Berkali-kali ketukan di pintu kedengaran. Aku masih berbaring di atas katil ini. Balqis dan Hady bertukar ganti memanggil aku dari luar bilik. Hanya sekali aku sahut panggilan mereka. Aku katakan aku tak mahu diganggu hari ini.
Pertama, sebab aku masih marah pada Hady. Kedua, aku masih malu dengan Balqis di atas kejadian malam tadi dimana aku curi-curi makan dibawah. Yang tu memang salah aku, sebab tu aku malu sangat. Malu atau ego? Mungkin kedua-duanya sekali.
Sekali lagi kedengaran suara Hady memekik memanggil nama aku. Siap keluar nama penuh aku lagi. Hish.... Memekak je la. Tahu la rumah sendiri, suka hati je nak pekik terlolong.
"Johannah!!! Kau jangan uji kesabaran aku! Aku ada kunci pendua bilik kau ni. Jangan cabar aku! Baik kau buka pintu ni sendiri...!"
Aku mencebik. Kalau ada kunci lain, kenapa sibuk suruh aku buka. Bukalah sendiri pintu tu. Aku pun dah malas nak turun katil ni. Seronok rasanya bermalas malasan seperti ini.
Lima belas minit kemudian, pintu bilik aku terbuka. Kelihatan susuk tubuh Hady berdiri di muka pintu. Balqis berdiri di belakangnya. Aku pandang sekilas lalu mata aku kembali pada handphone aku. Lagi dua move je nak lepas level ni. Hampir seminggu aku berusaha nak lepaskan level ni. Hahaha.... Game Candy crush tetap menjadi teman setia aku di kala sunyi.
"Kau ni apahal?"
Hady sudah berdiri sebelah katil. What?? Hanya dia seorang dalam bilik ni. Aku pandang sekeliling, Balqis tak ada. Baru aku perasan pintu bilik sudah tertutup rapat.
"Tak ada apahal...."
Aku jawab mendatar. Dalam hati aku sempat mengutuk Balqis kerana membiarkan suaminya masuk sendiri ke dalam bilik ni.
"Baiklah, aku rasa kau pun nak cepat blah dari sini. So, sekarang ni apa kata kita 'buat' je. Lagipun aku dah check, sekarang ni waktu kau subur."
Aku menelan air liur. Biar betul! Aku sendiri tak tahu waktu subur aku, malah aku tak pernah ambil tahu pun. Gila si Hady ni. Malu pulak aku bila dia cakap tentang hal ini.
"Aku ingat nak biar dulu sebulan dua, bagi kau selesa dengan aku. Tapi kalau macam ni perangai kau, aku kena mulakan sekarang."
Hady sudah duduk dibirai katil. Secara automatik, aku mengesot sikit jauh darinya. Jantung aku mula berdegup dengan laju. Aku tak rela! Mak, tolong Jo!
"Kau kenapa ni Hady.....? Aku tak sedia lagi."
"Eh, bukan ke kau kata semalam kau dah ready? Aku pun dah ready ni...."
"Balqis!!!! Kau tengok laki kau ni...."
Tak semena-mena aku menjerit memanggil nama Balqis. Hady tersenyum. Nampak menakutkan senyuman dia. Rasa takut mula menguasai diri aku. Hei Jo, kau kan kuat.... Kau kan pandai belasah orang. Apa lagi kau tunggu.....
Dengan pantas, satu tendangan aku lepaskan. Hady jatuh terduduk di atas lantai. Dia mengerang kesakitan. Dengan itu, cepat-cepat aku bangun dari katil dan terus berlari keluar dari bilik. Kaki aku laju melangkah anak tangga. Suara Hady memanggil aku sudah jelas kedengaran. Rupanya dia mengejar aku dari belakang.
Balqis aku lihat berada di ruang tamu. Aku terus berlari menyorok di belakangnya. Balqis yang kaget hanya terdia melihat aku. Tak sampai beberapa saat, Hady mula munculkan diri. Sebelah tangannya menggosok punggung. Padan muka!
Hady duduk di atas sofa. Nafasnya nampak berat. Die mula merenung aku. Matanya merah menahan marah.
"Kenapa dengan korang berdua ni? Sudahlah tu bergaduh.... Abang jangan la paksa Jo. Kita tunggu dulu, biar dia rasa selesa dulu tinggal kat sini. Benda ni kita boleh bincang."
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.