"Ish siapalah call ni, kacau betul" rungut Aireena.

Dia melihat nama yang tertera di telefonnya.

-Zariel Amsyar-

"Ehh crush kita call lah"

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now