Bab 1

25.6K 470 32
                                    

Aku Jojo. Oleh sebab ada orang melaysia yang pemalas, boleh panggil aku Jo. Jo bukan untuk jongang. Gigi aku rata dan putih. Umur aku.... 24? Geleng. 26? Geleng. 19? Geleng. Aku dah bernafas dalam dunia ini selama 29 tahun. Yeah... Terlalu tua untuk aku berperangai bangang macam ni.

Secara peribadinya, aku seorang perempuan. Yang masih memerlukan barang jenama kotex selama seminggu setiap bulan. Kalau mata kasar, kau akan nampak aku seorang yang gagah, macho, rambut pacak pacak.

Hobi adalah sesuatu yang sering kita buat. So, yang selalu aku buat adalah tidur. 1 hari ada 24 jam, dalam 24 jam tu aku tidur dalam 13-16 jam.

Kerja? Aku adalah master chef di Uno Cafe. Jangan tanya aku kenapa cafe tu nama Uno. Sebab aku malas nak tanya pemilik Cafe tu.

"Jo.... Jojo..... "

"Ape?"

"Ada customer nak jumpa kau. Table 9 tu."

"Huh... Malas. Kalau nak puji, suruh dia tulis note je. Kalau nak maki, kau bawak jumpa Cik Alisa."

Aku popular kan? Mestilah.... Sebab aku masak dengan kasih sayang. Chia!

"Dia kate nama kau Johanna Binti Johan."

Cib....! Habis tenggelam daun parsley yang aku nak buat hiasan kat mushroom soup ni. Arghh.....!!

"Well...well.... well.... Cik siti intan payung rupanya."

Aku memandang gadis di depan aku ni. Dengan bercermin mata hitam, rambut panjang belah tepi, sebiji tahi lalat di atas bibir. Huh.... Jumpa jugak aku kat sini. Kalau aku ke planet pluto pun kau jejaki aku tak....

"Jojo.... Kenapa tak cakap u pindah kerja. Patutlah I makan spaghetti carbonara yang I suka tu tak sedap kat sana. Tak ada kasih sayang U dalam tu."

Woit.... Kau salah anggap ni. Aku tak letak kasih sayang aku kat makanan kau. Aku letak perasaan meluat dalam tu.

"Okay... Congratulations sebab berjaya jumpa aku kat sini. Aku saja nak bergurau gurau dengan kau. So....?"

"I rindu U."

Hah.... Ni nak kabar ni. Nampak tak aku juga popular dikalangan sejenis aku. Aku bukan nak bangga diri.

"Okay.... Thanks. So... Kau boleh balik. Kau dah tau aku kerja sini kan, nanti kau datang kacau aku lagi. Tak pe, aku tak sibuk. Ada robot tolong masak kat dapur. Okay... Have a nice day."

Sila faham ye Cik siti intan payung. Atau nama betulnya Siti Saleha. Anak orang kaya. Mestilah mengada-ngada.
Aku meninggalkannya dan kembali ke stesen aku. Patutlah si Apek ni kenyit-kenyit mata kat aku. Banyak order masuk.

Bismillah.....
Aku mula menyambung kerja aku. Sedikit mood aku hilang selepas berjumpa Cik Siti intan payung tu. Dua pembantu aku terkena tempiasnya. Nasib korang ler....

Selesai mengemas semua perkakas, aku bersedia untuk pulang. Tilam dah panggil aku. Kesian dia selama 8 jam keseorangan. Aku juga rindukan dia. Aku memakai helmet arai yang aku import dari singapore. Mahal. Aku suka barang mahal.

"Hai Jojo..... Nak tumpang?"

"Terima kasih je Cik Alisa. Kesian pulak motor saya sorang-sorang kat sini."

Hish.... Kenapa aku bawa motor hari ni. Kan dah melepas.

"Eh, awak ada tayar spare? Kalau nak bawak ke bengkel rasanya dah tutup."

"Hah? Buat apa pulak saya nak bawak tayar spare."

"Laaa..... Tu tayar awak pancit."

Aku tundukkan kepala supaya dapat lihat tayar motor tu. Ah.... Sial. Siapa pulak yang pancitkan tayar aku ni. Eh.... Apsal aku cakap siapa. Dosa pulak main tuduh orang. Macam mana boleh pancit ni? Hah.... Baru betul soalan tu.

Perempuan?Where stories live. Discover now