Bab 34

11K 368 34
                                    

        Aku terjaga bila terasa basah di bahagian belakang badan aku. Tak kan la aku kencing pulak. Bisik aku perlahan sambil tangan aku meraba ke tempat yang basah tu. Kemudian aku menghidu sisa air yang ada di tangan aku.

        "Eh, aku tak bau hancing pun. Tapi kenapa basah pulak ni. Datang dari mana air."

        Aku mula naik angin kerana tidur aku diganggu. Aku mula memikirkan benda tak elok. Mungkin si Balqis tu senyap-senyap jirus air kat tilam ni kot. Manalah tahu.... Dengki sangat dengan aku.

        Aku terus berdiri dan masuk ke dalam tandas untuk menukar seluar. Tahu tak, orang mengandung ni paling susah nak pakai seluar. Macam susah je rasanya dengan perut yang memboyot ke depan.

        Selesai menyalin seluar, aku terus ke katil untuk menukar cadar. Sempat lagi aku memandang jam. Baru pukul 1 pagi. Sedang aku mengemas, tangan aku terhenti. Air? Mungkin air ketuban aku kot? Tapi kenapa perut aku tak rasa sakit pun. Aku sudah mula cuak. Kalau air ketuban aku pecah, maknanya dah sampai masa untuk aku melahirkan.

        Oleh kerana aku boleh bergerak, aku sendiri yang mengetuk pintu bilik Hady untuk memberitahu yang aku mungkin akan bersalin. Hady terkejut lantas dia mengejut Balqis dari tidur. Kemudian dia datang balik kepada aku.

        "Eh, kau ada rasa sakit tak ni? Aku tengok macam okay je...."

       "Aku okay la.... Cepatlah, kang aku terberanak pulak kat sini. Aku tunggu kat bawah."

        Hady mengangguk-anggukkan kepala. Aku lihat Balqis masih duduk bersila di atas katil dengan keadaan masih mamai lagi. Kalau dia tak mengandung, mesti dia teruja dengan kehadiran baby ni tak lama lagi. Terdetik sekejap hati aku berkata, mampukah dia melayan anak ini dengan baik nanti.

        Sampai sahaja di hospital, aku terus dibawa untuk diperiksa doktor jika-jika laluan baby keluar sudah terbuka. Jantung aku laju sahaja. Takut dan berdebar. Kini aku keseorangan, Hady pula tunggu diluar. Balqis tidak ikut kami. Hady kata Balqis akan menyusul nanti. Itu kata Hady, tapi aku tahu Balqis memang tak nak ikut. Ego!! Kang aku tak bagi baby ni nanti baru tahu. Sedikit terasa hati tapi nak buat macam mana kan.

        Aku dibawa ke labour room setelah doktor sudah memastikan laluan baby sudah terbuka 5cm. Aku sedikit terkejut kerana aku tak ada rasa sakit pun. Pelik. Sebab aku dah cuak nak lalui pengalaman bersalin. Tengok kat tv dalam drama, sakit nak bersalin tu macam azab je. Ada yang sampai menangis, ada yang terjerit-jerit. Tapi aku okay je. Mungkin kejap lagi kot aku rasa semua tu. Alahai.... Seram!

        "Puan.... Suami puan tak masuk sekali ke?"

        Soal nurse yang baru masuk ke dalam wad bersalin. Tersentak kejap aku.

        "Hah.... Er...er... Dia takut darah."

        Aku tak nak bohong, lebih-lebih lagi bila nak bersalin ni. Kalau aku mati masa bersalin, tak sempat nak mohon ampun. Tapi apakan daya, tak kan la aku nak cakap, saya tak bersuami. Malu doh.....

        Nurse tu hanya tersenyum mendengar alasan yang aku berikan. Mesti dia biasa dengar alasan tu. Kami berbual sementara menunggu laluan baby terbuka 9cm. Sesekali dia bertanya aku ada tak aku rasa sakit. Aku cuma cakap yang aku hanya sakit pinggang sahaja. Perut tak pulak rasa sakit.

        Sedang kami berbual, tetiba perut aku rasa sakit semacam. Macam nak 'membuang' rasanya. Tak kan aku nak pergi masa ni. Ada kang terberanak kat tandas.

        "Nurse.... Saya....saya rasa nak pergi tandas la. Tak tahan ni...."

        Tanya aku sambil menahan sakit yang mula terasa. Macam bergelodak rasanya perut aku ni. Sebelah kaki aku sudah diturunkan dari atas katil.

Perempuan?Where stories live. Discover now