Bab 30

11.1K 353 24
                                    

        Ting Tong!! Hah, ni bapak jantan yang bunting anak bapak. Jantan yang memijak maruah kita sekeluarga. Jantan yang mempermainkan hati anak bapak ni. Ni orangnya bapak. Bapak buat la apa bapak nak buat pun. Nak tumbuk ke, nak terajang ke, waima bapak nak bunuh pun Jo tak kisah!!! Tapi, jeritan itu hanya dalam hati sahaja.

        Hady memberi salam dan masuk mendekati bapak. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bapak. Beraninya jantan ni datang sini. Bukan dia tak tahu bapak ada dalam bilik ni.

        Bapak menyambut salam Hady. Tapi matanya memandang ke arah aku. Aku tahu isyarat mata tu. 'Ini ke jantan tu?' Mungkin itu yang dia ingin tanyakan.

        "Err, pakcik sihat?"

        Hady bertanya khabar. Senyuman terukir di bibirnya. Memang sopan habis. Aku pula hanya mencebik walhal jantung aku ni macam nak pecah. Tapi aku rindu dengan senyuman itu.

        "Alhamdulillah. Anak ni sape?"

        "Saya Hady. Kawan Jo."

        Jawab Hady tanpa teragak-agak. Wajah aku dipandangnya sekilas lalu sebelum matanya kembali memandang bapak.

        Aku hanya memerhati sahaja mereka berdua. Aku masih memikirkan kenapa Hady munculkan diri saat ini. Apa dia gila? Jangan dia mengaku yang dia ayah budak dalam perut ni sudah. Teruk nanti bapak aku kerjakan kau Hady.

        "Kau ke yang buntingkan anak aku?"

        Tanpa tunggu lama, bapak bertanya soalan itu. Aku dah agak! Dia tidak langsung menjawab soalan bapak, tapi wajah aku dipandangnya lama. Aku lihat wajah Hady tenang sahaja. Macam tak bersalah. Tiada perasaan takut diwajahnya langsung. Pelik aku melihatnya. Aku pula yang rasa berdebar.

        "Ye Pakcik. Maafkan saya. Saya rasa bersalah sangat. Saya akan bertanggungjawab dengan perbuatan saya. Saya akan kahwin dengan dia."

        Ternganga mulut aku mendengar jawapan darinya. Apa aku bermimpi? Tidak! Ini realiti. Aku pandang wajah mereka berdua silih berganti. Bapak nampak tenang. Begitu juga Hady. Mulut aku ingin menidakkannya, tapi suara aku tersekat. Serentak itu, perut aku terasa senak dek ditendang baby dalam perut. Aku menjerit kecil disebabkan terkejut. Kemudian Hady mula merapati katil aku.

        "Kau okay ke tak?"

        Soalnya lembut. Aku hanya mengangguk. Sebetulnya, aku tak nak berbual dengannya. Aku masih marah dan terkejut. Hady ni dah hilang akal. Kahwin? No way!!!

         Dulu kau paksa aku mengandungkan anak kau, sekarang kau siap minta izin bapak aku nak kahwin. Hah, mulut aku ni macam nak maki kau berbakul-bakul rasanya.

        "Jo, kau okay tak ni. Napa senyap je? Kalau sakit bagitau aku, doktor kata kau tak boleh stress. Kau rehat eh?"

        Sekali lagi Hady bertanya. Mematikan semua lamunan aku. Sempat aku menoleh ke arah bapak. Tertelan lagi air liur aku bila melihat bapak memandang kami berdua dengan tajam.

        "Apa yang kau dah buat ni? Dah sana, bapak aku tengok tu."

        Bisik aku perlahan. Dahi aku berkerut menahan geram dengan si Hady ni. Hady melirik senyum pada aku sebelum berpaling ke belakang mengadap bapak.

        Lama kami bertiga berdiam diri sebelum bapak mengajak Hady keluar untuk berbincang.

        "Tak boleh ke bincang kat sini? Jo nak dengar semuanya. Bapak tak boleh buat apa-apa keputusan sebelum bincang dengan Jo. Ini hidup Jo.... Jo yang akan tentukan semuanya. Hady, kau baliklah dulu. Tolonglah....."

        Rayu aku pada mereka berdua. Hampir menitis air mata aku. Suara aku mula serak.

        Jelingan tajam mata bapak membuatkan kepala aku tertunduk memandang tilam bercadar putih itu. Aku tahu bapak sedang marah. Kemudian aku rasakan bahu aku ditepuk perlahan. Tentulah Hady, sebab bapak sudah berada di depan pintu bilik untuk keluar. Aku tak mengangkat wajah langsung saat mereka berdua mula melangkah meninggalkan bilik ini.

        Aku tak nak kahwin! Walaupun bapak tak cakap apa-apa lagi, tapi aku tahu keputusan bapak nanti. Tentu dia akan memaksa Hady untuk menikahi aku. Dia ingat Hady tu serius sangat ke? Orang macam dia banyak sangat muslihatnya.

        Hampir sejam aku menunggu dengan debar. Otak aku dah jammed memikirkan apa yang dorang bincangkan. Aku rasa macam nak mengintai je dengar apa yang dorang bualkan. Tapi kaki aku masih lemah. Aku sendiri tak cukup kuat nak berdiri. Tadi nak ke tandas pun, aku hanya memaut pada dinding. Tak pernah aku rasa sakit macam ni. Nanti kalau masa aku labour room, macam manalah rasa sakit tu. Seram memikirkannya.

        Aku terjaga bila terdengar suara memanggil nama aku. Entah bila aku terlena pun tak sedar. Aku pandang wajah Hady yang berada di sisi katil. Kemudian aku pandang sekeliling, bapak tak ada di situ.

        "Mana bapak aku?"

        "Dah balik. Dia kirim salam kat kau. Dia tak nak kacau kau tido."

        Aku menghela nafas lega. Eh, tak lega lagi. Banyak yang aku nak tanya Hady ni.

        "Korang bincang apa tadi? Tolong.... Jangan nak rahsiakan pape pun dari aku."

        Hady tersengih mendengar amaran dari aku. Dia fikir aku tengah bergurau agaknya.

        "Nantilah aku cerita, kau rehat dulu. Tengok keadaan kau ni, siapa suruh lari rumah. Kan cari pasal tu. Menyusahkan orang."

        Aku menyusahkan orang? Kalau bercakap tu tak boleh ke jangan menyakitkan hati? Aku lari sebab bini kesayangan kau tu mengandung. Ha ah, mana bini dia? Tak ikut sekali? Ah lantak, aku pun tak nak tengok muka dia. Dua-dua penipu.

        "Kenapa diam? Mengaku diri tu salah? Kau jangan lupa, baby dalam tu anak aku. Kau jangan fikir, kau boleh bawak lari. Ke lubang cacing aku akan cari kau."

        Aku mendengus kasar. Sedaya upaya aku menahan diri untuk tidak membalas serangan mulut dia. Diam aku tak bererti aku salah. Aku diam sebab aku masih marah. Konon tak nak bagi aku stress, yang dok membebel sebelah aku ni apahal?

        "Jangan nak bebel boleh? Aku malas nak gaduh sekarang. Hormat sikit kita kat hospital ni. Sekarang ni aku cuma nak tahu je apa yang kau cakap dengan bapak aku. Dan apa maksud kau, kau nak bertanggungjawab? Hahaha.... Kelakar. Dulu paksa aku mengandung, sekarang nak aku kahwin dengan kau pulak. Semua tu tak ada dalam perjanjian kita."

        Hady terdiam. Mungkin sekarang dia rasa menyesal sebab cakap macam tu dengan bapak aku kot. Dia berani ke nak kahwin dengan aku? Nak kena pancung dengan Balqis ke? Dia hidup senang pun banyak bergantung pada Balqis. Harapkan syarikat dia tu, berapa sen je dapat. Kalaulah dia seorang suami yang baik, tak kan dia nak dengar dan ikut semua kata Balqis. Termasuk menghamilkan aku pun dia ikut je cakap bini dia tu. Potong je 'buah' tu.

        Hady terus meninggalkan aku keseorangan disitu tanpa sebarang kata. Aku tersenyum kemenangan. Mulai sekarang aku kena kuat. Aku tak nak ditipu lagi.

        Sekurang-kurangnya, aku tak perlu takut pada bapak lagi. Dia dah tahu tentang aku. Cuma aku berharap bapak tidak beritahu mak pasal ni. Aku akan buat apa sahaja demi bapak asalkan dia tak bocorkan rahsia aku. 

        Mak, Jo rindukan mak. Jo minta maaf atas semua kesalahan Jo pada mak. Mungkin ini balasan yang ALLAH bagi pada Jo. Jo janji lepas semua ni selesai, Jo akan jaga mak dan bapak. Jo tak akan ke mana-mana lagi.

****
As u wish readers....
Hady dah datang dan nak kahwin dengan Jo.
So, Macam mana dengan penerimaan Balqis?
To be continue....

Hai all, sis nak ucapkan selamat tahun baru 2017. Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Sis harap impian sis akan tercapai tahun ini.

Tak jemu sis nak ucapkan terima kasih kat korang yg sentiasa memberi komen di setiap chapter. I love u all lah....

Xoxo
HafizahHathir

       

Perempuan?Where stories live. Discover now