Hari ni aku kembali lagi ke rumah ini setelah seminggu kejadian di rumah mak. Hari ni hari cuti aku jadi kesempatan itu aku ambil datang melawat mak. Alhamdulillah, Mak dah sihat sepenuhnya.
Sudah 3 jam aku menunggu bapak balik. Entah ke mana orang tua tu pergi agaknya. Mak kata minggu ni bapak tak ada sebarang projek. Jangan dia pergi main judi sudah. Lepas tu balik mabuk.
Tak lama kemudian, kedengaran enjin kereta bapak sudah masuk ke perkarangan rumah. Aku menegur bapak saat dia melangkah masuk ke dalam rumah. Entah kenapa aku masih tidak bersalam dengan bapak. Mungkin hati aku masih marah padanya. Bukanlah untuk menjadi anak yang kurang ajar, tapi entah la hati ni.
Bapak duduk di kerusi meja makan. Beberapa minit kemudian, mak datang dari dapur membawa minuman petang dan tin biskut yang aku bawa tadi. Aku terharu melihat mak. Walaupun sering dipukul dan dilayan buruk oleh bapak, dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang mithali.
Mak memanggil aku agar menyertai mereka minum petang. Aku akur dan mengambil tempat di depan bapak. Bapak hanya diam sahaja. Mungkin masih marah dengan aku kerana menuduhnya tempoh hari.
Aku hirup air teh o yang mak buat dengan perlahan. Mungkin inilah masa yang sesuai. Fikir aku dalam hati. Ada hal yang aku nak bincangkan.
Aku bangun dari duduk dan mengambil beg sandang aku di atas meja di ruang tamu. Lalu aku duduk kembali di depan bapak. Dengan perlahan, aku keluarkan sampul bersaiz besar dan aku hulurkan pada bapak. Bapak memandang aku pelik.
"Ni seratus ribu. Jo harap bapak settle kan hal hutang bapak. Lepas ni Jo tak nak dengar apa-apa lagi tentang hutang bapak."
Bapak seakan terkejut. Mak juga begitu. Bapak mengintai isi didalam sampul surat itu. Aku dapat lihat air matanya bergenang. Tapi cepat-cepat dia kesat.
"Mana kau dapat duit ni? Mencuri? Atau kau jual dadah kat sana? Kalau betul, aku tak nak terima."
Terkejut aku dengan sergahan bapak. Soalannya pulak membuatkan mata aku bertambah bulat. Sampai hati bapak menuduh aku bukan-bukan. Kalaulah dia tahu mana aku dapat duit tu, tentu dia tak percaya yang anaknya sanggup berkorban untuk keluarga.
"Mana Jo dapat, tak perlulah bapak tahu. Yang penting, Jo tak buat benda haram."
Erk, tak buat benda haram? Akan buat, sekarang belum lagi.
"Jo harap sangat bapak pergi uruskan hal ni. Jangan pulak duit tu bapak buat berjudi. Dan lepas ni, Jo harap Jo tak kan dengar apa-apa lagi yang terjadi kat mak. Baik dari samseng tu atau dari bapak. Jo nak bapak dan mak bahagia. Tinggalkan judi tu. Dan janganlah mabuk lagi. Dulu bapak tak macam ni. Kesianlah kat mak."
"Baguslah bukan dari sumber tak betul. Aku tak nak nanti jadi masalah kat aku. Tak payah kau nak nasihat aku. Perangai kau sendiri tak betul. Tu cermin diri, masih tak berubah. Aku ni macam tak ada anak perempuan pulak."
Apa salah aku?? Aku dah buat baik masih lagi nak cari salah aku. Kalau tak kerana mak, tak ingin aku nak tolong bapak.
Lepas meneguk air beberapa kali, bapak naik ke atas tinggalkan kami berdua. Mak masih disitu. Wajahnya masih menunjukkan dia terkejut lagi. Aku tanya banyak persoalannya pada aku.
"Mana kau dapat duit banyak macam tu?"
Kan aku dah kata, mesti mak tak puas hati lagi.
"Tolonglah mak, jangan tanya Jo pasal duit tu. Sekarang ni hidup mak dengan bapak dah selamat. Mak dah tak payah risau. Jo pun senang hati."
"Kejap.... Bukan ke hari tu kau cakap nak kawen. Betul kan? Kau cakap bakal suami kau yang nak bagi duit."
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.