37

25 1 0
                                    

Matahari menyinari segenap ruangan bilik tidur Aireena. Dia menggeliatkan badannya.

“Dah pukul berapa ni?” soalnya sendiri.

Bukan main lena dia tidur, mana tidak malam tadi dia tidur dengan orang tu, maksudnya sleepcall.

Aireena melihat jam di meja lampu di tepi katilnya.

“7.30”

“Aku masuk 8.30” dia masih ada masa untuk bersiap, nasib baiklah hari ni dia cuti jadinya dia tidak terlepas waktu solat.

Aireena bangun lalu mengemas tempat tidurnya, dia membuka tirai di balkoninya sambil menghirup udara segar pagi ini.

Bunyi burung berkicauan, menjadikan suasana di kawasan apartment nya lebih tenang.

Setelah itu, Aireena bersiap-siap untuk masuk ke office. Dia hanya mengenakan kemeja berwarna putih dan loose pants berwarna cream serta tudung bawal berwarna cream. Aireena juga mengenakan heels dan shoulder bag.

Simple, dia tidak memakai make up yang terlalu tebal, just nice and natural.

Dari apartment ke office nya memakan masa hanya 20 minit sahaja. Dekat jugalah.

Aireena memarkingkan keretanya di parking lot khas yang disediakan untuk orang penting syarikat itu.

Aireena turun dari kereta dan berjalan masuk ke lobi syarikat itu. Memandangkan masih tiada siapa yang mengenalinya sebagai anak atau adik kepada CEO syarikat itu, jadinya dia mengabaikan pandangan orang di situ.

Aireena tiba di tingkat atas sekali, keluar sahaja daripada lift dia dirempuh oleh seorang wanita yang berpakaian macam tak cukup kain, seksinya sampai nak termuntah Aireena tengok.

‘Jangan judge orang Reen’ pesannya kepada diri sendiri.

“Eh you buta ke tak nampak I nak masuk” tengking wanita itu.

Aireena menjeling wanita itu.

“Tak sedar agaknya dia yang rempuh orang masuk” sindir Aireena tetapi dapat didengari oleh wanita itu.

Beberapa perkeja di situ membulatkan mata mereka apabila Aireena berani menjawab dengan wanita itu.

“Eh, I tak pernah salah okey!”

“Lantak kau lah” Aireena malas nak melayan lalu dia membuka langkah ingin beredar dari situ. Makin lama dekat situ, dia takut tak dapat menahan tangannya untuk menumbuk muka wanita itu.

“I belum habis cakap lagi” Wanita itu menarik lengan Aireena kasar sehingga pergelangan Aireena mempunyai bekas kuku wanita itu.

Kuku macam kak ponti!

“Apa kau ni” rengus Aireena.

Dia dah lah lambat nak masuk office abangnya, dengan minah ni lagi.

You tak tahu ke siapa I kat sini atau you budak baru?” wanita itu memandang Aireena atas bawah.

“Siapa kau untuk aku tau” balas Aireena selamba.

Mata wanita itu membulat.

“Hello, you baru masuk kerja hari ni kan? Sekelip mata je I boleh pecat you

Aireena tergelak.

“Jadi kau lah puncanya” kata Aireena perlahan.

“Macam syarikat kau pula” sindir Aireena lagi.

Hah kan, jangan nak cari pasal dengan seorang Aireena Luthfia. Baran dia tak boleh bawa bincang.

“Aku manager dekat sini” katanya berlagak dan riak serta takabur.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now