Bab 15

11.9K 347 18
                                    

        Beg sederhana besar aku jinjit sambil masuk ke dalam sebuah rumah yang agak mewah bagi aku. Rumah berkonsep moden ini sangat cantik. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Cukup untuk keluarga yang mempunyai 4 atau 5 ahli.

        Balqis menarik beg dari aku tapi sempat aku halang. Tak macho la kalau suruh dia bawakkan. Balqis menjemput aku duduk dan dia terus berlalu entah ke mana. Mata aku melilau ke segenap ruangan di dalam rumah ini. Tak terlalu sarat dengan perabot dan hiasan. Orang putih kata, just nice. Rumah ni mesti harga suku juta. Oh ya, Balqis kan anak orang kaya. Mestilah dia mampu nak rumah macam mana pun.

"Macam mana dengan rumah ni? Selesa? Johannah buat je macam rumah sendiri."

        Aku hanya mengangguk. Tak senyum. Kalau aku buat macam rumah sendiri, aku halau kau dari sini. Sempat aku mengutuk dalam hati.

"Minumlah dulu. Dah sejuk tak sedap pulak."

        Aku akur dengan arahannya. Malas nak berbual sebenarnya. Ni mana pulak si Hady tak nampak bayang.

"Hady kat atas tengah mandi. Kejap lagi dia turun."

        Eh, dia boleh dengar ke suara hati aku. Hebat. Sekali lagi aku menganggukkan kepala. Topi di atas kepala aku betulkan walaupun ia terletak elok di situ. Sekadar untuk hilangkan rasa canggung duduk di berdua di situ.

        Aku baru perasan pakaian yang di pakai Balqis agak seksi. Selama aku berkawan, tak pernah nampak dia berpakaian begini. Maklumlah di luar, dia memakai tudung. Aku menelan air liur saat dia menyilangkan kakinya. Short pant yang dipakainya terangkat ke atas sedikit sehingga mendedahkan peha putihnya.

        Lama aku menjamu mata melihat pehanya yang terdedah. Dia pula tak perasan kerana sibuk melihat handphone.

        Bunyi tapak kaki yang menuruni tangga menghentikan perbuatan aku. Segera aku buat-buat melihat handphone.

"Hai Jo, sampai jugak kau kat rumah aku. Tak sesat kan?"

        Hady menyapa aku saat dia menghampiri ruang tamu. Dia hanya berpakaian santai sahaja.

"Kenapa? Kau takut aku lari? Janji tetap janji bro....."

"Bukan tu maksud aku. Eh, kau dah makan belum ni?"

"Dah."

        Mungkin melihat aku dalam keadaan agak tak selesa, Balqis mengajak aku masuk ke bilik tidur aku. Nasib baik kau faham Balqis.

        Kami berdua naik tangga menuju ke tingkat atas. Balqis menunjukkan biliknya di sebelah kiri. Yang tengah pula office Hady. Yang kanan la bilik aku.

        Aku ternganga saat melangkah masuk ke dalam bilik itu. Ni macam bilik pengantin saja. Ada katil bertiang pulak. Siap ada langsir bagai. Cadar katil pula bersulam. Aku bukan pengantin la oii....

        Aku meletakkan beg di tepi almari. Nasib baik ada tandas dalam ni. Tapi tandas ni bersambung dengan office Hady. Aku hanya berdiri memandang sekeliling bilik. Nak duduk diatas katil tu macam seram pulak. Kejap lagi, tahu la aku nak bukak semua renda ni. Esok aku kena pergi beli cadar lain. Ni kalau tidur atas cadar bersulam, mahu gatal satu badan aku.

"Macam mana? Selesa ke bilik ni?"

"Ok je."

"Kalau nak pape, bagitau saya ye. Kalau lapar, turun je ke dapur. Makan je apa yang awak nak makan. Saya keluar dulu yer....awak rehat la."

        Balqis menutup pintu bilik aku dari luar. Tak sempat aku nak ucapkan terima kasih. Ala....sekadar bermanis mulut je.

         Aku keluarkan kain pelikat yang aku bawak dan bentangkan di atas katil. Aku perlu baring. Belakang badan aku ni dah sakit. Balik dari rumah mak, aku kemas baju di rumah dan terus ke sini. Lepak gila badan ni. Dan akhirnya aku terlena.

        Aku bangun pukul 7 suku pagi. Bila sedar, terkejut jugak bila lihat keadaan sekeliling lain dari bilik aku. Lepas beberapa saat baru otak aku mula berkerja. Aku terus bangun dan mandi.

        Kepala aku dikeluarkan sedikit dari pintu bilik untuk lihat sekeliling. Sunyi. Dorang tak bangun lagi ke? Bagus kalau belum bangun. Perlahan-lahan aku menutup pintu bilik. Kaki aku dibawa turun tangga. Perut minta di isi.

"Oh mak kau....."

        Melatah aku dibuatnya saat kepala aku terlanggar dengan sesuatu. Rupanya Hady yang baru keluar dari dapur. Terkekek mereka laki bini ketawakan aku. Binawe.

        Hilang macho aku bila melatah macam tu. Macam mak nenek pulak rasanya. Patutnya sunyi kat atas, rupanya dorang kat bawah ni. Awalnya bangun.

"Tak tau pulak aku yang kau ni kuat melatah. Hahahaha....lawak."

"Aku terkejutlah....."

         Kurang asam keping Si Hady ni. Buat malu aku je.

"Dah la tu, jom Johannah kita breakfast kat laman."

"Boleh tak kau panggil aku Jo saje. Aku tak selesa la kau panggil aku nama panjang."

"Baiklah tuan puteri....hamba menurut perintah."

         Eh eh, aku sekeh jugak kepala minah ni. Tuan puteri?

         Aku mengikut mereka dari belakang sambil berlenggang. Malas nak tolong bawakkan apa-apa. Aku kan tetamu. Aku senyum jahat sendiri.

        Kami duduk di laman rumah. Rasanya ini kali pertama aku breakfast dalam keadaan begini. Terasa janggal pulak. Apa lagi bila bersama dengan mereka berdua. Mee hoon goreng didepan mata, aku cuit sedikit. Bukan malu tapi tak selesa apabila mata mereka memandang aku sejak dari tadi.

"Nyenyak tido?"

        Hady bertanya. Erk....tak ada soalan lain? Soalan yang lebih berfaedah ke..... Tapi aku tetap anggukkan kepala sebagai jawapan untuk soalannya.

        Sungguh aku rasa janggal sangat sekarang ni. Kalau boleh aku nak blah dari situ. Start motor, pergilah memana pun. Aku tak tahu nak cakap apa atau cerita apa dengan dorang ni. Aku bodohkan diri aku sebab turun seawal ini. Konon malu kalau bangun lambat kat rumah orang, tapi sekarang aku rasa macam nak pengsankan diri kejap.

"Jo, makanlah. Tak sedap ke saya masak?"

        Pertanyaan Balqis buatkan aku tersentak. Aku hanya menganggukkan kepala lagi. Segera aku habiskan sisa mee hoon di pinggan aku.

         Hanya mereka berdua berbual saja memandangkan aku tak berminat untuk berbual. Entah apa yang mereka berbual pun aku tak tahu. Fikiran aku menerawang ke tempat lain. Banyak yang aku nak fikirkan. Untuk hari ni, aku kena jumpa Cik Alisa untuk mengatakan yang aku ingin berhenti kerja. Terasa sayang nak berhenti kerja memandangkan aku dah lama kerja di situ. Gaji pun boleh tahan lumayan. Rindu juga nak melihat wajah Cik Alisa.

"Hari ni kau ada nak ke mana mana?"

"Aku nak pergi cafe, nak bagitau yang aku nak resign."

"Okay....lepas tu?"

"Pergi market kejap cari barang sikit."

        Hady anggukkan kepalanya beberapa kali. Kemudian, die mengeluarkan dompetnya dan meletakkan dua keping not seratus di depan aku.

"Eh tak payah, aku ada duitlah."

"Kita dah deal hari tu, mase kau duduk sini semua aku akan tanggung."

"Amik la Jo, awak belilah apa yang perlu."

         Mak pernah kata, rezeki jangan ditolak. Duit kertas itu aku ambil dan masukkan ke dalam kocek seluar jeans aku sambil mengucapkan terima kasih.

************************

Ehem ehem...
Hai semua....!
Sorry ye guys sebab sis lmbt update. Bukan sengaja tapi sengaja. Sebab idea ni asik fly away jer. Actually, jalan cerita ni masih samar samar. Sis pun tak tau nak pilih yang mana. Ada 2 3 jalan cerita yang dah difikirkan. Setiap satu ada kelebihan dan kelemahan. Pape pun, sis cuba. Terima kasih pada yang sabar menunggu setiap update. Sis akan cuba sedaya upaya menyiapkan setiap chapter dengan cepat dan berjaya. Hehehe....
So, macam mana story ni? Yay or Nay?
Oh ye, pada siapa yg dah layan GRO.... Thanks sis ucapkan. 1.8m view... Tak sangka. Love u lah....
Okay....please drop ur comment dan vote every chapter okay.

Xoxo
HafizahHathir

Perempuan?Where stories live. Discover now