"Johannah....."
Aku buka mata saat terasa lengan aku digoncang. Terasa marah kerana lena aku diganggu. Melihat Balqis yang duduk disebelah aku, aku terus buka mata dengan luas. Dan aku baru perasan, badan aku hanya diselimuti dengan selimut sahaja. Aku cuba mengingati apa yang terjadi. Oh tidak....!! Aku terus menarik selimut hingga menutupi kepala.
"Keluar....!! Aku tak nak kau ada kat dalam bilik ni."
Aku jerit dari bawah selimut. Aku terasa marah dan malu. Aku tak tahu kenapa aku merelakan perlakuan Hady semalam.
"Baiklah.... Jangan lupa turun makan tau."
Sebaik Balqis menutup pintu, aku keluarkan kepala. Aku merenung ke atas siling. Tak tahu apa aku fikirkan sekarang ni. Entah kenapa aku rasa lain sangat. Aku rasakan ini bukan aku. Aku rasa bodoh kerana membiarkan Hady buat aku macam semalam. Ya, aku tahu. Walau apa pun, aku harus buat. Cuma semua ni terlalu awal bagi aku.
Aku perlukan masa. Aku harus bersedia dari segi fizikal dan mental. Tapi aku harap sangat ia nya menjadi dengan sekali buat saja. Tak sanggup aku nak buat macam semalam. Mengingatkan cerita malam tadi, segera tangan aku meraba ke bawah. Rasa pedih terasa lagi saat aku menggerakkan pinggul.
Aku berjalan dengan kaki terkepit-kepit menahan sakit. Sampai di bilik air, aku terus membasahkan badan. Rasa pedih saat air mengalir di bahagian bawah aku. Aku cuba tahan. Dan sekali lagi air mata aku mengalir. Kerana apa? Aku sendiri tak tahu. Adakah kerana sakit? Atau sebab yang lain.....
Kelihatan tompok darah di atas cadar yang baru aku beli. Tanpa buang masa, aku terus menarik cadar berwarna biru itu. Aku gumpal-gumpalkan lalu aku masukkan ke dalam plastik sampah. Itu tempat kau mulai sekarang. Melayang lapan puluh ringgit aku. Kalau aku tahu, tentu aku beli yang murah saja. Sial betul.....
Rasa lapar dan haus membawa aku turun ke dapur. Aku dah kehabisan tenaga. Maklumlah malam tadi overtime. Ah....cilaka. Kenapa aku nak teringat-ingat lagi hal malam tadi.
Ketika aku sedang makan, Balqis muncul dari luar rumah. Dia hanya beriak biasa saja. Macam tak ada apa-apa yang berlaku saja. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan. Tak kan dia tak tahu malam tadi suaminya kat atas katil orang lain. Demi anak, sanggup dia gadaikan perasaannya. Eh, yang aku puji dia kenapa? Tak fikir demi anak, dia sanggup pijak maruah orang lain. Mental koyak laki bini ni.
Mati selera aku dibuatnya kerana memikirkan hal laki bini ni. Lebihan nasi goreng aku buang ke dalam tong sampah. Balqis yang berada di dapur hanya melihat tindak tanduk aku. Dia hanya diam sahaja dari tadi. Selalunya banyak mulut nak ajak berbual.
"Erm Balqis, semalam kau pergi mana?"
Sengaja aku bertanya. Nak jugak tengok reaksinya.
"Saya.... Saya tidur rumah kawan."
Kawan? Alasan. Entah-entah dia ada dalam bilik. Atau dia sibuk skodeng apa laki dia tengah buat kot. Tak percaya aku.
"Jadi, kau dah tau la apa yang laki kau dah buat semalam?"
Eh, soalan apa tu? Lain aku nak tanya, lain pulak aku soal dia. Tapi reaksi Balqis hanya biasa. Tak kan la dia tak terasa langsung. Sedih ke....
"Hah..... Tahu."
Okay, dia tahu. Maknanya dia memang merelakan. Tiada penyesalan. Aku yang menyesal adalah! Baru aku teringat nak tanya dia sesuatu.
"Semalam kau bagi aku makan, kau ada letak pape tak?"
Baru aku tersedar, aku rasa lain sangat lepas aku makan makanan yang dihantarnya. Lepas aku mandi, aku terus baring kerana rasa pening sedikit. Lepas tu aku mula mimpi. Atau aku berkhayal?
"Er... Tak ada. Saya naik atas dulu eh, nak kemas bilik."
Balqis terus melarikan diri seakan menghidar dari menjawab soalan aku. Yes. Aku tahu. Semua ni memang kerja laki bini tu. Setan betul lah.... Hai, entah bape kali aku mencarut hari ni.
Dek kerana terlalu penat dan sakit, aku hanya tidur saja seharian. Sempat tadi aku meminta Balqis cadar untuk diganti. Tak sanggup aku nak tidur kat atas cadar beropol tu lagi.
Petang itu lepas aku bangun dari tidur, aku terus call mak. Aku perlukan mak saat ni. Walaupun hanya dengar suaranya sahaja, sudah memadai bagi aku. Hilang rasa rindu.
Alhamdulillah, mak dan bapak sihat. Mak kata bapak sudah mula berubah. Dia jarang keluar malam. Dia juga tak marah-marah mak lagi. Aku gembira bila mereka bahagia sekali lagi. Aku sebagai anak sanggup berkorban demi mereka yang melahirkan aku. Jika dulu bapak pernah buang aku, tapi aku tak pernah ambil hati. Memang salah aku. Dan inilah pembalasan yang aku terima. Tak akan sesekali aku menyalahkan mereka di atas penderitaan yang aku alami. Itu janji aku.
Malam itu, aku tak selera nak makan. Aku meminta Balqis membuatkan aku air milo panas dan beberapa keping biskut. Bukan nak bermanja atau jadi mem besar tapi aku tak larat nak bangun. Macam nak demam pun ada. Aduhai... Penangan pecah dara ke ni? Arghh.... Malu aku dengan Hady dan Balqis.
Satu hari ni memang tak nampak bayang Hady. Suaranya pun tak dengar. Malu dengan aku ke? Ceh... Habis madu sepah dibuang. Ketika Balqis hantarkan air milo tadi tak sempat nak bertanya. Balqis pun tak kata apa-apa tentang Hady. Dia juga tak memaksa aku turun makan seperti biasa. Nak air milo tadi pun aku hanya hantar message je.
Pintu bilik aku terbuka. Aku terus pandang ke arah pintu. Hady? Panjang umur.
"Tak geti nak ketuk pintu ke? Aku tahulah ni rumah kau tapi hormat sikit tetamu."
Sindir aku saat Hady berjalan ke arah aku. Dan serta merta dari baring, aku terus duduk bersandar di kepala katil. Masih trauma dengan kejadian malam semalam.
"Balqis kata kau tak sihat. Nak ke klinik?"
Pelik. Baik sangat dengan aku ni kenapa?
"Tak payah. Aku okay."
"Okay. Kau ni lembik rupanya eh? Nampak kuat macam jantan, tapi baru sekali kena dah sakit sakit. Aku buat slow-slow je kot."
Aku menjeling kepada Hady. Merah wajah aku saat dia bercakap tentang itu. Aku tau la aku nampak macam jantan, tapi aku tak la terbuka sangat sampai nak bercerita hal tu. Bangang betul la si Hady ni. Mangkok hayun!
"Dah... Kau blah. Kalau takat datang sini sengaja nak cari pasal, baik blah."
Aku lemparkan bantal kepadanya supaya dia cepat pergi. Makin lama makin hati aku sakit.
"Habis kau fikir aku datang nak ehem ehem lagi ke? Aku tak kisah. Apa salahnya kan..... Tapi takut kau kena demam urat pulak nanti. Hahahah..."
Hady ketawa mengejek. Tak kelakar okay. Aduhai.... Apa ke sengal laki bini ni!!
Melihat kebisuan aku, Hady terus angkat kaki keluar dari bilik. Tawanya masih tersisa saat dia pergi. Suka atau tak, aku harap dengan sekali buat ianya terhasil. Cepat aku blah dari sini.
*********
Hai korang..... Dah lunch blom?
Tq semua yang vote dan komen chapter yg lepas. Wow!! Ramainya suh Balqis mati. Why? Why? Why? Hahahah..... Ramai yg mintak Hady kawen dgn Jo dan Balqis mati. Hady pun jahat jugak. Tak adillah kalau dia tak dapat balasan skali. Tak kan 2-2 mati, nnt story ni pun habis sebab watak dah tak de. Hihihi....
Pape pun, ending dia sis dah fikirkan saat first sis buat story ni. Cuma jalan cerita yang tengah2 ni kene fikirkan semula.Oh ye, sis fikir nak tukar tajuk story ni la. Any idea?
Xoxo
HafizahHathir
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.