Bab 21

15.3K 314 29
                                    

Terketar-ketar tangan aku memegang pregnant test itu. Double line. Patutkah aku bersyukur? Ya, aku patut rasa bersyukur kerana doa aku dimakbulkan agar aku segera hamil. Tak sangka Allah mendengar doa aku. Allah akbar, banyaknya dosa aku pada-Nya.

Ketukan di pintu bilik air bertalu-talu kedengaran. Ni mesti Hady. Dia yang beria suruh aku buat pregnant test ni. Siang tadi dia tanya aku dah datang bulan ke belum. Baru aku perasan yang aku dah lambat seminggu.

Aku buka pintu bila tak tahan telinga ni dengar bunyi bising. Hady menadah tangan kepada aku. Tanpa buang masa, aku letakkan pregnant test tu di tapak tangannya. Seketika kemudian, bibirnya mengukir senyuman. Tanpa disangka tubuh aku dipeluknya. Kaget aku dengan tindakan bodohnya itu. Dan baru aku perasan yang Balqis turut berada di dalam bilik ini.

Aku dapat lihat Balqis terkejut dengan perlakuan suaminya. Tanpa buang masa, tubuh Hady aku tolak dengan kuat. Kesian Balqis. Walau macam mana pun, sebagai seorang isteri tentu dia akan terasa dengan semua ini. Lagi-lagi bila tahu aku mengandungkan anak suaminya. Tentu dia sedih. Mereka memang jahat, tapi aku tak jahat.

Hady menoleh ke arah Balqis. Kaki diatur mendekati isterinya. Tubuh isterinya dipeluk lama. Aku tahu nak apa yang aku rasa sekarang ni. Terharu melihat pasangan itu. Atau sedih mengenangkan nasib aku. Ataupun gembira kerana janji aku sudah dilaksanakan.

Aku dapat lihat kegembiraan pada wajah masing-masing. Sumpah aku cemburu. Dan marah. Mereka gembira diatas penderitaan aku. Berdosanya aku mengandungkan anak luar nikah. Dengan tiba-tiba aku rasa takut sangat. Aku masuk kembali ke dalam bilik mandi. Pintu bilik aku hempas dengan kuat. Dan aku menangis sambil bersandar di dinding bilik mandi.

"Jo..... Kau kenapa? Bukak pintu ni.... Kau nangis ke?"

Jerit Hady dari luar sambil tangannya mengetuk pintu. Tangisan aku bertambah kuat. Aku rasa takut sangat. Aku rasa berdosa. Pertama kali dalam hidup, aku rasa takut macam ni sekali. Takut kepada Allah.

"Johannah.... Buka pintu ni. Awak mengandung tu. Tak baik awak menangis macam tu. Awak sakit ke? Kalau sakit, jom kiteorang bawak pergi klinik...."

Giliran Balqis pula memujuk aku. Ah... Semua salah kau Balqis. Kalau kau boleh mengandung, tentu aku tak jadi macam ni. Tentu aku tengah bahagia dengan cara hidup aku sendiri.

"Pergi.... Aku tak apa-apa. Aku tak nak korang kacau aku sekarang. Biarkan aku sendiri kat sini."

"Okay okay.... Kau jangan buat benda bodoh pulak Jo. Kau dah janji kan dengan kiteorang."

Aku keluar dari bilik air bila aku sudah pasti dorang dah pergi. Aku baring atas katil. Perut yang kempis aku pegang. Kemudian aku larikan tangan aku. Rasa takut menjelma lagi. Masih tak percaya dengan keadaan diri aku. Aku mengandung? Allah..... Aku menangis lagi di atas katil. Sakitnya rasa dada menahan rasa.

Entah bila aku terlelap. Bangun dari tidur hari sudah pun gelap. Lamanya aku tidur. Aku bersandar pada kepala katil. Melihat sekeliling bilik. Sudah hampir dua bulan aku kat sini. Kerja aku kat sini, makan tidur makan tidur. Rasa bosan usah nak cakap lagi. Rasa macam nak menjeritnya.

Aku ke ruang tamu bila rasa bosan duduk di bilik. Pasangan suami isteri tu pun ada sedang menonton tv. Mereka nampak terkejut melihat aku munculkan diri. Aku pulak hanya berlagak biasa.

"Jo.... Awak okay? Terima kasih sebab awak mengandungkan anak kami."

Anak kami? Hello....! Ni anak aku dengan Hady tau! Sedap rasa kau cakap 'anak kami'. Tapi tu sekadar berkata dalam hati je.

"Hurm..."

Itu je aku jawab. Tak kan aku nak jawab 'Sama-sama. No problem.' Tapi problem untuk aku okay.

"Kenapa kau nangis? Tak elok kau menangis masa mengandung ni. Jangan emosi sangat!"

Hady mencelah. Aku emosi? Memang patut aku emosi. Korang tak tahu apa aku rasa sekarang ni.

"Aku menangis kegembiraan. Akhirnya aku tunaikan perjanjian kita. Tak sabar rasanya nak blah dari sini."

Geram.

"Aku bosan kau tau tak? Bagilah aku keluar sesekali. Aku pun ada barang jugak nak beli."

"No."

Cepat sahaja Hady menjawab tanpa berfikir panjang. Tanpa tahu apa perasaan aku.

"Kenapa? Kau takut aku lari? Gila ke aku nak lari dengan bawak anak korang ni. Aku pun tak nak anak ni."

Hady dan Balqis berpandangan. Mereka terdiam sekejap seperti berfikir sesuatu.

"Jom kita pergi cuti...."

Balqis bersuara. Hady memandang wajah isterinya seperti tak setuju dengan cadangan itu.

"Sayang.... Jo kan tengah mengandung. Tak elok jalan jauh."

Cuti? Good idea. Aku suka. Aku suka. Dari terperap dalam rumah ni kan.

"Langkawi?"

Usulku. Dah lama aku mengidam nak ke sana. Eh? Mengidam? Baru je mengandung tapi dah lama mengidamnya.

"No. Jauh sangat."

Terus hilang bayangan Pulau Dayang Bunting di mata aku ni. Apa aku ni? Tadi mengidam, ni Bunting pulak.

"Hurm.... Tioman?"

Aku cuba nasib lagi. Pulau Tioman.... Kawan aku kata lautnya cantik sangat. Tak sabarnya....!!

"No. Tak elok kau naik bot. Perjalanan dari darat ke pulau tu 2 jam. Aku tak nak jadi pape kat baby aku tu."

Ba alif ba ya. Hah kan... Aku dah mencarut. Dah! Aku malas nak cakap lagi. Hilang mood.

"Jom abang.... Kita pergi Cameron Highland. Tak jauh sangat. Tak naik bot."

Balqis pula memberi cadangan. Aku lihat Hady diam sambil berfikir. Cameron pun Cameron la. Walaupun aku tak suka ke tempat begitu. Aku bukan mat romantik pun nak ke tempat sejuk-sejuk. Janji aku dapat keluar dari sini.

"Tapi Jo tahan ke nanti? Sayang pun tau kan yang jalan ke sana macam mana. Bengkang bengkok. Nanti Jo muntah-muntah pulak."

"Aku okay je."

Aku jawab pendek. Sudahlah Jo, konon tadi tak ada mood.

"Boleh la bang, kesian pulak kat Jo. Kita pun dah lama tak ke sana."

Aku pun tak pernah ke sana. Hahaha..... Aku ketawa dalam hati. Harap-harap Hady setuju.

"Okay. Tapi lepas kita bawak Jo pergi check up. Tanya doktor keadaan Jo okay ke tak kalau jalan jauh."

Yes!! Akhirnya!!!

Aku ingin lompat bintang kala itu. Tapi haruslah aku kena control macho kan? Hilang rasa sedih aku. Sampai bila aku nak mogok. Benda dah jadi. Kena teruskan. Aku perlu tunggu 9 bulan lagi. Dan lepas tu, aku akan pergi dari mereka tanpa menoleh lagi.

********
Hai uoll....
Sorry sangat lambat update. Very bz bz. Ni pun curik masa update tapi sikit la utk pengubat hati uoll uoll.....

Dan sis nak cakap, story ni jauh sekali berkaitan dengan cinta sesama jenis. Ini kisah antara Jo dan Haqis (hakim-balqis). Kalau ada pun sekadar penyedap rasa. So, harap faham ye. Jangan ler mntk sis buatkan adegan Jo n Balqis. Sis tak kuat. Heheheh.....

Oh ya, GRO dah cecah 2m view!! #3 in romance. Sis suka sis suka!!! Alhamdulillah, GRO masih ada orang baca. Thanks sayang sayang yang dah layan GRO. Love u laa....

Okay... See u soon!
Vote & Comment

Xoxo
HafizahHathir

Perempuan?Where stories live. Discover now